Zaman di MMU dulu aku tak nafikan, memang seronok. Baring dalam bilik pandang siling pun dah rasa seronok. Rasa bebas. Belajar nombor dua, berhibur nombor satu. Sama macam makan. Makan nombor dua, rokok nombor satu.
Aku kerap kali mengalami masalah tak cukup tidur, berjaga malam punya pasal. Tapi tetap tak cukup kronik macam Kecik. Dia lah manusia nocturnal paling hebat aku pernah jumpa. Malam berjaga, siang berdengkur.
"Don, aku ingat FYP nanti aku nak buat kajian pasal Kecik lah. Musti berguling lecturer gelak nak kasi markah." Cadang Sujak.
"Orait gak tu, kos spesimen pun percuma. Kita buat sekali lah nanti." Aku turut berseloroh.
Oleh kerana habit Kecik yang suka sangat tidur di siang hari, secara tidak langsung telah menimbulkan suatu kebingungan kepada Afni, housemate baru kami yang kerap kali memantau keanehan Kecik.
"Eh Don, rock juga ya Kecik. Dia sarung T-shirt dia dekat bantal dia. Mesti nak kasi baju tu nampak season."
Aku yang agak lurus ketika percaya bulat-bulat. Tak sangka Kecik ni ada 'special characteristic' yang tak pernah aku tahu. Kena kasi rekod dalam buku 555 ni. Maka, beberapa hari selepas itu, pada masa Kecik sedang berjaga dan sedang seronok memisau-misau pihak lawan, aku pun melontarkan kebingungan Afni kepada beliau.
"Cik, kau nak bagi season ke baju ni?"
"Tak lah, aku buat sarung bantal. Sarung bantal aku dah kotor."
"Kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita." - Yantzen, Insan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.