Friday, March 6, 2009

Kisah Klasik MMU #2.

Babak Dua.

Lapang rasanya dada bila test dah habis. Minggu depan ada test lain pula. Ah, itu cerita minggu depanlah pula. Setelah penat memecut, kami sampai di depan pagar. Masing-masing melayangkan kad ID kepada pak guard gaya polis Interpol. Aku berjalan kemas ke pintu tangga. Dah bersedia nak scan kad gaya orang punch-out balik kerja.

Gedegang!!!

Terkejut beruk aku. Ni memang cari nahas nak kena penampar jepun ni. Main sepak saja pintu tu. Bentak hati aku. Tiba-tiba keluar seorang mamat yang berbadan jauh lebih sasa dari aku. Oh, Abu rupanya. Jiran aku. Aku cuma berbalas senyuman saja dengan nya. Tak jadi nak marah.

Setelah penat mendaki tangga sampai ke tingkat tiga, kami pun tiba ke rumah. Aku goyangkan kaki ku untuk meloloskan selipar di rak kasut Mariah Carey. Mana tak 'Mariah' nya, kalau dikumpul semua kasut, siap boleh buka gerai bundle tepi jalan. Kemudian aku terus menjalankan rondaan ke setiap bilik.

Bilik pertama.

Kerel sedang tekun mengganyang pihak lawannya dalam Liga Super Eropah. Begitu tekun sehinggakan aku masuk pun tak sedar.

"Eh, Ram. layu je. Dah abis test?" Tanya Kerel sambil menusuk pantas gamepad nya.

"Dah." Jawabku ringkas.

"Ohhhh!!! O' favor! O' favor!" Teriak Kerel tiba-tiba sambil bertepuk tangan gaya penguin.

Hurm, khusyuk benar sepak bola Kerel ni. Aku pun beredar ke bilik sebelah.

Bilik kedua.

Kelihatan Sujak sedang duduk di atas katil Kecik. Memerhati rapat setiap tingkah laku Kecik dalam arena Perajurit Malaya. Terkesima agaknya dengan cara Kecik meng'handle' Sniper. Kejap tukar pisau, kejap tukar Sniper, Kejap tukar pistol, kejap tukar pisau balik.

Zaidi juga turut bertungkus lumus beperang. Tiba-tiba deringan monotone sebuah lagu Jepun kedengaran.

Truttt... Tutt... Trutt....

Dengan pantas Zaidi terus menjawab panggilan sambil bangun dan duduk di atas katil. Gaya Zaidi menjawab telefon memang cukup unik. Sebelah tangan memegang rapat telefon ke telinga. Sebelah tangan lagi akan melindung di tepi bibir sambil kedua-dua bahu terjongket naik. Kalau makwe ke, ibu ke yang telefon, boleh terima lagi. Tapi bila member ke, adik ke, pak cik guard ke, nyonya uptown minimart ke yang telefon, dia akan tetap melakukan aksi stunt yang sama.

"Eh Kecik! Belakang dinding tu ada seekor. Kau cuba la lompat tengok." Teriak Sujak.

Lantas Kecik menjinjangkan lehernya sambil kepala rapat ke skrin monitor.

Aku tengok Sujak. Sujak tengok aku. Terbahak-bahak kami ketawa. Zaidi yang sedang bercakap dengan telefon itu pun turut tertawa manja. Aku pun beredar ke bilik sebelah. Ketawa masih tak habis lagi.

Bilik ketiga.

Kerana terdengar tawaan aku, Aphesz terus mengajukan soalan sebaik saja aku tiba di muka pintu.

"Apsal Don? Apa dah jadi?" Tanya Aphesz penuh minat. Dean pasang telinga.

"Hahaha... Kecik lah. Tengah main CS. Boleh pula dia panjangkan tengkuk nak tengok orang belakang dinding. Hahaha." Cerita aku secara teperinci.

"Hahaha.." Aphesz dan Dean ketawa serentak sambil beredar ke bilik Kecik.

Aku terasa aneh. Kenapa Tepet tidak memberi sebarang reaksi positif? Aku meng'usha' Tepet di balik komputernya. Oh, tengah khusyuk layan movie. Pakai headphone lagi. Patut lah tak ambil 'port'.

"Cerita apa Pet?"

"Gone in 60 seconds. Apa yang korang gelak tadi?"

"Kecik buat stunt menarik. Kau pergi lah tanya diorang." Jawab aku malas.

Tanpa berlengah, Tepet terus pecut ke 'scene' kejadian. Aku juga turut mem'blah'kan diri sendiri ke bilik terakhir.

Bilik Terakhir.

Aku tenung dalam katil sendiri. Ni kalau layan tidur seround ni menarik juga ni. Baru saja nak melabuhkan punggung ke atas katil, Kecik pula terpacul di depan pintu. Dah puas kena gelak agaknya.

"Celaka Midon! Kau cerita kat diorang buat apa. Habis semua gelakkan aku." Marah Kecik.

"Dah kau buat aksi menarik." Jawab aku ringkas kerana mahu tidur.

"Eh, bosan siot. Tak ada benda lain nak buat ke?"

"Entahlah Cik. Otak aku dah tepu jawab test tadi."

"Ronda MP jom." Cadang Kecik.

Aku bingkas bangun mencapai wallet. Kilas-kilas setiap notes yang ada.

"Cantek! Jom! Bagitau bebudak lain."

"Gurauanku jadi dilema prasangka." - AXL, Andai dapat ku undur masa.

2 comments:

  1. dem...aku dah agak dah citer nie akan kluar gak..takper2..

    ReplyDelete
  2. Ahahaha....
    mind readers lah katakan...
    ahahaha....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.