Gua terjaga dari tidur. Macam biasa, kalau mimpi BPR, gua akan duduk termenung sambil hisap rokok.
Mimpi kali ni agak aneh, pelik, teruk dan gua tak tahu apa connection nya. Ya, gua suka buat tanggapan sendiri terhadap mimpi walaupun gua tahu semuanya hanya permainan tidur. Ceritanya begini;
Situasi berlaku di kawasan rumah lama di Danau Kota. Keadaannya sama seperti gua tinggalkan dulu. Tiada kacau bilau, tiada hiruk pikuk. Gua tak pasti umur gua berapa kerana saiz badan gua kerap bertukar.
Dan BPR gua dan sorang lagi makwe pun enterframe. Naik kereta kebal. Besar bagak tinggi rumah. Perasaan gua: gua rasa macam kawan lama masa kecik. Orang lain sekeliling macam tak ambil pusing pasal dua budak perempuan datang bawa kereta kebal. Cukup Inception.
Gua pun datang tegur dua budak perempuan tu. Dan macam gua cakap tadi, saiz badan gua dan mereka turut berubah. Dah tak budak dah. Saiz badan gua katang macam Brad Pitt. Ni gua tipu. Gua pun berbual dengan makwe sorang lagi. Dialog gua dah lupa. BPR tengah sibuk setting kereta kebal dekat atas.
Entah macam mana gua boleh follow makwe ni balik rumah. BPR pula menyusul kemudian. Gua macam tak ambil pusing lagi pasal BPR. Situasi membawa gua ke lorong perumahan. Makwe tu ajak gua lalu jalan belakang. Gua insist lalu jalan depan pasal jalan belakang rumah penuh kotor dengan macam-macam objek yang gua tak nak cerita. Gore waktu siang yang biasa.
Makwe tu berkeras nak ikut jalan belakang. Gua turutkan saja. Dan gua pun follow makwe tu menempuh jalan-jalan yang sukar. Sampai masuk satu rumah terbiar dan ikut dia panjat dalam loteng atap rumah. Sekali lagi fizikal badan gua berubah. Entah macam mana gua boleh muat masuk loteng gua pun tak tahu. Mungkin gua ada bakat jadi arkitek Inception. Lepas ni gua apply dekat JobSreet.
Panjat punya panjat, gua pun sampai dekat rumah makwe tu. Rumah family dia. FYI, kawasan rumah kat Danau Kota tu kawasan rumah teres. Jadi sebagai arkitek mimpi, gua automatik boleh ejas yang loteng atap rumah tu ada connection sepanjang teresnya.
Makwe tu bilang sama gua suruh gua duduk senyap-senyap. Nanti nenek dia nampak, nenek dia bising. Dia pun keluar dari bilik dan lupa tutup pintu. Gua biarkan saja pintu terbuka. Entah macam mana adik perempuan gua pun ada dalam bilik tu. Sambil tengok cermin, adik gua cakap tu member dia. Langsung tak ada sebarang respon negatif yang gua dah masuk rumah orang secara haram dan tambahan pula bilik perempuan. Perasaan gua: biasa-biasa saja.
Entah macam mana situasi gua bertukar lagi. Saiz badan normal, gua sedang pakai kain pelikat tanpa pakai baju dan sedang pegang gitar. Dan yang paling aneh gua boleh strumming gitar tu dengan baik. Lagaknya seperti John Mayer. Perasaan gua: Oh, elok pula tuning gitar ni.
Sedang leka strumming, nenek makwe tu lintas depan bilik. Muka dia antara perasan tak perasan saja gua di situ. Dia lintas, masuk bilik sebelah dan terus keluar balik sambil pegang pisau dan daun pandan. Apa kes ambil daun pandan dekat dalam bilik tingkat dua? Gua rasa gua memang arkitek Inception yang artistik. Heh.
Lepas saja nenek tu turun ke bawah, gua dapat dengar suara nenek tu membebel. Membebel pada makwe tu dan ibunya gua rasa. Bunyi macam marah pasal ada budak lelaki dalam bilik. Gua la tu. Hati gua jadi tak tenang. Rasa bersalah. Adik gua masih lagi tenang tengok cermin.
Mana pergi BPR gua?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.