Tuesday, July 27, 2010

Merah.

Gua sedang leka kunyah cucur di satu sudut kedai. Gua konfius dengan cucur yang gua beli dari pasar malam tadi. Adakah ini cucur badak, cucur udang, atau semata-mata cucur kodok sahaja. Sedang leka mendeduksi makanan sendiri, datang seorang lelaki misteri duduk semeja di sudut gelap. Gua samar-samar akan wajahnya.

"Aku tahu kau ada masalah." Bilang lelaki misteri.

"Siapa yang tak ada." Jawab gua spontan.

Lelaki misteri tersebut capai kotak Winston gua. Dia dirikan kotak tersebut. Kemudian dia dirikan pula lighter cricket gua. Hati gua tersentak. Tapi gua masih belum cemas. Gua fikir lelaki ini buta tuli menembak.

"Merah." Lelaki misteri senyum sinis.

"Shit." Gua dah tak dapat sembunyi cemas gua.

Lelaki misteri tersebut menghulurkan sepucuk Colt .45. Sial.

"Nah, jalan penyelesaian. Hapuskan memori kau." Lelaki misteri semakin serius.

Hati gua dari berdebar bertukar jadi marah.

"Kau tak ada hak nak campur urusan aku. Memori ini aku tak akan hapuskan." Balas gua tegas.

"Kenapa tidak? Kau nak kekal sebagai lelaki gagal sampai bila?"

"Aku tahu aku gagal, aku bacul. Tapi aku tak mahu hapuskan memori ini."

BAMMM!!

Lelaki misteri menghempas tangannya di meja. Mata aku terpaku pada jam tangan nya. Jam retak berjenama Milane. Aku semakin gusar.

"Kau mesti hapuskan! Atau hati kau tak akan terbuka sampai bila-bila!" Jerkah lelaki misteri seraya mengeluarkan kepala nya dari bayang.

"A...a.. aku?" Terperanjat beruk aku, hampir terjatuh dari kerusi sendiri.

"Ya, aku adalah kau. Alter-ego kau sendiri." Jawab lelaki misteri sambil menyalakan rokok Winston aku.

Tangan aku menggeletar mencapai pistol di atas meja. Aku off kan safety nya. Jari telunjuk bersedia pada picu. Muncung pistol dihala pada kepala sendiri.

"Ini yang kau mahukan bukan?!! Lupakan segalanya?! Bunuh diri??!!" Mata gua berair.

"Yaaa. Dan supaya kau tak mati tertanya-tanya, aku akan beritahu kau satu lagi perkara."

"APAAA???"

"Ini cucur badak." Jawab lelaki misteri sambil menyuap cucur ke mulut sendiri.

FUCK. Hati gua tersentap. Marah. Sangat marah. Pantas gua hala pistol pada lelaki misteri dan tanpa fikir dua kali.........

POOOOWWW!!!!!

Gua tiup kepala pistol seraya berkata,

"Daging badak jual kat pasar gelap, bukan pasar malam."

"Bodoh."


"Dream. Send me a sign. Turn back the clock. Give me some time. I need to break out." -Ryan Star, Brand New Day.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.