Sunday, November 7, 2010

[Misery] Exam and FYP.

Please put me out of my misery...

- I am in misery, there ain't no other who can comfort me. - Maroon 5, Misery.

Friday, October 29, 2010

Run away.

A few more week to go.

Tuesday, September 28, 2010

Tension.

ARGGGGHHHHHHHH!!!!!!!!!!

Aku pun tak tahu la nak kata apa lagi. Semester terakhir ni macam-macam bala datang. Aku mengaku, mostly semuanya salah aku yang teramat leka. Tapi kali ni macam dah tak ada jalan penyelesaiannya. Lepas satu-satu masalah datang.

Soal rokok tak payah cerita lah. Paru-paru aku dah se akan jalan tar yang diturap on daily basis nak mengenangkan pressure yang aku kena hadapi hari-hari. Kadang-kadang ajak member minum. Luah perasaan semua. Lega cuma sementara, macam baru lepas bangun tidur lega nya.

Aku tahu member aku semuanya nak tolong aku, tapi macam mana pun kita dekat dunia ni, masalah sendiri kita mesti kena settle sendiri. Pressure beb. Aku langsung tak bajet pressure dia teruk macam ni.

Sekarang aku ada masa dalam 4 ke 5 minggu sebelum habis semester. Dalam jangka masa ni, aku kalau boleh tak nak langsung berganjak dari kerja-kerja yang patut aku lakukan. Memang lah kalau nak dicerita kan 'Que sera sera' boleh, apa nak jadi pun jadi lah. Tapi dalam proses nak menjadi tu yang sakit nya tak tertanggung.

Ini bukan masalah putus cinta bro. Ini masalah study gua je. Bagi gua masalah putus cinta tu tak lah besar mana buat masa sekarang. Gua sangat concern dengan masa depan gua. Gua cemas dengan masa yang gua ada. Banyak lagi benda gua nak kejar lepas bergelar graduan nanti. Bukan seronok pun beb jadi student ni.

Ye lah, duit loan dapat tiap-tiap bulan pun berpada lah dengan pressure nya. Orang yang dah bekerja semua bilang kerja lagi tension. Tapi aku bukan lah nak membandingkan pressure nya. Buat masa sekarang itu lah dia pressure yang gua kena hadapi.

Entah lah. Fikir siang malam masalah gua ni pun tak guna. Sekarang, apa yang penting, gua kena on 'game face' gua untuk selama 4-5 minggu ni. Gua tahu gua sucks, gua tahu gua tak genius, tapi untuk tahun ke 24 gua bergelar manusia, khalifah di muka bumi ini, tak sekali pun gua cuba melarikan diri dari masalah. Semua gua telan. Jangan risau my friend, we're gonna make it. I'm pretty damn sure. It is not a matter of late or early, it just that you reach your goals by any means necessary. Come on bro! You can do it!

Just fucking do it... Pleasee....

Wednesday, September 1, 2010

Pemalas!

Gua malas.

Thursday, August 19, 2010

Mimpi.

3.20 am.

Gua terjaga dari tidur. Macam biasa, kalau mimpi BPR, gua akan duduk termenung sambil hisap rokok.

Mimpi kali ni agak aneh, pelik, teruk dan gua tak tahu apa connection nya. Ya, gua suka buat tanggapan sendiri terhadap mimpi walaupun gua tahu semuanya hanya permainan tidur. Ceritanya begini;

Situasi berlaku di kawasan rumah lama di Danau Kota. Keadaannya sama seperti gua tinggalkan dulu. Tiada kacau bilau, tiada hiruk pikuk. Gua tak pasti umur gua berapa kerana saiz badan gua kerap bertukar.

Dan BPR gua dan sorang lagi makwe pun enterframe. Naik kereta kebal. Besar bagak tinggi rumah. Perasaan gua: gua rasa macam kawan lama masa kecik. Orang lain sekeliling macam tak ambil pusing pasal dua budak perempuan datang bawa kereta kebal. Cukup Inception.

Gua pun datang tegur dua budak perempuan tu. Dan macam gua cakap tadi, saiz badan gua dan mereka turut berubah. Dah tak budak dah. Saiz badan gua katang macam Brad Pitt. Ni gua tipu. Gua pun berbual dengan makwe sorang lagi. Dialog gua dah lupa. BPR tengah sibuk setting kereta kebal dekat atas.

Entah macam mana gua boleh follow makwe ni balik rumah. BPR pula menyusul kemudian. Gua macam tak ambil pusing lagi pasal BPR. Situasi membawa gua ke lorong perumahan. Makwe tu ajak gua lalu jalan belakang. Gua insist lalu jalan depan pasal jalan belakang rumah penuh kotor dengan macam-macam objek yang gua tak nak cerita. Gore waktu siang yang biasa.

Makwe tu berkeras nak ikut jalan belakang. Gua turutkan saja. Dan gua pun follow makwe tu menempuh jalan-jalan yang sukar. Sampai masuk satu rumah terbiar dan ikut dia panjat dalam loteng atap rumah. Sekali lagi fizikal badan gua berubah. Entah macam mana gua boleh muat masuk loteng gua pun tak tahu. Mungkin gua ada bakat jadi arkitek Inception. Lepas ni gua apply dekat JobSreet.

Panjat punya panjat, gua pun sampai dekat rumah makwe tu. Rumah family dia. FYI, kawasan rumah kat Danau Kota tu kawasan rumah teres. Jadi sebagai arkitek mimpi, gua automatik boleh ejas yang loteng atap rumah tu ada connection sepanjang teresnya.

Makwe tu bilang sama gua suruh gua duduk senyap-senyap. Nanti nenek dia nampak, nenek dia bising. Dia pun keluar dari bilik dan lupa tutup pintu. Gua biarkan saja pintu terbuka. Entah macam mana adik perempuan gua pun ada dalam bilik tu. Sambil tengok cermin, adik gua cakap tu member dia. Langsung tak ada sebarang respon negatif yang gua dah masuk rumah orang secara haram dan tambahan pula bilik perempuan. Perasaan gua: biasa-biasa saja.

Entah macam mana situasi gua bertukar lagi. Saiz badan normal, gua sedang pakai kain pelikat tanpa pakai baju dan sedang pegang gitar. Dan yang paling aneh gua boleh strumming gitar tu dengan baik. Lagaknya seperti John Mayer. Perasaan gua: Oh, elok pula tuning gitar ni.

Sedang leka strumming, nenek makwe tu lintas depan bilik. Muka dia antara perasan tak perasan saja gua di situ. Dia lintas, masuk bilik sebelah dan terus keluar balik sambil pegang pisau dan daun pandan. Apa kes ambil daun pandan dekat dalam bilik tingkat dua? Gua rasa gua memang arkitek Inception yang artistik. Heh.

Lepas saja nenek tu turun ke bawah, gua dapat dengar suara nenek tu membebel. Membebel pada makwe tu dan ibunya gua rasa. Bunyi macam marah pasal ada budak lelaki dalam bilik. Gua la tu. Hati gua jadi tak tenang. Rasa bersalah. Adik gua masih lagi tenang tengok cermin.

Mana pergi BPR gua?

Tuesday, July 27, 2010

Merah.

Gua sedang leka kunyah cucur di satu sudut kedai. Gua konfius dengan cucur yang gua beli dari pasar malam tadi. Adakah ini cucur badak, cucur udang, atau semata-mata cucur kodok sahaja. Sedang leka mendeduksi makanan sendiri, datang seorang lelaki misteri duduk semeja di sudut gelap. Gua samar-samar akan wajahnya.

"Aku tahu kau ada masalah." Bilang lelaki misteri.

"Siapa yang tak ada." Jawab gua spontan.

Lelaki misteri tersebut capai kotak Winston gua. Dia dirikan kotak tersebut. Kemudian dia dirikan pula lighter cricket gua. Hati gua tersentak. Tapi gua masih belum cemas. Gua fikir lelaki ini buta tuli menembak.

"Merah." Lelaki misteri senyum sinis.

"Shit." Gua dah tak dapat sembunyi cemas gua.

Lelaki misteri tersebut menghulurkan sepucuk Colt .45. Sial.

"Nah, jalan penyelesaian. Hapuskan memori kau." Lelaki misteri semakin serius.

Hati gua dari berdebar bertukar jadi marah.

"Kau tak ada hak nak campur urusan aku. Memori ini aku tak akan hapuskan." Balas gua tegas.

"Kenapa tidak? Kau nak kekal sebagai lelaki gagal sampai bila?"

"Aku tahu aku gagal, aku bacul. Tapi aku tak mahu hapuskan memori ini."

BAMMM!!

Lelaki misteri menghempas tangannya di meja. Mata aku terpaku pada jam tangan nya. Jam retak berjenama Milane. Aku semakin gusar.

"Kau mesti hapuskan! Atau hati kau tak akan terbuka sampai bila-bila!" Jerkah lelaki misteri seraya mengeluarkan kepala nya dari bayang.

"A...a.. aku?" Terperanjat beruk aku, hampir terjatuh dari kerusi sendiri.

"Ya, aku adalah kau. Alter-ego kau sendiri." Jawab lelaki misteri sambil menyalakan rokok Winston aku.

Tangan aku menggeletar mencapai pistol di atas meja. Aku off kan safety nya. Jari telunjuk bersedia pada picu. Muncung pistol dihala pada kepala sendiri.

"Ini yang kau mahukan bukan?!! Lupakan segalanya?! Bunuh diri??!!" Mata gua berair.

"Yaaa. Dan supaya kau tak mati tertanya-tanya, aku akan beritahu kau satu lagi perkara."

"APAAA???"

"Ini cucur badak." Jawab lelaki misteri sambil menyuap cucur ke mulut sendiri.

FUCK. Hati gua tersentap. Marah. Sangat marah. Pantas gua hala pistol pada lelaki misteri dan tanpa fikir dua kali.........

POOOOWWW!!!!!

Gua tiup kepala pistol seraya berkata,

"Daging badak jual kat pasar gelap, bukan pasar malam."

"Bodoh."


"Dream. Send me a sign. Turn back the clock. Give me some time. I need to break out." -Ryan Star, Brand New Day.

Monday, July 26, 2010

Negative Attitude and Concealed Feelings.

Makes a perfect hypocrite. I wonder if it is natural by nature or just being a plain coward? These past few days, I just learned a thing about microexpression. Because it is a micro, it is almost impossible to notice without years of practicing.

Although, we occasionally did detect if someone was lying. It is that we wasn't that sure and was afraid if the other would suddenly snap when being accused. Or maybe we just being polite.

I support any romantic proposal. I love romantic movies. I know how to be romantic. But it never occur to me to try to be one. Because for one thing, that I know for sure, people tend to get tired. And after that every to fade to black. It is called commitment.

I saw many girls fb's status, and some from blogs. It seems that they were living above the cloud nine and they loves it. I love to be surprise like this, I love to be pamper that way. When will they learn that there is no men like that? Once in their pants, poof, gone. Goodbye red roses here come occasionally white tulips.

But it wasn't fair to women if men being an unromantic son of a bitch their whole life. Maybe once in while it is okay, but men tends to forget. Just remind no hint and stop smothering. Men are hypocrite by nature with ego on top.

Well, in the end, just to prove when someone is lying you need to be a tougher jackass. Vicious eye contact, throw a few hand gesture, clear voice, quick on words, and most importantly, believe you're right even when you're wrong.

In a fierce conversation, we often throwing junks when we're out of facts. Then create a new believable fact. Preferable one with explainable chaining reaction, support by some true obvious facts. It is called speculate. Or gossip. It is just for the win sake. Nothing is more sweet that winnings.

Horray, only one more chapter for a new book!

Sunday, July 4, 2010

Billionaire.

Good riddance Argentina.

What a nice game between Germany and Argentina. Salute to Argies players for showing a good fighting spirit until the end. And it is a wise decision to cheer on Germany tonight since I did enjoy the the frustrating faces on Argies fans. As the Argies scored their first goal, the crowds at mapley were cheering like hell just to know it was an offside. Hahaha...

Anyway, as I came back from mapley with a happy evil face, the billionaire song was play on the radio. The song keep playing in my mind and I just can't help it to You Tubed for it. And for a while it got me thinking. A cross reference thinking to an episode of Leverage. It has already becoming a habit for me to cross reference for everything that was on my mind lately.

There was something that tickles my mind from watching 'The Reunion Job' episode (Leverage, season 3, 2nd episode). You see, the rich mogul called Doucherman is a real life douchebag. He feel that he has a need to show off his success to his alumni fellows. He thought that it was satisfying to rub it on their faces. Well it is not.

Let me be frank with you, I was a John Doe in every school I went. Primary and secondary, there was a few people who still remember me. And I always avoid every chance I had for a reunion. At first, I thought I will join the reunion when at least I can afford my own car. But then, it got me thinking again. Why should I? What I got to say to them? There is only a few tiny bits of memories of them left inside my head. No, I better be stay anonymous.

As for my life in university, things were the other way around. From MMU to MFI, people do recognize me somehow. Even once in a while when I did visited Malacca, there was a few passerby who recognize me. Even the nyonya from mini mart still recognize me after a few years of my absentees. Then again, it did flatter me in some way.

In the Billionaire music video (Travie McCoy ft. Bruno Mars), Travie portray as a cool billionaire who shows an act of random kindness to any passerby. Then it struck me again, maybe if one day I did becoming a billionaire, I would do the same thing.

One death is a tragedy, a thousand deaths is a statistic. Well, the same holds true for acts of charity. - Sophie Deveraux, Leverage.

You know, instead of build a school, clinic or whatsoever, it is better to help people individually. Instead of donating a big check and make it to the front cover of newspaper, it is better to give a new car to your own relatives or friends and make it into their heart.
If I ever make it as a billionaire, Everyday I wish to wake up in different city and different country. Start with from an urban town like Tokyo, London, Manhattan, Paris to a rural town like Hokkaido, Hampshire, Dublin, Dordogne or wherever that has a serene surrounding.

My first plan is to shop anything that is shoppable. Clothes, gizmos, perfumes, or maybe some random Viking lamp. I will record my journey. Not 24/7. Just a little sneak peek of some location and some random ramblings without any further embarrassment that will mark me as a typical tourist. And at the end of the day I will write a journal that will be publish into this blog.

I will choose a few items to take with me and mail the rest back to Malaysia along with some souvenir to family and friends. And of course, a key chain for my keepsake. You see, even now I have tons of key chain on my bag. Even though I already lost some of them, I will not give up. After all, I am a man of habit. I'll make sure to buy two of them. One to put on my back pack and the other one I will mail it back to Malaysia. Heh. Just in case I lost my luggage.

After tired with shopping and some uptown activities, I will visit any rural area. Maybe rent a country home in Dublin. Walk through bed of flowers and endless road. Drink a cup of coffee in the morning. Visit any museum. Do some history research. Or maybe go fishing in Hokkaido. Visit the their fish market. Visit some farm. Like apple farm in Manchester. My parents used to visit there when I was still a baby. Maybe one day, if the farm still exist, I will visit there. I still got the address though.

Well, you know, if one is a billionaire, I doubt he or she is a nobody. As for me, as I travel for different countries, I might as well visit some technology companies, maybe if I am lucky, I can pick up few things. Or maybe I will be inspire or discover something new. Invent or improve something.

Or maybe sample some fruits or vegetables. Learn the thing that is necessary for them to grow. I always wonder how did they grow the Matsutake Mushroom. Or learn a few anglers trick. Catch some big fish and print the body on a big paper. You know, the one that the Japanese did and they frame it after that. Most likely can be seen inside a restaurant.

Well, for what its worth, I had loooong treacherous way to make it as a billionaire. I maybe will start earning my own money when I am 25. I have to pay both of my student loans. And maybe after this, house loan, car loan. Life is a debt you know and I just don't like this kind of debt. And for godsake! Robert Kiyosaki's book still doesn't make any sense. At all! Or maybe I'm too dense with business jargon.

"Toss a couple milli in the air just for the heck of it." - Travie McCoy ft. Bruno Mars, Billionaire.

Wednesday, June 16, 2010

Gua Nak Bela Rambut Balik!

Gua dah rimas rambut pendek. Gua nak simpan balik rambut panjang bagi orang lain pula rimas. Gua sorang saja rimas mana boleh. Dari teori ilmu alam gua, gua rasa dalam nak dekat raya nanti rambut gua panjang balik. Dan gua tau makcik - makcik gua, sepupu sepapat gua semua rimas tengok gua masa raya. Hahaha. Memang gua suka orang rimas tengok gua.

Bela rambut balik ye. Orang perak cakap 'bela' ni maksud dia repair. Uncle Seekers kata 'bela' ni memiliki. Gua kata 'bela' ni biarkan saja. Setahun sekali lah gua pakai hair conditioner. Tengok mood metroseksual gua. Jantan tipikal biasa lah.

Gua dah sebulan merancang nak pergi tampal kasut gua. Tapak dah terkoyak. Dan juga dah sampai masa untuk aku potong kaki seluar. First time pakai seluar mahal bhai. sayang nak potong. Tapi dah genap dua tahun aku pakai seluar ni. Aku rasa dah sampai masa nak kena potong kaki seluar dia. hari-hari sapu jalanraya. Balik rumah mesti bawa balik batu dua tiga biji punya dekat kaki seluar. Konfem.

Dalam masa sebulan gua rancang nak buat dua benda tu, sudah nya mesti gua tak jadi buat. Macam macam alasan emosi yang tak diterima akal orang lain. Atau dalam bahasa saintifiknya, malas! Cakap orang suruh rajin memang senang, bila dah kena batang hidung sendiri benda simple macam ni pun tak boleh buat. Drive 10 minit pergi Warta pun payah. Jumlah masa berurusan dalam satu jam saja, jawab periksa satu paper 3 jam straight sampai kebas punggung berasap kepala boleh pula.

Bercakap pasal jawab periksa ni pula. Gua akan rasa high saja tiap kali keluar dewan periksa. Hembusan rokok paling best dan rare adalah selepas jawab periksa. Lagi-lagi kalau langit cerah awan berarak, mentari menyinar. Rasa macam baru lepas perang. Rasa hero tak terkata. Kalau masa tu rambut panjang, kena pula tiupan angin, memang rasa superhero plus plus. Hahaha...

Tadi gua belek gambar-gambar. Ada satu caption tulis 'young and hopeless'. Gua rasa gua pegang title tu sekarang. Gua betul-betul tak nampak mana hala tuju gua sekarang. Kerja apa gua nak buat? Kereta apa gua nak pakai? Rumah mana gua nak beli? Dan yang penting sekali, tulang rusuk mana yang padan sama gua?

Tulang rusuk. Gua rasa gua pernah ada conversation ilmiah pasal ni masa first year gua dekat MMU. Macam mana yang lelaki kekurangan satu tulang rusuk yang perlu diberi kepada perempuan. Asal nya rasa macam tu lah lebih kurang cerita dia dan entah macam mana gua yang sangat naif masa tu boleh suggest yang teman hidup kita, itu lah tulang rusuk yang kita hilang selama ni. Dan tak semena mena member gua dapat idea pick up line baru.

Dia pernah gua atau tidak pick up line tu aku tak tau. Tapi yang pasti gua tak pernah guna. Dan gua ada perasan lagu drama cerita melayu petang Maghrib ada sebut tulang rusuk. Gua tak dapat tangkap ayat dia. Pasal dia nyanyi laju dan gua malas nak ambil port secara serius. Cuma setiap kali gua dengar, detik berseloroh beberapa tahun yang lepas buat gua jauh termenung. Saat paling gembira dan bebas dalam hidup gua.

Sampai bila nak jadi 'young and hopeless'? Sampai jadi 'old and hopeless' kah? Tidak. Gua rasa tempoh 'young and hopeless' gua akan berakhir tahun ni. Itu hari gua balik solat jumaat, sedang gua leka jalan menonong, datang sorang mamat jalan seiring dengan gua. Elok saja gua nak kasi flying kick secara kasar, rupa-rupanya mamat ni pernah kelas sama gua.

"Eh? Dah kerja ke? Kerja mana? Sony?"

Tunggang langgang jadi soalan gua. Tak sengaja ter-retorikal. Dah terang-terang dia pakai vest Sony. Dia bilang dia tengah intra. Hati gua jauh menusuk yang dia macam segan saja kalau kerja tetap sekali pun di Sony. Tapi memang gua dah tahu dia intra. Gua saja buat spekulasi busuk. Hahaha... Gua tanya lagi soalan retorikal.

"Amacam paper last sem? Okay?"

Mamat tu tergelak. Muka happy lahanat. Memang gua nampak lah kebebasan di raut wajahnya. Gua memang pandai baca orang. Itu lah cikgu gua cakap dulu, orang Amerika suka baca buku, orang kita suka baca orang. Gua memang orang kita yang sejati.

Pernah tengok 'Up in the air'? Ada sekali George Clooney cakap, Kenapa budak-budak suka pada atlet? Pasal dia orang kejar cita-cita dia orang. Bullshit! siapa yang tulis skrip tu? Gua tak pernah admire mana-mana atlet langsung. Ada sekali gua pernah admire Hakuto dan Minami. Gua nak join special forces tentang raksasa ganas. Dengan harapan gua akan dipilih sebagai the next Ultraman. Lepas gua tau raksasa memang tak wujud dekat jepun, gua dah tak pernah admire siapa-siapa.

Cakap pasal cerita tu, Lu orang cuba tengok kerjaya George Clooney. Gua rasa kerjaya macam brader tu memang cool sampai lah satu masa yang minah Twilight ni decide to go 'Glocal'. Apa neraka? merampus lah brader Clooney, gua sendiri tengok pun palat. Ada pula nak fire orang guna video conference. Gua palat bukan nya nak cerita kesan psikologikal nya fire orang guna cara tu, Tapi sebab privilege untuk travel on air secara percuma kena tarik! Shit! siapa tak bengang!

Secara jujurnya apa yang minah twilight tu cakap, yang guys have to piss everywhere to mark their spot like dogs was anotherr bullshit. Memang brader Clooney tu cakap dia nak kejar milage on air tu. Tapi gua rasa tak semestinya sebab tu, dia nak benda tu jadi memori kebebasan dia. Ish, gua rasa gua paham lu la brader Clooney.

Okay, esok gua nak pergi tampal kasut dan jahit seluar. Tapi seluar gua tak basuh lagi. Damn.

Tuesday, June 15, 2010

Plans.

Plans... plans... i gotta make some plans. You know, gotta get my feet on the fair ground. I'm tired of living like these. I literally don't have anything to do. I know I got tons of work to do but I just can't make up my mind to do them. Every single day, I woke up, staring at the ceiling for 5 minutes, close back my eyes and there I am again.

I've been doing a lot talking to the wall lately. You know, you never got verbally abuse by talking to the wall. It's pathetic. I'm loathing myself for doing that sometimes. What a loser. But in some ways, I found it extremely satisfied. Well not extremely, just a bit. Having a wall as your best secret keeper wasn't exactly any sane human will do. It suck. It does. Then again walls do have eyes. Yeah, I'm a fan of spies flick.

Dual personalities, between superheroes and spies. I'm more prefer spies than superheroes. I mean come on, who can actually fly? What I like about spies life is that you got to be anyone you want to be. Given that you have to keep that secret from your families and love one. And also your life is at stake. No problemo. Sure the big picture is you have to give up your life. But yeah, why not. We serve for our country. We died as a hero.

Actually, I'm not concurrently personified on how suave James Bond can be. I mean he got English accent. Man, I told you that is a big foul play. Like playing football without a goalkeeper. Then again, all spies has a good look, which I know I'm not gonna done so well even if I try.

Well then again, I've these things called honesty. I know girls like honesty, big time! But hey, you know, tell me who doestn't lie in this world? I know I am as straight as an arrow. I am honest most of the time. But I'm a big fan of keeping secret and I am sure I am good at digging them also. Yeah, there is not so much secret about me. At all. Except from this blog, that I have no idea who ever read this.

You know, I purposely left the blog title as Kuntil Midon. Which who ever wanna pick a bone with me can google from that name and found this blog. I mean Kuntil Midon was not such a big secret for those who ever know me. And for all I know, as a spy, keeping stuff on the world wide web is a big no. Which also got me thinking why do some flick even bother to left all their information inside their laptop and never bother to turn it off and cut off the internet connection.

You know, if it was me, i'll do it old school. Papers and files. And tapes. Unless the hacker is also a thief, there is no way they can steal my information. So they can't never get a dirt on you. Because you know, emotion is such big failure for being a spy.

Crap. Actually, the reason why I wrote these was to straighten up myself. So that I will start doing my FYP with a clear head tomorrow. But all I end up with is all this gibberish talk about being a spy. Boys will be boys. Hah, I wish that wasn't true.

"Be a man!" - Russell Peters.

Saturday, May 29, 2010

Muda.

Sejak aku lahir ke dunia, dari saat aku melepaskan genggaman tangan aku, aku sudah mula bersedia sahut cabaran dunia. Bibit audio pertama yang diluahkan, tapak tatih yang dilangkah, bukannya ciri seorang manusia yang gagal. Makan, tidur, makan, tidur sampailah aku mula punya keinginan sendiri. Tak langsung mencerminkan evolusi yang tak sempurna.

Muda.

Kenapa aku selalu tak bertenaga. Kenapa hati aku tak pernah tenang. Aku tak pernah gembira. Ketawa aku spastik. Nada 'haha' dari hujung bibir aku tak pernah sampai ke telinga sendiri. Tak kira berapa kuat aku ketawa, aku masih tak dengar bunyinya. Samar pun tidak.

Muda.

Aku tak faham. Apa aku lakukan selama ini ikhlas atau tidak. Tak kira apa pun. Aku tak rasa aku ikhlas. Plastik. Aku sentiasa ada niat tersembunyi. Orang tak tahu, aku penuh berahsia. Itu sebabnya aku pilih untuk tidak bersuara. Tak cukup ikhlas.

Muda.

Penumbuk aku masih teruna. Dan aku harap dia akan terus teruna sampai hari aku berhenti bernafas. Aku tak dapat kawal marah aku. Bukan marah pada sesiapa, marah pada diri sendiri. Marah yang berselubung di jiwa buat aku tak kenal siapa aku sebenarnya lagi.

Muda.

Berurusan dengan manusia lebih menyeramkan dari berurusan dengan hantu. Aku selalu persetankan ideologi orang lain. Mungkin kerana itu aku lahirnya rasa takut dalam hati. Walaupun jauh beribu batu aku lari, hati aku tetap tak tenang.

Muda.

Banyak benda nak dipersoalkan. Kenapa hujan turun? Kenapa burung dapat terbang? Kenapa Oksigen perlu untuk pembakaran lengkap? Kenapa Voltan berkadar songsang dengan rintangan? Kenapa perlu ada rasa cinta? Kenapa tidak boleh hidup berseorangan? Kenapa perlu bernafas? Aku lemas sendirian.

Muda.

Tahukah kamu, dari struktur otak manusia saja kita boleh selesaikan pelbagai masalah di dunia? Artificial Neural Network contoh terdekat. Aku kagum. Lagi banyak aku tahu lagi banyak aku berfikir. Walaupun aku bukanlah dari bidang psikologi, cuma garapan sendiri dari ilmu kejuruteraan, cukup buat aku gementar. Tahukah kamu macamana nak tukar bateri kereta?

Muda.

Aku ingat aku ini simple minded, nampaknya aku hanya bermimpi di siang hari. Aku cuma bersembunyi tutup mata, tutup telinga. Kemas mana pun aku tutup, anak mata tetap melirik, gegendang tetap mencari frekuensi. Tapi apakan daya, tangan aku lumpuh. Tak, aku memang sengaja buat-buat lumpuh. Celaka.

'Ignorance is Bliss' kepala lutut abah kau!

Tuesday, March 23, 2010

Project #1.


Ah, gua dah berasap satu kepala.
Angin satu badan.
Mata merah menyala.
Payah betul nak research projek baru.
Dari tadi gua smoke tak berhenti.
Teraba-raba cari solution ideal.
Paru-paru gua dah padat dengan nikotin.
Gua dah mati akal.
Apa lagi idea yang gua ada?
Minggu ni punya task tak complete lagi.
Masak gua macam ni.
Ni yang buat gua bara sama Pak Cik Einstein.

Monday, March 22, 2010

Cerita Member Gua.

Gua dah tak banyak cerita ceria sekarang. Jadi gua ingat gua nak cerita member gua punya cerita.

Dulu waktu aku pergi KFC sama member-member aku, adalah sorang member aku ni. Mamat lah kita kasi nama. Dia ni baru first time pergi makan dekat KFC rasanya. Jadi kita orang masing-masing beraturlah untuk order makanan. Yang si Mamat ni pula, dia asyik terkebil-kebil sambil mendongak kepala membaca menu. Bimbang macam mana nak order makanan dekat akak cashier tu nanti.

Kemudian bila tiba giliran Mamat, akak cashier tersebut terus menunjuk ke arah menu yang terpampang di atas kaunter sambil mengajukan soalan standard mereka kepada customer. Hati Mamat lega seketika kerana soalan akak cashier itu tadi berbentuk objektif. Dia hanya perlu memilih salah satu daripada set yang tersedia. Dengan nada sedikit cemas Mamat berkata;

"Set A..... satu."

"Baiklah cik, satu set A. Cik nak yang original atau spicy?"

Tak semena-mena hatinya terasa sedikit tersentap dengan soalan akak cashier tersebut. Lantas dengan nada marah dia berkata;

"ORIGINAL LAAA!!!"

Terkebil-kebil akak cashier tersebut kerana volume suara Mamat tiba-tiba berubah amplitud. Tetapi sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, dia tetap melayan permintaan costumernya dengan baik. Selepas selesai transaksi pembayaran, Mamat pun beredar ke meja makan dengan muka yang mencuka.

Semasa makan di meja, Mamat terperasan yang rasa ayam KFC nya lain daripada selalu. Langsung ke laut rasanya. Dan struktur serta warna ayam juga berbeza dari member-membernya yang lain. Lantas dicubitnya ayam dipinggan membernya. Yang ini baru betul ayam KFC, bentak hati Mamat. Mamat jadi tak puas hati bercampur dengki. Dan Mamat pun terus memberontak buat kali kedua;

"Mana boleh macam ni! apa pasal ayam aku tak PEDAS??!!!!"

Tuesday, March 16, 2010

Lesu.

Pukul 3.49 pagi. Gua baru sudah bedal nasi putih sama ikan kukus. Sekarang gua tengah smoke sambil menaip. Lain macam gua bergurau dengan perut gua hari ni. Ikan kukus bhai! Siapa berani tolak tepi.

Malam ni lesu-lesu otot lengan gua masih tak hilang lagi. Nak angkat segelas teh o panas pun gigil lagi. Ini semua punca dari Kecik yang ajak gua main Nintendo Wii semalam. Boleh tahan bersukan juga lah main Wii ni. Gua sebagai olahragawan amatur memang banyak menunjukkan sikap kesukanan yang tinggi dan sudahnya habis basah kuyup satu badan mandi peluh.

Nak kepak tangan kebelakang pun pedih sekarang. Tak campur gua batuk-batuk lagi. Belen demam kura-kura minggu lepas. Gua dah cuba kurangkan hisap rokok. Tapi tak jadi juga. Gelisah dia lain macam. Macam orang putus cinta lah lebih kurang agaknya.

Hari adalah dalam sepuluh biji gula-gula Hacks gua kunyah. Batuk gua tak hilang juga. Minggu sudah gua dah telan ubat batuk sebotol. Haram jadah tak lut langsung. Kebal sungguh virus batuk ni. Bila kena air cond saja mula lah gua nak berkohok.

Orang lain demam minta simpati dalam fesbuk. Banyak assignment sampai tak cukup tidur pun nak minta simpati dalam fesbuk juga. Yang banyak lagho tak baca buku esok nak kuiz pun nak tulis dalam fesbuk juga. Perangai macam karipap angin. Nampak enak di luar tapi rupanya cuma angin semata.

Gua tak ada lah nak merungut banyak dalam fesbuk tu. Tak rokes langsung merungut-rungut. Nak merungut pun pergi lah lepak mapley order teh tarik segelas, lepas tu merungut lah kau sampai dua tiga jam. Tak ada mapley tu nak usha tajam pun.

Lagi satu gua ada perasan, orang kita juga lah. Wah, bukan main speaking london lagi dalam fesbuk. Sesama sendiri pun nak speaking london. Itu gua tak kisah lagi. Mungkin dia dah biasa cakap london sama family dia. Ni masalahnya yang gua kenal ni. Gua sendiri tau dia orang ni berterabur bila speaking london. Gua dengar pun gua gelak dalam hati, jaga hati member punya pasal. Tapi dalam fesbuk lu bukan main lagi speaking. Cakap Melayu sudah. Apa nak malu. Tak ada rupa orang bodoh punya kalau cakap Melayu.

"Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang bak itu budi, Yang indah itu bahasa."

Tuesday, March 2, 2010

BPR.




Jauh aku berlari
Nafas tersekat-sekat
bahana asap nikotina
Aku cuba tak endah
Tapi kuntum tetap mekar
Nak dituju ilmu tak cukup
Kencangnya hati
Tak siapa yang tahu

Kenapa hati makin gelisah
Gelisah itu menyakitkan
Hilang pertimbangan
Goyah akal fikiran
Tercabar jiwa pahlawan
Musuh seribu tak gentar
Bunga sekuntum geletar
Masih waras lagikah jiwa

Mana langkah patut disusun
Ke kiri merah padam
Ke kanan hitam legam
Luruskah langkah diri
Suka berpijak bumi fantasi
semalaman mimpikan bulan
terlupa diri pungguk di hutan
Semua khalayan semata

Sepantas lintasan kelibat
Pantas lagi mata melirik
Jangan tenung matanya
Kelak mabuk tak terpandu
Makan tak kenyang
Mandi tak basah
Merokok tak berasap

Bagaimana nak lupa
Seribu tahun takkan mungkin
Jika hati masih tak bulat
Sakitnya terus begini
Manisnya luka menghiris
Pedih yang tidak berdarah
Ibarat melakar langit
Lakarannya cuma ilusi
Melayangkan imiginasi

- Kuntil Midon

Monday, March 1, 2010

Paku.

Macam-macam jenis paku ada dalam dunia ni. Datang dalam pelbagai saiz dan rupa. Tetapi matlamat nya tetap satu, untuk dibenamkan. Sebagai seorang pemegang hammer amatur, aku berasa sangsi dengan segelintir paku yang susah untuk dibenam.

Medium perlu dipaku untuk kekemasan dan keutuhan objektif yang dirangkul. Dalam situasi cemas untuk mengejar cita-cita, paku memang suka buat hal. Langsung tak boleh lebih kurang. Macam celaka.

Kadang-kadang bila diketuk, dia menyenget ke kiri. Tak apalah, kita ketuk ke kanan pula. Terlebih ketuk, langsung condong ke kanan. Medium pakuan makin resah, hammer tak efisyen.

Ada pula paku yang langsung tak terbenam. Bukan paku lembut atau medium terlalu keras. Tapi kerana paku terlalu megah. Mentang-mentang harga sekilo RM10, hammer murahan kedai Dua Ringgit diperkotak katikan. Tak ada toleransi.

Ada juga paku yang senang diketuk. Tapi lepas dua tiga hari, medium pakuan jadi resah gelisah. Tak senang duduk. Kena ganti paku baru kah? Kau jangan macam-macam. Aku beli kau sekilo RM5 dekat kedai Ah Seng. Pegang medium tu kuat-kuat.

"Gua kucar-kacir." -Kuntil Midon.

Wednesday, February 17, 2010

Sakit Perut.

Gua lepak sama member lepas test itu hari. Lama tak lepak minum. Hari-hari pun duduk mengadap nota. Tak juga pandai. Gua dan member gua masing-masing tarik nafas lega. Satu azab dah lepas walaupun keputusannya langsung tidak memberansangkan. Leka bersembang kosong, tak sedar jam sudah masuk dua pagi. Masing-masing beransur dengan alasan sakit perut. Gua pun sama. Mula-mula rasa sakit dia sedang-sedang, dah masuk kereta baru rasa pulasan nya membara. Lantas gua pun terus perasan gua ni Takumi Fujiwara, raja bukit Akina.

Tahun 1997.

Kalau lu sendiri yang bawa kereta, lu boleh bajet tahap sesak lu macam mana. Apa jadi kalau lu naik bas sekolah? Gua ada satu prinsip yang gua tanam sejak dari bangku sekolah dulu. Gua tak akan melepas hajat di tandas awam, lagi-lagi tandas sekolah. Gua rasa bukan gua sorang saja ada prinsip begitu.

Loceng balik sekolah pagi berdering. Gua yang sentiasa efisyen soal balik memang dah kemas beg awal-awal. Route keluar sekolah gua pun special. Biasalah orang tactical. Sampai luar sekolah saja, perkara wajib yang mesti gua buat, beli ais pop asam boi. Lepas beli, gua keluarkan baju sambil minum ais pop tepi longkang. Baru nampak gengster depan budak-budak sekolah petang.

Lepas gua selesai kunyah asam boi, perut gua mula buat hal. Celaka, sakit perut masa rehat tadi datang balik. Kali ni lebih kronik dari yang sebelum. Segala ikhtihar gua yang gua tahu semua gua dah cuba. Pulas jari, tekan perut, jampi serapah yang member gua ajar, semua tak jalan.

Bas sekolah Uncle Rajnikan dah sampai. Kali ni gua tak dapat nak rebut tempat belakang, keadaan tak mengizinkan. Gua duduk depan sekali, kerusi sebelah pintu. Hilang gengster gua hari ni. Gua pikir kalau gua lepas angin, suasana dia tak kritikal macam duduk belakang sebab ada ruang pengudaraan yang baik dari pintu bas.

Bas sekolah dulu taiko, mana main tutup-tutup pintu. Kalau jatuh gasak lu la. Tapi selalu budak sekolah menengah yang nampak gengster saja boleh diri depan pintu. Lagi-lagi kalau dia pandai bodek Uncle Rajnikan.

Azab kalau tahan sakit perut. Memang tak boleh gambarkan tapi lu sendiri mau ingat sakitnya macam mana. Sepanjang jalan gua buat kira-kira, satu stop berapa lama. Tiap kali Uncle berhenti nak kutip budak sekolah lain, gua jeling panas dekat budak-budak suruh naik cepat. Tapi gua rasa dia orang buat bodoh saja pasal ada lagi yang sempat patah balik beli aiskrim.

Muka gua pucat, bibir gua kering, perut gua vibrate tak tentu hala. Dendam kesumat dah lama dipendam, akhirnya tiba jua gua di Danau Kota. Gua suruh Uncle drop gua short-cut. Gua bilang gua ada krisis sama kucing gua. Short-cut pun tak short-cut mana, gua kena berlari sampai ke rumah. Jam dah gua tanggal masuk kocek, baju gua buka tinggal singlet macam pelarian.

Sampai depan pagar rumah gua sepak angin kaki kiri. Melambung kasut sekolah gua kena dinding. Kemudian sepak kaki kanan dan terus cari kunci rumah dalam kasut. Sampai saja ke toilet, perasaannya sungguh cemerlang.

Tahun 2010.

Pukul 2.15 pagi. Rekod pecut baru gua dari Bandar baru sampai Bandar lama. Pagar depan rumah tak berkunci. Sampai saja depan pintu grill rumah, gua seluk kocek. Impian gua musnah, gua tertinggal kunci rumah dalam bilik. Kepala gua tersandar di dinding sambil berbantalkan lengan. Gua dial nombor abah gua.

"Abah, kecemasan. Pintu berkunci."


"Penantian satu penyiksaan, dalam kebuntuan sebuah kesampaian." - Febians, Penantian.

Sunday, February 7, 2010

Semester Enam.

Masa gua mula-mula masuk MMU,
Ramai orang suka bilang sama gua,
semester hujung macam neraka,
Gua senyum saja.

Tak sampai 3 semester,
Gua dah guling tikar,
Dah terhantuk,
Baru terngadah.

Gua masuk pula MFI,
Hati gua cemas,
tapi gua dapat skor,
Gua senyum saja.

Gua rasa sini kacang,
Tengok nota pejam mata,
Pergi lecture pejam mata,
Dua kali gua dapat anugerah.

Semester enam,
Apa neraka?
Minggu pertama janggal,
Minggu dua berterabur.

Esok minggu lima,
Kerja bertingkat,
Gua tak reti susun,
Capai saja mana dapat.

Gua rasa gua dah lain,
Gua lupa kawan,
Gua penting diri,
Gua bikin orang kecewa.

Tiga tahun lamanya,
Gua bina respek,
Gua bina sahabat,
Sampai masa gua guna semua.

Gua tak suka main catur,
Tapi gua suka bercatur,
Siapa nak gua susun,
Gua pis raja yang lemah.

Apa lagi nak gua kata,
Gua bukan genius,
Gua tak dapat tolong,
Gua minta maaf.

Friday, January 29, 2010

Kucar Kacir.

Gua tengah serabut sekarang.
Last minute baru nak cari supervisor.
Proposal pun prepare lebih kurang.
Mesti kena sound dulu, baru kena reject.
Gua dah mati kutu.
Perut siapa gua nak sepak ni?

Tak Teratur.

Aku kalau ada masalah ke, jatuh basikal ke, makan nasi ke, pekena teh ke, mimpi ke, semua aku tulis dekat sini. Dekat sini juga aku campak aura negatif yang ada supaya aku boleh kekalkan 'game face' aku. Aku kadang-kadang dapat rasa orang pandang aku macam tak ada masalah. Siapa yang tak pernah ada masalah. Semua orang ada. Semua orang pernah. Jatuh basikal, makan nasi, pekena teh, mimpi, semua orang mesti pernah punya.

Aku tak tahu lah. Hati sendiri pun aku tak tahu ini kan pula aku nak tahu hati orang lain. Ya, aku memang suka baca orang. Tapi tak selalu apa yang aku baca tu tepat. Aku yakin saja lebih. Buat apa pun semua aku yakin sekarang ni. Potong kereta aku yakin, bikin program aku yakin, reka litar aku yakin, jawab soalan dekat depan secara solo pun aku yakin, bidas lecturer pun aku yakin, makin nasi lauk apa hari ni tak payah cerita lah aku punya yakin tahap mana.

Yakin macam mana pun aku, masih ada satu benda lagi yang aku tak yakin. Benda ni juga buat pendirian aku goyah tiap kali. Memang bukan mudah untuk 'beginner'. Usia dah makin ditelan zaman pun masih 'beginner'. Budak sekarang darjah enam pun dah berani pilih option 'veteran'. Macam celaka. Kalaulah aku boleh nampak sebarang signal untuk proceed, dah lama aku proceed. Masalah nya satu desibel desir pun aku tak dapat tangkap.

Jam pun dah pukul 4 pagi. Proposal pun dari tadi aku tangguh. Esok nak kena present. Pejam mata la aku present esok kalau macam ni.

"Gua memang suka letop." - Kuntil Midon.

Saturday, January 23, 2010

Wind's Play Rewind (Bravado).

Human are fragile.

As I born as one, I certainly know how we operates. But I've been classified as a male in which has a different bravado than female. Nevertheless, my own bravado as a human male seems to act poorly after being associate with dreadful yet flattery feelings.

My first encounter.

Which is unexpected, I failed gloriously. The wind chills down my spine. My respiration system became unstable. Eventhough I never lost my consciousness and not once in my life did I ever lose one, thus how I wish that I can just collapse for that moment. T'was it is not me who collapsed but my little friend, Mr Bravado. Thus I conclude myself to be intolerant for sweet lullaby.

My second encounter.

The weather was calm. As foretold by the big tree. T'was I tend to devour the silence. Though I am least expected for the incoming storm, I've decided to break the silence. For as much as I am willing to speak my word, though it seems a big acorn were struck down my throat. Unwilling to stop, I shamelessly misspelled my intention. So, it was not mine who own the silence but a group of Siren with their sovereign voices. Eventhough my dire attempt was became awful there was indeed a silver lining. I have earn a small recognition that could be smear by the heavy rain.

My third task.

Eventhough the rain has badly stain my presence, I aim to launch an unforgettable moment by which I am yet to define my upcoming method. Honestly, the last method that I used was a total disaster since the plan were go by the seconds. It is not carefully planned and as I said earlier, I merely just want to test the wind's play. Regardless the consequences.


"How could this be done, by such a smiling sweetheart." - The Kooks, Naive.

Wednesday, January 20, 2010

Maybe.

Maybe is uncertain.

Maybe is coward.

Maybe is loser.

Maybe is procrastination.

Maybe is hopeless.

Maybe is unknown.

Maybe I am.

Tiba-tiba Gua Rasa Nak Menaip.

Dah lama juga gua tinggal blog gua. Gua kira ada la dekat sebulan. Pasal dalam sebulan ni gua memang tak ada masalah langsung dan kalau gua ada masalah pun gua settle kan dengan cara main game atau pun tidur. Ah, tadi gua rasa macam ada benda nak cerita. Sekarang tiba-tiba gua rasa blur.

Oh ya, cikgu gua itu hari ada bilang sama gua. blur tu maksud nya fuzzy. Fuzzy seperti dalam istilah 'Fuzzy Logic'. Cikgu gua memang hebat. Nampak gaya macam segala benda yang melibatkan Artificial Intelligence semua dia tahu. Tapi dia hebat macam mana pun memang tak boleh transfer dekat student dia kalau student dia sangat kurang pandai. Gua tak kata bodoh. Kurang pandai.

Oh ya, gua tak rename lagi title blog gua. Sekarang dah Chapter 6. Dan gua rasa gua dah ada tajuk sesuai untuk hidup gua semester ni. Cakap pula pasal semester ni, gua rasa semester yang paling gua gembira tapi paling tertekan. Yang mana gembira dan tertekan tersebut bercampur baur perasaan nya. Gua rasa gua suka tapi dalam masa yang sama gua rasa tak suka juga. Ah, pedulikan. Gua memang suka tak endah perasaaan gua. Gua tak suka benda rumit yang tiada jawapan.

Semester ni, gua rasa nak push semua budak kelas gua, gua nak bikin kelas gua happening dan tak ada istilah berkabilah. Gua tak kisah nak photostat notes untuk dia orang. Gua tak kisah kena call cikgu suruh masuk kelas. Gua tak kisah lah nak berkorban apa saja demi budak kelas gua. Tapi kepada Pejal sama Kecik, BPR gua bukan budak kelas gua. Jadi dia bukan masalah gua.

Lu orang pernah dengar, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima? Itu ayat yang lu orang selalu dengar. Pada gua ayat dia ada lagi yang tertinggal. Ayat lengkap dia bunyi macam ni, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima kerana yang memberi akan menerima lebih baik lagi. Gua pikir, dalam dunia ni, tak ada orang yang buat satu benda tu percuma. Saja-saja nak lepas angin. Mesti ada agenda tersembunyi. Sama macam gua juga, tapi apa yang gua harapkan adalah lebih kompleks daripada yang lu orang duga.

Tak semestinya yang kita beri tu akan balas jasa kita, mungkin akan balas juga dengan cara lain. Satu contoh yang ketara, akhir semester lepas gua mula berkecimpungan dalam arena budak skema semangat. Gua tak nafikan jadi budak skema yang semangat memang bukan kerja mudah. Segala aspek dan strategi lu kena susun. Lu kena pandai cakap, lu kena pandai bagi orang terhutang budi sama lu, lu kena pandai mengurus, lu kena tepati janji, lu kena berkomunikasi dengan semua budak lu, lu kena kasi cikgu lu seronok, lu kena kasi cikgu lu kenal lu, banyak lagi lah, gua malas cerita.

Gua bukan apa sebenarnya, benda yang paling gua tak gemar masa sekolah dulu, pegang pangkat. Selain dari jadi balaci cikgu lu, akhir tahun lu dapat sijil. Buat apa? Lu ingat sijil pengawas darjah enam lu boleh kasi lu duit beribu ke? Tapi satu malam tu buat gua semangat nak buat benda ni semua. Gua jadi hyper. Gua jadi gaban. Gua dapat rasa dia punya seronok handle manusia. Semua gua dapat tackle. Apa gua cakap semua setuju. Gua dah rasa macam menara propaganda. Gua buat semua ni supaya gua jadi alert dan juga sebagai persediaan bila gua dah kerja esok. Gua kena jadi tegas supaya orang tak berani nak pijak kepala gua. Kalau kata lah terkena sekali pun, gua harap gua tau macam mana nak elak.

Gua ada banyak benda lagi nak tulis, tapi hati gua berat ke lain. Lain hari gua sambung.

"Tastes so good make a grown man cry." - Warrant, Cherry Pie.