Dah lama juga gua tinggal blog gua. Gua kira ada la dekat sebulan. Pasal dalam sebulan ni gua memang tak ada masalah langsung dan kalau gua ada masalah pun gua settle kan dengan cara main game atau pun tidur. Ah, tadi gua rasa macam ada benda nak cerita. Sekarang tiba-tiba gua rasa blur.
Oh ya, cikgu gua itu hari ada bilang sama gua. blur tu maksud nya fuzzy. Fuzzy seperti dalam istilah 'Fuzzy Logic'. Cikgu gua memang hebat. Nampak gaya macam segala benda yang melibatkan Artificial Intelligence semua dia tahu. Tapi dia hebat macam mana pun memang tak boleh transfer dekat student dia kalau student dia sangat kurang pandai. Gua tak kata bodoh. Kurang pandai.
Oh ya, gua tak rename lagi title blog gua. Sekarang dah Chapter 6. Dan gua rasa gua dah ada tajuk sesuai untuk hidup gua semester ni. Cakap pula pasal semester ni, gua rasa semester yang paling gua gembira tapi paling tertekan. Yang mana gembira dan tertekan tersebut bercampur baur perasaan nya. Gua rasa gua suka tapi dalam masa yang sama gua rasa tak suka juga. Ah, pedulikan. Gua memang suka tak endah perasaaan gua. Gua tak suka benda rumit yang tiada jawapan.
Semester ni, gua rasa nak push semua budak kelas gua, gua nak bikin kelas gua happening dan tak ada istilah berkabilah. Gua tak kisah nak photostat notes untuk dia orang. Gua tak kisah kena call cikgu suruh masuk kelas. Gua tak kisah lah nak berkorban apa saja demi budak kelas gua. Tapi kepada Pejal sama Kecik, BPR gua bukan budak kelas gua. Jadi dia bukan masalah gua.
Lu orang pernah dengar, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima? Itu ayat yang lu orang selalu dengar. Pada gua ayat dia ada lagi yang tertinggal. Ayat lengkap dia bunyi macam ni, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima kerana yang memberi akan menerima lebih baik lagi. Gua pikir, dalam dunia ni, tak ada orang yang buat satu benda tu percuma. Saja-saja nak lepas angin. Mesti ada agenda tersembunyi. Sama macam gua juga, tapi apa yang gua harapkan adalah lebih kompleks daripada yang lu orang duga.
Tak semestinya yang kita beri tu akan balas jasa kita, mungkin akan balas juga dengan cara lain. Satu contoh yang ketara, akhir semester lepas gua mula berkecimpungan dalam arena budak skema semangat. Gua tak nafikan jadi budak skema yang semangat memang bukan kerja mudah. Segala aspek dan strategi lu kena susun. Lu kena pandai cakap, lu kena pandai bagi orang terhutang budi sama lu, lu kena pandai mengurus, lu kena tepati janji, lu kena berkomunikasi dengan semua budak lu, lu kena kasi cikgu lu seronok, lu kena kasi cikgu lu kenal lu, banyak lagi lah, gua malas cerita.
Gua bukan apa sebenarnya, benda yang paling gua tak gemar masa sekolah dulu, pegang pangkat. Selain dari jadi balaci cikgu lu, akhir tahun lu dapat sijil. Buat apa? Lu ingat sijil pengawas darjah enam lu boleh kasi lu duit beribu ke? Tapi satu malam tu buat gua semangat nak buat benda ni semua. Gua jadi hyper. Gua jadi gaban. Gua dapat rasa dia punya seronok handle manusia. Semua gua dapat tackle. Apa gua cakap semua setuju. Gua dah rasa macam menara propaganda. Gua buat semua ni supaya gua jadi alert dan juga sebagai persediaan bila gua dah kerja esok. Gua kena jadi tegas supaya orang tak berani nak pijak kepala gua. Kalau kata lah terkena sekali pun, gua harap gua tau macam mana nak elak.
Gua ada banyak benda lagi nak tulis, tapi hati gua berat ke lain. Lain hari gua sambung.
"Tastes so good make a grown man cry." - Warrant, Cherry Pie.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.