Monday, March 1, 2010

Paku.

Macam-macam jenis paku ada dalam dunia ni. Datang dalam pelbagai saiz dan rupa. Tetapi matlamat nya tetap satu, untuk dibenamkan. Sebagai seorang pemegang hammer amatur, aku berasa sangsi dengan segelintir paku yang susah untuk dibenam.

Medium perlu dipaku untuk kekemasan dan keutuhan objektif yang dirangkul. Dalam situasi cemas untuk mengejar cita-cita, paku memang suka buat hal. Langsung tak boleh lebih kurang. Macam celaka.

Kadang-kadang bila diketuk, dia menyenget ke kiri. Tak apalah, kita ketuk ke kanan pula. Terlebih ketuk, langsung condong ke kanan. Medium pakuan makin resah, hammer tak efisyen.

Ada pula paku yang langsung tak terbenam. Bukan paku lembut atau medium terlalu keras. Tapi kerana paku terlalu megah. Mentang-mentang harga sekilo RM10, hammer murahan kedai Dua Ringgit diperkotak katikan. Tak ada toleransi.

Ada juga paku yang senang diketuk. Tapi lepas dua tiga hari, medium pakuan jadi resah gelisah. Tak senang duduk. Kena ganti paku baru kah? Kau jangan macam-macam. Aku beli kau sekilo RM5 dekat kedai Ah Seng. Pegang medium tu kuat-kuat.

"Gua kucar-kacir." -Kuntil Midon.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.