Showing posts with label Classic. Show all posts
Showing posts with label Classic. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Sakit Perut.

Gua lepak sama member lepas test itu hari. Lama tak lepak minum. Hari-hari pun duduk mengadap nota. Tak juga pandai. Gua dan member gua masing-masing tarik nafas lega. Satu azab dah lepas walaupun keputusannya langsung tidak memberansangkan. Leka bersembang kosong, tak sedar jam sudah masuk dua pagi. Masing-masing beransur dengan alasan sakit perut. Gua pun sama. Mula-mula rasa sakit dia sedang-sedang, dah masuk kereta baru rasa pulasan nya membara. Lantas gua pun terus perasan gua ni Takumi Fujiwara, raja bukit Akina.

Tahun 1997.

Kalau lu sendiri yang bawa kereta, lu boleh bajet tahap sesak lu macam mana. Apa jadi kalau lu naik bas sekolah? Gua ada satu prinsip yang gua tanam sejak dari bangku sekolah dulu. Gua tak akan melepas hajat di tandas awam, lagi-lagi tandas sekolah. Gua rasa bukan gua sorang saja ada prinsip begitu.

Loceng balik sekolah pagi berdering. Gua yang sentiasa efisyen soal balik memang dah kemas beg awal-awal. Route keluar sekolah gua pun special. Biasalah orang tactical. Sampai luar sekolah saja, perkara wajib yang mesti gua buat, beli ais pop asam boi. Lepas beli, gua keluarkan baju sambil minum ais pop tepi longkang. Baru nampak gengster depan budak-budak sekolah petang.

Lepas gua selesai kunyah asam boi, perut gua mula buat hal. Celaka, sakit perut masa rehat tadi datang balik. Kali ni lebih kronik dari yang sebelum. Segala ikhtihar gua yang gua tahu semua gua dah cuba. Pulas jari, tekan perut, jampi serapah yang member gua ajar, semua tak jalan.

Bas sekolah Uncle Rajnikan dah sampai. Kali ni gua tak dapat nak rebut tempat belakang, keadaan tak mengizinkan. Gua duduk depan sekali, kerusi sebelah pintu. Hilang gengster gua hari ni. Gua pikir kalau gua lepas angin, suasana dia tak kritikal macam duduk belakang sebab ada ruang pengudaraan yang baik dari pintu bas.

Bas sekolah dulu taiko, mana main tutup-tutup pintu. Kalau jatuh gasak lu la. Tapi selalu budak sekolah menengah yang nampak gengster saja boleh diri depan pintu. Lagi-lagi kalau dia pandai bodek Uncle Rajnikan.

Azab kalau tahan sakit perut. Memang tak boleh gambarkan tapi lu sendiri mau ingat sakitnya macam mana. Sepanjang jalan gua buat kira-kira, satu stop berapa lama. Tiap kali Uncle berhenti nak kutip budak sekolah lain, gua jeling panas dekat budak-budak suruh naik cepat. Tapi gua rasa dia orang buat bodoh saja pasal ada lagi yang sempat patah balik beli aiskrim.

Muka gua pucat, bibir gua kering, perut gua vibrate tak tentu hala. Dendam kesumat dah lama dipendam, akhirnya tiba jua gua di Danau Kota. Gua suruh Uncle drop gua short-cut. Gua bilang gua ada krisis sama kucing gua. Short-cut pun tak short-cut mana, gua kena berlari sampai ke rumah. Jam dah gua tanggal masuk kocek, baju gua buka tinggal singlet macam pelarian.

Sampai depan pagar rumah gua sepak angin kaki kiri. Melambung kasut sekolah gua kena dinding. Kemudian sepak kaki kanan dan terus cari kunci rumah dalam kasut. Sampai saja ke toilet, perasaannya sungguh cemerlang.

Tahun 2010.

Pukul 2.15 pagi. Rekod pecut baru gua dari Bandar baru sampai Bandar lama. Pagar depan rumah tak berkunci. Sampai saja depan pintu grill rumah, gua seluk kocek. Impian gua musnah, gua tertinggal kunci rumah dalam bilik. Kepala gua tersandar di dinding sambil berbantalkan lengan. Gua dial nombor abah gua.

"Abah, kecemasan. Pintu berkunci."


"Penantian satu penyiksaan, dalam kebuntuan sebuah kesampaian." - Febians, Penantian.

Thursday, August 27, 2009

Hard Disk Pertama Saya.


Kali pertama aku beli komputer secara 'indie', ini lah dia hard disk pertama yang diletakkan secara 'indie' ke dalam PC 'indie' aku. Pertama kali aku beli hard disk ni pada tahun 2005. Masa ni kira up-to-date juga lah PC aku. Dan sampai sekarang aku rasa, aku masih lagi belum membeli PC secara 'indie' buat kali kedua. Dan ya, bagi yang kenal komputer, ini adalah hard disk lapuk jenis IDE. Dan bagi yang tak reti komputer, ini ada satu alat berteknologi tinggi dari masa depan dan tak boleh 'direct contact' secara 'indie' sama kulit kerana radioaktifnya sangat 'indie'.

Sejak PC aku 'toast' secara rasminya 4 bulan lepas, aku cuma pakai PC lama yang ada dirumah yang lagi purba spesifikasinya. Dan setelah sudah diselenggara PC lama tu, aku cuba masukkan hard disk aku. Mujur hard disk aku masih lagi tidak 'toast'. Banyak kenangan dari tahun 2005 dalam hard disk ni. Memang rugi lah kalau aku buang macam tu saja. Contohnya gambar ni, epik dia punya lama.


Sejak terciptanya kamera digital, dah tak ada dah aktiviti-aktiviti cuci foto. Jadi gambar yang ada pun dalam bentuk data saja. Kalau mesinnya rosak, maka rosak lah datanya. Tapi teknologi tak putus takat tu saja, ada benda nama internet. Kalau kau kasi 'up' gambar kau sama internet, mungkin sampai kau tua gambar kau tu ada lagi. Hard disk ni juga buat aku terkenangkan projek yang paling aku puas hati buat satu masa dulu. Tak salah aku, aku kasi nama Pistola kat nama projek aku ni.


Boleh lah, ada rupa pistol juga. Aku pun puas hati buat. Kau tak puas hati tu kau punya pasal lah. Lagi satu hard disk ni banyak juga lagu-lagu lama. Lagu orang putih, melayu, indon, suma ada. Lagu Perancis pun ada tapi lagu Alizee sorang sajalah. Aku kasi pasang playlist lama, boleh kata tiap-tiap lagu tu ada kisah tersendiri. Dan ada juga lagu yang aku tak pernah dengar. Ye lah, aku dulu duduk EP. Apartment/hostel pasal sekuriti dia ketat cam celaka. Walaupun internet dia slow, tapi dia ada satu sistem network yang besar. Kira semua orang boleh kasi kongsi macam-macam. Tak kira lah cerita ke, lagu ke, apa ke. Yang lain aku tak mau cerita lah, sendiri mau ingat. Tu lah pasalnya aku ada lagu yang aku tak pernah dengar.

Antara lagu-lagu yang buat aku terkenang, macam lagu:
  • Double Take - Mengapa Kasih. (Lagu masa aku main WOW)
  • Dewa - Pupus. (Lagu feveret Nate tiap-tiap pagi)
  • Suede - Beautiful Ones. (Lagu feveret aku mulanya tapi Nate tangkap layan)
  • HIM - Funeral of Hearts. (Aku teringat nasi lemak kedai cina)
  • Hoobastank - The Reason. (Masa aku mula-mula masuk MMU)
  • Ayumi Hamasaki - Trauma. (dari video gelak-gelak jadi full video, Pejal kasi)
  • Move - Dogfight. (Aku kasi marathon initial D masa bulan puasa)
  • Lefthanded - Ku di Halaman Rindu (Lagu masa aku menetap bawah tangga)
  • Beatles - Let It Be. (Kaset Beatles aku masa guna Kelisa dulu)
  • Beberapa lagu RATM. (Lagu masa aku nak angkat lesen)
  • Beberapa lagu Garbage. (Lagu bosan masa cuti)
  • Beberapa lagu The Strokes. (Ni Pejal punya kerja juga)
  • Lagu MLTR pun beberapa juga. (Ni sendiri punya jiwa)
  • Dan ada satu folder nama boyband. (Ni aku dapat sama KA)

Ada lagi banyak tapi aku dah malas. Takkan kalau ada 500 lagu, semua 500 kena kasi senarai. Din Beramboi pun tak gila macam tu. Oh ya, aku teringat pula zaman kegemilangan Ujang dan Gila-gila dulu. Memang majalah feveret aku dulu tapi bukan sekarang. Sekarang semua majalah kartun macam dah hilang punca. Tak ada 'kick' macam kartun dulu. Seingat aku, dulu ada sekali aku gelak sampai jatuh kerusi baca cerita Tandoori Payat. Tu dululah, sekarang aku tak tau apa cerita dah. Dah lama tak membeli. Okay, sampai di sini saja sembang aku, aku saja nak cuba tulis blog tanpa merokok. Perit juga rasanya. Waktu berbuka dua jam lagi, aku nak keluar beli rokok kejap lepas tu layan tidur. Adios!


"All these words I don't just say and nothing else matter."- Metallica, Nothing Else Matter.

Tuesday, August 25, 2009

Kisah Klasik MMU #5.

Gua dulu pandai. Bijak sifir. Setakat sifir 12 tu pejam mata pun gua boleh baca. Tapi gua sampai sekarang lagi tak reti baca sifir sambil menari. Gua jeles dengan Siti Sifir. Entah dah umur berapa agaknya dia sekarang. Ah, cerita pasal Siti Sifir pula. Sebenarnya, kerana kepandaian gua, gua dapat masuk MMU dengan biasiswa Telekom. Fuh, bangga gila dapat biasiswa. Rasa tampan.

Sebelum dinobatkan sebagai pemegang amanah biasiswa Telekom, gua dijemput ke satu kursus Telekom untuk diberi taklimat serba sedikit tentang biasiswa. Sujak pun ada. Sampai sana, gua tengok semua budak-budak pandai. Masa taklimat, speaker tu tanya sama sorang mamat berapa pointer dia. Dia kata 4 Flat. Yang lain ada 3.7, 3.8 pun ada. Hati gua berbisik celaka. Mujur gua duduk baris belakang.

Oh, gua lupa nak kerek satu benda. Kursus ni buat dekat A'Famosa Resort, Melaka. Amacam? Eksklusif tak? Masa untuk acara penyampaian amanat biasiswa, sekali lagi gua duduk table belakang. Kali ni dia buat cara banquet. Ala, yang meja susun banyak-banyak macam orang kahwin dekat hotel tu. Tujuan gua duduk belakang kali ni berbeza dari tadi. Sekarang pasal makanan dia letak satu meja besar di belakang gaya buffet. Dah gua meja belakang, apa lagi, tangan gua capai saja la apa yang dapat. Sepanjang taklimat mulut gua menguyah. Habis taklimat pun gua kasi kunyah lagi.

Sudah makan, semua beredar ke shuttle untuk dihantar ke rumah masing-masing. Ya, gua duduk rumah dekat sana. Gua dengan Sujak dapat master bedroom. Siapa yang datang buat muka tak puas hati nak tumpang semua kena halau. Oh, berbalik kepada shuttle tadi. Kalau lu orang tak tau, shuttle ni macam bas tak ada tingkap. Yang macam dekat Zoo tu. Nak jadikan cerita, shuttle yang gua naik memang steady. Dia pecut lain macam. Gua apa kisah. Gua lelaki.

Sambil shuttle tu bergerak, gua layan angin segar A'Famosa. Tenang gua rasa. Kawasan rumah pun nampak macam dah tak jauh dah. Sebelum masuk kawasan perumahan, ada satu pondok guard. Palangnya di angkat separuh, muat-muat kereta nak lalu. Drebar shuttle gua tetap maintain kelajuan. Gua tak cemas, tapi gua keliru. Gua rasa mungkin dia saja nak buat brek kecemasan bagi makwe-makwe yang ada dalam shuttle kagum dengan skill beliau memandu shuttle. Sekali............ PRANGGGG!!! Bumbung shuttle terkena palang. Guard yang sedang bertugas terkejut beruk. Padan muka, siapa suruh tidur masa bertugas.

"Oi! lu buta ka tak nampak palang!" Sound guard sambil kesat air liur di pipi.

"Dah lu tak buka apa pasal!!" Drebar shuttle sound balik cover malu.

"Takut sakit baik pergi mati." - Spider, Ngam Ho.

Saturday, June 6, 2009

Kisah Klasik MMU #4.

Zaman di MMU dulu aku tak nafikan, memang seronok. Baring dalam bilik pandang siling pun dah rasa seronok. Rasa bebas. Belajar nombor dua, berhibur nombor satu. Sama macam makan. Makan nombor dua, rokok nombor satu.

Aku kerap kali mengalami masalah tak cukup tidur, berjaga malam punya pasal. Tapi tetap tak cukup kronik macam Kecik. Dia lah manusia nocturnal paling hebat aku pernah jumpa. Malam berjaga, siang berdengkur.

"Don, aku ingat FYP nanti aku nak buat kajian pasal Kecik lah. Musti berguling lecturer gelak nak kasi markah." Cadang Sujak.

"Orait gak tu, kos spesimen pun percuma. Kita buat sekali lah nanti." Aku turut berseloroh.

Oleh kerana habit Kecik yang suka sangat tidur di siang hari, secara tidak langsung telah menimbulkan suatu kebingungan kepada Afni, housemate baru kami yang kerap kali memantau keanehan Kecik.

"Eh Don, rock juga ya Kecik. Dia sarung T-shirt dia dekat bantal dia. Mesti nak kasi baju tu nampak season."

Aku yang agak lurus ketika percaya bulat-bulat. Tak sangka Kecik ni ada 'special characteristic' yang tak pernah aku tahu. Kena kasi rekod dalam buku 555 ni. Maka, beberapa hari selepas itu, pada masa Kecik sedang berjaga dan sedang seronok memisau-misau pihak lawan, aku pun melontarkan kebingungan Afni kepada beliau.

"Cik, kau nak bagi season ke baju ni?"

"Tak lah, aku buat sarung bantal. Sarung bantal aku dah kotor."

"Kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita." - Yantzen, Insan.

Kamus Pertama Saya.

1991.

Satu hari yang tak berapa tenang. Darah di kepala dah membuak-buak sehinggakan urat mula timbul. Rasa nak baling saja controller ni ke peti televisyen. Entah apa-apa punya game. Penat-penat aku susun kasi cantik, dia kasi lesap pula. Sampai bila nak penuh petak ni? Rungut hatiku, cukup resah dengan permainan video yang bernama Tetris.

"Along... cukup-cukup lah main game tu... Pergi mandi. Kita nak pergi jalan."

"Huh? Nak pergi jalan? Uish! Best ni!" Bentak hati aku riang.

Deras tanganku menekan butang 'off' pada alat peranti tersebut. Aku terus lari ke bilik air sambil menanggalkan baju. Sejak kecil lagi aku sudah mempraktikkan gaya mandi dengan penuh kejantanan. Air dua tiga gayung dan sabun ikut dan saja diikuti dengan dua tiga lagi 'gedebush' air. Kemudian aku terus melompat keluar. Baru aku perasan aku lupa bawa tuala. Apa lagi, aku terus pecut ke bilik ambil tuala. Habis basah lantai.

"Along!! apa ni? habis basah rumah. Orang nak pergi jalan dah ni. Dia boleh buat hal lagi."

Aku buat tak tahu saja amaran ibuku sebab aku tengah sibuk mencari kemeja cop Mickey Mouse dan seluar panjang merah aku. Mana lah agak nya. Dalam resah-resah menyelongkar almari, ibu aku pun masuk ke bilik. Aku terus bertanyakan lokasi bajuku kepada ibuku dengan muka tak bersalah.

"Ini dia haa... Cari tu lain kali pakai mata, tarik baju tu elok-elok. Penat Mak melipatnya hari-hari. Bila Along nak cari baju saja mesti bersepah."

Ibuku marah buat kali kedua. Aku tetap tak ambil pusing. Baju aku pakai kemas-kemas masuk dalam. Kali ini, aku berlari ke bilik ibuku pula. Nak sikat rambut. Aku kasi 'aim' baik punya tengah. sebak kiri sekali, sebak kanan sekali. Sekejap saja 'effect' rambut belah tengah ni, masa rambut tengah basah saja jadi. Dah kering karang dia jadi bulat-bulat kerinting balik.

Urghh, mana pula ibuku letak bedak kotak nyonya ni? Aku nak bedak muka ni. Ah, pakai bedak abah saja lah. Aku tadah sebelah tangan sambil goncang botol bedak tersebut. sikit saja yang keluar. Aku goncang kuat lagi kasi padu. Habis penuh bedak atas tangan dan ada sikit-sikit berterabur atas lantai. Tak nak membazir punya pasal, habis semua aku kasi sapu ke muka. Habis putih muka aku macam Raja Kapoor.

"Oi! tu bedak ketiak abah lah, yang kau pergi sapu ke muka tu buat apa?!!"

Sergah bapak aku jangan dibuat main, silap haribulan melayang rotan hikmat atas almari hitam ruang tamu ke punggung. Dengan cemasnya aku terus ke bilik air basuh muka, ibarat Raja Kapoor dah tak tahan nak terkucil. Sudahnya, ibuku jugalah yang menyikat serta membedakkan muka aku.

Maka kami sekeluarga pun keluarlah pergi berjalan-jalan. Nampaknya kali ni kami tidak ke Hankyu Jaya tetapi ke suatu tempat yang penuh dengan buku dan orang. Walaupun berasa hampa, tetapi hati sedikit terhibur kerana melihat banyak buku warna-warni bergambar kartun yang tersusun luas. Sebelum pulang, ibuku membeli sebuah kamus bergambar. Katanya aku kena mula belajar mengeja sebab tahun depan nak masuk tadika.

Ala, setakat huruf-huruf tu, sampai Z pejam mata aku dah hafal lah. Oleh kerana aku teramat konfiden dengan kebolehan aku mengeja, aku pun cuba menunjukkan bakat terpendamku kepada ibu.

"W... A... N... G... Duit!!!"

"Di dalam kenangan nan silam, akan terhiburlah di hatiku, yang selama ini kecundang." - Lefthanded, Mencari Sinar.

Wednesday, May 13, 2009

Kisah Klasik MMU #3.

Suatu hari di Ayam Panas. Semua sedang leka menikmati makan tengahari penuh berselera. Sesudah makan, masing-masing tersandar kekenyangan sambil melayan kepulan-kepulan asap rokok. Perut sedang gembira, bibir pun terkelu bisu. Akan tetapi, tidak bagi Mundok. Keadaan tenang selepas makan memang tiada dalam kamus beliau.

"Midon, kau nak dengar teka-teki tak?"

"Erm, boleh juga. Jangan pekena aku sudah lah."

"Tak tak. Senang saja ni. Teka-teki 'banyak-banyak'. Dalam banyak-banyak tikus, tikus apa yang berkaki dua?"

Soal Mundok sambil terseringai. Dia ingat aku akan terperangkap dengan soalan itik kaki dua dia selepas ni. Kaki yang lain semua senyap tapi bibir dah terkebil-kebil. Aku dah mula tersengih tanda faham. Mata Sujak sudah terjegil-jegil ke arah Mundok.

Ramai-ramai, "KAU LAHHH.... HAHAHAHA..."

Mundok serta merta bengis gigit meja. (Imiginasi aku apabila Mundok emosi).

"Mendung hitam adalah semalam." - Bumiputera Rockers, Seribu Tahun Takkan Mungkin.

Aku Lagi Dramatik.

1997

Aku pandang jam. Lagi limit 'bering' nak bunyi. Kepala aku sudah jauh merewang dengan keenakkan ais pop asam boi dekat depan sekolah. Tambah lagi di tengah panas terik ini. Dia punya nikmat wa cakap lu... Perghh. Aku dah siap boleh bayang, asam boi tu aku nak sapu last sekali bila air asamnya habis. Aku lihat sekeliling. Budak-budak semua dah standby nak angkat beg.

KRINGGG.....

Habis beterabur semua budak-budak berlari. Macam kambing terlepas kandang. Aku turut tidak membuang masa. Bersepah juga aku lari. Tapi aku dah susun taktik awal-awal lagi. Tangga depan confirm penuh. Aku lari pecut ikut tangga belakang sorang-sorang.

Sampai saja di pagar belakang sekolah, dari jauh, aku nampak dah ada dalam sepuluh lebih budak berkerumun dekat pak cik jual ais pop. Perghh, menyirap jantung aku. Jangan lah ais pop asam boi aku habis! Aku teruskan pecutan dengan posisi tunduk 75 darjah. Cikgu PJ aku yang ajar. Bagi lawan angin katanya.

Aku dapat rasakan yang langkah aku semakin laju. Lari punya lari, tiba-tiba aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah lagi. Dum! Terjelepuk aku ke dalam longkang besar. Suasana hingar tiba-tiba menjadi sunyi. Pak Cik jual ais pop datang menghampiri aku.

"Anak tak apa-apa?" Tanya Pak Cik ais pop dengan penuh keikhlasan.

Aku yang berada dalam posisi kaki ke langit perlahan-lahan menghulurkan duit syiling dua puluh sen sambil berkata, "Ais pop asam boi satu."

"Cause gravity can never pull me down." - Butterfingers, Girl Friday.

Friday, March 6, 2009

Kisah Klasik MMU #2.

Babak Dua.

Lapang rasanya dada bila test dah habis. Minggu depan ada test lain pula. Ah, itu cerita minggu depanlah pula. Setelah penat memecut, kami sampai di depan pagar. Masing-masing melayangkan kad ID kepada pak guard gaya polis Interpol. Aku berjalan kemas ke pintu tangga. Dah bersedia nak scan kad gaya orang punch-out balik kerja.

Gedegang!!!

Terkejut beruk aku. Ni memang cari nahas nak kena penampar jepun ni. Main sepak saja pintu tu. Bentak hati aku. Tiba-tiba keluar seorang mamat yang berbadan jauh lebih sasa dari aku. Oh, Abu rupanya. Jiran aku. Aku cuma berbalas senyuman saja dengan nya. Tak jadi nak marah.

Setelah penat mendaki tangga sampai ke tingkat tiga, kami pun tiba ke rumah. Aku goyangkan kaki ku untuk meloloskan selipar di rak kasut Mariah Carey. Mana tak 'Mariah' nya, kalau dikumpul semua kasut, siap boleh buka gerai bundle tepi jalan. Kemudian aku terus menjalankan rondaan ke setiap bilik.

Bilik pertama.

Kerel sedang tekun mengganyang pihak lawannya dalam Liga Super Eropah. Begitu tekun sehinggakan aku masuk pun tak sedar.

"Eh, Ram. layu je. Dah abis test?" Tanya Kerel sambil menusuk pantas gamepad nya.

"Dah." Jawabku ringkas.

"Ohhhh!!! O' favor! O' favor!" Teriak Kerel tiba-tiba sambil bertepuk tangan gaya penguin.

Hurm, khusyuk benar sepak bola Kerel ni. Aku pun beredar ke bilik sebelah.

Bilik kedua.

Kelihatan Sujak sedang duduk di atas katil Kecik. Memerhati rapat setiap tingkah laku Kecik dalam arena Perajurit Malaya. Terkesima agaknya dengan cara Kecik meng'handle' Sniper. Kejap tukar pisau, kejap tukar Sniper, Kejap tukar pistol, kejap tukar pisau balik.

Zaidi juga turut bertungkus lumus beperang. Tiba-tiba deringan monotone sebuah lagu Jepun kedengaran.

Truttt... Tutt... Trutt....

Dengan pantas Zaidi terus menjawab panggilan sambil bangun dan duduk di atas katil. Gaya Zaidi menjawab telefon memang cukup unik. Sebelah tangan memegang rapat telefon ke telinga. Sebelah tangan lagi akan melindung di tepi bibir sambil kedua-dua bahu terjongket naik. Kalau makwe ke, ibu ke yang telefon, boleh terima lagi. Tapi bila member ke, adik ke, pak cik guard ke, nyonya uptown minimart ke yang telefon, dia akan tetap melakukan aksi stunt yang sama.

"Eh Kecik! Belakang dinding tu ada seekor. Kau cuba la lompat tengok." Teriak Sujak.

Lantas Kecik menjinjangkan lehernya sambil kepala rapat ke skrin monitor.

Aku tengok Sujak. Sujak tengok aku. Terbahak-bahak kami ketawa. Zaidi yang sedang bercakap dengan telefon itu pun turut tertawa manja. Aku pun beredar ke bilik sebelah. Ketawa masih tak habis lagi.

Bilik ketiga.

Kerana terdengar tawaan aku, Aphesz terus mengajukan soalan sebaik saja aku tiba di muka pintu.

"Apsal Don? Apa dah jadi?" Tanya Aphesz penuh minat. Dean pasang telinga.

"Hahaha... Kecik lah. Tengah main CS. Boleh pula dia panjangkan tengkuk nak tengok orang belakang dinding. Hahaha." Cerita aku secara teperinci.

"Hahaha.." Aphesz dan Dean ketawa serentak sambil beredar ke bilik Kecik.

Aku terasa aneh. Kenapa Tepet tidak memberi sebarang reaksi positif? Aku meng'usha' Tepet di balik komputernya. Oh, tengah khusyuk layan movie. Pakai headphone lagi. Patut lah tak ambil 'port'.

"Cerita apa Pet?"

"Gone in 60 seconds. Apa yang korang gelak tadi?"

"Kecik buat stunt menarik. Kau pergi lah tanya diorang." Jawab aku malas.

Tanpa berlengah, Tepet terus pecut ke 'scene' kejadian. Aku juga turut mem'blah'kan diri sendiri ke bilik terakhir.

Bilik Terakhir.

Aku tenung dalam katil sendiri. Ni kalau layan tidur seround ni menarik juga ni. Baru saja nak melabuhkan punggung ke atas katil, Kecik pula terpacul di depan pintu. Dah puas kena gelak agaknya.

"Celaka Midon! Kau cerita kat diorang buat apa. Habis semua gelakkan aku." Marah Kecik.

"Dah kau buat aksi menarik." Jawab aku ringkas kerana mahu tidur.

"Eh, bosan siot. Tak ada benda lain nak buat ke?"

"Entahlah Cik. Otak aku dah tepu jawab test tadi."

"Ronda MP jom." Cadang Kecik.

Aku bingkas bangun mencapai wallet. Kilas-kilas setiap notes yang ada.

"Cantek! Jom! Bagitau bebudak lain."

"Gurauanku jadi dilema prasangka." - AXL, Andai dapat ku undur masa.

Thursday, March 5, 2009

Kisah Klasik MMU #2.

Babak Satu.

Aku tatap kertas soalan itu dalam-dalam. Apa motif sebenar yang cuba disampaikan? Naik benak rasanya otak apabila cuba menterjemahankan bahasa-bahasa kejuruteraan. Melampau sangat putar alamnya. Segala apa yang aku tenung malam kelmarin langsung tak boleh diguna pakai. Macam celaka!

Ah, aku dah mati akal. Sujak pula duduk berjauhan, payah benar rasanya nak tiru. Tiru mamat sebelah aku ni pun orait juga aku rasa. Aku cuba memanjangkan tengkuk, mata dah naik juling bila cuba memfokus kepada kertas jawapan mamat sebelah.

Tup!

Dia lindung kertas jawapannya dengan lengan secara kasar. Ah, celaka lu mat! kalau ya pun tak mahu kongsi, janganlah tunjuk obvious sangat. Jaga lu mat! Kau akan aku jadikan sasaran lontaran kertas balut Sugus dalam CLC (dewan kuliah) nanti.

Apabila tamat saja test, semua berpusu-pusu keluar serentak untuk meraikan hari hujung minggu. Aku berjalan keluar dan menunggu Sujak di atas divider jalan. Aku menunggu dengan bermuka tenang sambil tangan masuk kocek seluar. Baru nampak konfiden sikit walaupun tak boleh jawab test. Kelibat Sujak kelihatan di muka pintu Exam Hall.

"Amacam poit? Ada okay?" Aku cuba menunjukkan rasa concern.

"Susahlah poit. Tak terjawab aku tadi." Nafi Sujak.

"Ah kau, tak boleh buat pun kau jawab semua. Aku main-main lipat kertas je tadi. Nak tiru mamat sebelah pun tak dapat." Rungut aku tak puas hati.

"Ha, kau tunjuk mamat tu kat aku. Kita jentik dia dengan kertas Fruitella kat CLC nanti."

"Hahaha. Aku dah cadang nak jentik kertas Sugus tadi."

"Apsal kau tak duduk je sebelah aku tadi?" Tanya Sujak prihatin.

"Dah kawan baik kau Roy dengan Bed dah menempek kau. Aku malas nak masuk campur. Aku segan sikit dengan Bed." Balas aku.

"Ahahaha... Bodoh sial kau. Dengan Bed pun nak segan."

Aku cuma tersengih.

Aku cuba perhati manusia-manusia lain. Semua berbincang pasal test. Sembang nak letup-letup saja. Kami pun terus menapak pulang ke rumah tanpa berbincang perihal test. Nak bincang apa pun kami tak tahu. Ah, lupakan saja.

Jom pecut balik rumah.

"Cendawan alpa sesegar pagi." - Awie Wings & Amy Search, Gemuruh.

Monday, March 2, 2009

Kisah Klasik MMU #1.

Setiap kali menjelangnya petang, kebanyakan kaki rumah aku akan menggelisat nak turun padang. Tidak kira lah ada kelas atau tidak, mereka pakai redah saja. Aku sebagai sahabat sejati mereka hanya mampu memberi sokongan moral dari belakang saja.

Azan Maghrib di komputer Kecik Jr berkumandang deras, deruman ekzos motorsikal kaki-kaki sekalian mula kendengaran. Masing-masing bermuka kontrol macho walaupun cukup penat. Manalah tahu kalau ada makwe yang lintas.

Kemudian, mereka mula duduk di komputer sendiri. Biasa lah, baru balik dari padang. Nak sejukkan badan alasan mereka. Aku tak banyak komen dan mengiyakan saja.

"Oi, create lah cepat!" Teriak Mundok sambil menyalakan rokok 'separuh masa' beliau.

"Kau je lah yang create Mundok." Balas aku selamba.

"Aku dah create dah..." Sampuk Kecik, penuh bangga dengan kecelikan IT beliau.

Kelechak! Kelechak!

Masing-masing mula memperlengkapkan diri dengan senjata pilihan.

Kelepow! Kelepow! Chak! Chak! Kelepow! Kelepow!

Kaki-kaki sekalian sibuk menunjukkan aksi gerila hebat masing-masing. Keadaan rumah menjadi begitu haruk sekali. Paling riuh sekali alat pembesar suara mahal milik Mundok. Rasa macam betul-betul berada di medan tempur.

Bunyi tersebut bercampur baur dengan kata kesat masing-masing sehinggakan mak cik sebelah kompelin akan perkataan aneh yang sering kami ucapkan. Mungkin kerana interference berlaku antara pembesar suara Mundok dan suara-suara merdu kami membuatkan mak cik itu hairan dengan bahasa yang kami guna pakai seharian. Sarkastik sungguh mak cik itu.

Bunyi motor sayup-sayup kedengaran. Mengikut deruman tersebut, semua kaki boleh meneka siapa yang tiba.

"Eh, main game tak ajak! Ada komputer kosong?" Tanya Ajis penuh minat.

"Pergi lah main dekat komputer adik Sujak." Balas Mundok.

Maka bertambahlah seorang lagi perajurit. Untuk mengelakkan kapitalis berlaku, Kecik dan Sujak terpaksa dipisahkan daripada kumpulan yang sama. Benda-benda kecil ini selalu diambil kira kerana apabila konspirasi monopoli berlaku, Mundok akan mudah menjadi emosi.

Satu pertempuran epik sedang rancak berlaku. Masing-masing tak mahu megaku kalah. Apabila keadaan mendesak, Sniper akan jadi rebutan bagi perajurit amatur. Bagi Kecik dan Sujak, mereka sudah anggap AK47 sebagai 'Sniper' mereka. Aku cukup dengki dengan kebolehan mereka. Bertingkat dendam kesumat dikumpul tatkala peluru AK47 menembusi kepala.

Seperti biasa pada waktu Maghrib, selain Ajis, ramai lagi kaki-kaki yang akan bertandang ke rumah kami. Maka banyaklah pemerhati tetap yang tekun memerhati pertempuran kami. Tapi kalau dapat diputar masa, aku sangat berharap untuk menjadi pemerhati tetap kepada Prebet Ajis.

"Oi, oi, jaga-jaga. Belakang kau!" Teriak pemerhati Ajis penuh saspen.

Ajis berasa terancam seraya menoleh kepalanya ke belakang.

"Eh.. Mana? Mana?"

Rumah kami tiba-tiba menjadi riuh rendah dek hilai tawa kaki-kaki sekalian.

"Dengan tabir kelam, kita luaskan degan cahaya" - Fotograf, Ke Pintu Kasihmu.