Excited punya pasal, ayam tak berkokok lagi aku dah bangun. Tak menjadi satu masalah bagi aku kerana hari-hari pun aku bangun tanpa dengar bunyi kokokan ayam kerana dekat rumah aku memang tak ada ayam hidup. Kemudian aku bersiap lebih kurang dan menghantar satu pesanan ringkas kepada Adib. Seperti yang disangka, tiada jawapan. Aku syak dia sedang lena diulit mimpi. Jadi aku mengambil keputusan untuk melayari Facebook. Saja nak tengok gelagat manusia pagi hari. Kemudian Mad menyusul online. Mad tukar status 'ke awan biru'. Aku jadi makin bersemangat. Setelah bersembang lebih kurang dengan Mad, aku terima satu pesanan ringkas dari Adib. Katanya baru bangun. Aku dah agak.
Oleh kerana Adib sudah sedar dari lenanya, aku terus capai tuala untuk mandi. Sebelum tu aku letak tiket konsert atas meja aku kemas-kemas. Takut tertinggal pula nanti. Selesai mandi, aku cari seluar jeans koyak aku. Alamak, besar sangat koyaknya. Aku membatalkan niat aku untuk sarung seluar tersebut dan menyarungkan seluar jeans biasa. Aku selongkar bawah katil aku untuk mencari beg silang. Jumpa. Aku isi semua barang, apa yang patut. Isi punya isi, tiba-tiba aku rasa lain macam. Rasanya seperti berat beg aku ni tak balance. Kena buat balancing ni karang, aku berseloroh sendirian. Setelah sempurna semuanya, aku keluar bilik dan duduk di ruang tamu. Kemudian disusuli sesi berdialog bersama adik aku yang kehairanan melihat aku berpakaian kemas pada pagi hari.
"Ke mana Along?" tanya adik aku, sedikit bingung.
"Pergi tengok Konsert Search." Aku jawab selamba.
"Eh, bila masa Along beli tiket?" tanya adik aku lagi.
"Semalam, member Along belikan." Aku masih maintain selamba.
"Ye ke? Mana tiket? Bak sini nak tengok!" Aku dah mula rasa adik aku layak jadi polis.
Oleh kerana mood aku baik, aku pun buka lah beg aku untuk mencari tiket. Selang beberapa saat, aku dah mula rasa medula aku tidak berfungsi. Rasa nak rebah pun ada.
"Arghh!! Mana tiket aku??!!!"
Bersepah aku lari ke bilik. Selongkar apa yang patut. Tetap tidak jumpa. Aku terus dilanda mood swing. Rasa nak terajang pintu pun ada. Aku duduk sambil cuba merasionalkan fikiran. Aku buat kira-kira siapa yang ada masuk bilik aku. Aku pandang semua barang-barang penting. Macam tak berusik. Aku cari rokok tenangkan fikiran. Oh! Baru aku perasan kotak rokok aku dah kurang. Ashtray pun dah kosong. Tak syak lagi. Ini mesti kerja mak cik yang datang kemas rumah aku tiap-tiap minggu. Aku apa lagi, terus pergi selongkar beg plastik sampah dekat luar. Nasib aku baik. Tiket masih elok. Cuma berdebu abu rokok saja.
---------------------------------
Setelah selesai semua hal di Bangi, aku bertolak keluar tol adalah dalam pukul 12 tengahari. Cuaca mendung, hari tak panas, aku gembira. Hah, bab ni aku paling tak gemar. Jalanraya. Adalah mungkin aku agak suka dengan kereta tetapi aku tetap tak suka jalanraya. Jangan cakap jalan dekat England, jalan dekat Malaysia pun aku baru stage iqra' saja.
Mengikut plan, aku sepatutnya menghala ke Subang. Setelah keluar tol Sungai Besi, aku baru teringat nak tanya exit. Sayangnya, exit yang sepatut aku masuk dah terlepas dan aku terpaksa masuk exit Kuantan Cheras yang mana tiada langsung berbau Subang mahupun USJ. Dipendekkan cerita, setelah jenuh berpesanan ringkas sama Adib, dan berGPS cara lama sama Pejal, aku pun tiba di depan Parkson Subang seraya menunggu untuk Adib datang menjemput.
Setelah kira-kira dua batang rokok kemudian, kelibat Kelisa plat Nogori terpacul. Sah ni kereta Mad, bentak hatiku yang jenuh memerhati setiap kereta yang lalu lalang. Mad memberi high beam beberapa kali kepada aku. Seronok sangat jumpa aku agaknya. Mad dengan sakarstiknya mengatakan penat menunggu aku sampai dari Penang. Dan kemudiannya aku mengekori kereta Mad ke rumah Syafiq. Tapi sebelum itu kami sempat singgah ke kedai bundle. Kata Adib, ini rumah Syafiq. Walaupun aku dah tahu ini kedai bundle, tapi aku iyakan saja kata Adib. Saja bagi Adib seronok berseloroh.
Sempatlah juga aku sambar seluar dengan cap sehelai. Dan kemudiannya, kami terus bergerak ke rumah Syafiq yang sebenarnya. Setelah mandi dan berehat lebih kurang, kami terus bergerak ke rumah Mad di Subang juga. Mad nak parking kereta di sana. Pergi satu kereta saja baru senang. Adib suruh aku pandu deras sedikit, nak tengok band Republic of Brickfields perform katanya. Aku tak berkenan sangat dengan muzik indie, tapi aku tahu itu band Reggae. Dan seperti yang dirancang, kami tiba juga ke Stadium Bukit Kiara. Suasana begitu meriah dengan pelbagai gaya manusia yang berbaju serba hitam.
Kami lepak sebentar di bahu jalan sambil menunggu Yae tiba. Setelah Yae sampai, kami terus bergerak ke pagar masuk konsert dan terus ke booth jualan di tapak konsert. Aku sempat sambar sehelai baju Search. Yang lain pula sambar baju sehelai seorang Shiroi Neko. Aku ingat nak sambar juga tapi auntie itu bilang dia tertinggal satu kotak saiz XL di Johor. Memang bukan rezeki aku tapi duit aku selamat. Tak ada hal punya. Sambil bosan menunggu yang lain memilih baju, aku cuba dengar muzik yang di nyanyikan kumpulan Republic tersebut. Tidak semenanya vokalis tersebut menyanyikan satu lirik yang aku rasa sangat familiar. Lirik '
-------------------------------------
Waktu yang dinantikan sudah hampir tiba, Aku dan yang lain terus ke tapak konsert untuk mencari tempat. Dan nasib kami agak baik kerana sempat curi masuk ke zon biru yang jaraknya tak berapa jauh dari stage. Sebelum acara bermula, emcee pentas tersebut banyak mengeluarkan kata-kata yang tidak kelakar dan dari situ aku dah syak mesti dia terpaksa delay acara dan terpaksa control crowd. Sangat obvious caranya. Kemudian menunggu mereka membacakan nama untuk cabutan bertuah. Cukup bosan dan meletihkan. Sampai akhirnya terpaksa panggil Ismahalil untuk control crowd dan memanaskan suasana yang semakin suram. Begitu juga kamera penonton yang berkali-kali pusing di langit untuk mengekalkan mood penonton. Kemudian satu pengumuman diberi oleh emcee menyatakan yang Search sudah sampai tapi tak dapat masuk kerana jalan kena block dengan double parking. Hati aku dah lega dari kebosanan, dan aku agak dalam 20 minit lagi Search akan sampai.
Akhirnya Search tiba juga. Semua penonton turut bersorak riang diselangi mengutuk seorang brader yang yang dressing ala Rooney. Dalam masa lebih kurang 3 jam, Search memberikan persembahan yang agak baik ditambah pula dengan kehadiran Kid semasa lagu Isabella. Tapi aku agak terkilan kerana Amy tidak menyanyikan lagu Derap Komando. Nak kasi jerit, member sebelah pun tak dengar inikan pula Amy. Tapi aku tak kisah, aku layan kepala saja sambil dengar lagu. Boleh kata semua lagu rancak aku kasi rock habis dengan penuh tenaga. Sudah hampir penghujung lagu, aku dapat rasakan diri semakin tidak fit. Tapi bak kata orang putih 'mind over matters'. Betul juga kata mereka. Semasa Amy memberitahu ingin menyanyikan sebuah lagu berkisarkan tentang Angin Syaitan, aku kembali bersemangat untuk rock semula. Sekali lagi habis bersepah kaki orang aku terpijak. Habis saja konsert kami sempat bergambar bersama Nasir dan Yazit. Anggota Search yang lain kami langsung tidak berkesempatan.
Setelah tamat semua acara, kami berangkat pulang dan kerana aku rock yang sangat amat masa konsert tadi, kaki aku secara automatik menjadi krem sewaktu aku cuba melakukan aksi lompat longkang. Semua kerana aku amat kurang bereksesais. Celaka, kejang dia rasa macam karipap pusing. Sudahnya Adib yang terpaksa bawa kereta. Malam itu kami lepak di William. Walaupun rasa Nasi Ayam Percik dia macam celaka, tapi aku tetap rasa kenyang kerana nasi dia saja boleh tahan. Ayam percik dia rasa macam selipar. Malam itu aku bermalam di rumah Mad. Mata aku dah rabak, kaki aku masih lagi kebas, gerak sikit krem. Aku terus batalkan niat nak pulang malam itu. Walaubagaimanapun, Konsert Search tadi memang terbaik. Rock tahap dewa punya.
"Gua ingat nak layan Bunkface pula lah lepas ni." - Ujar aku sendirian penuh serius.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.