Wednesday, March 25, 2009

Kisah Klasik MMU #2.

Babak Yang Penghabisan.

Sudahnya, kami semua turun. Tak seorang pun yang mahu tinggal di rumah. Separuh naik Land Cruiser Tepet, separuh naik Kelisa aku. Sebelum pergi, setiap kepala di pow RM2 buat duit minyak. Setelah selesai mengisi minyak di Petronas, aku memberi isyarat tangan untuk lead kepada Tepet.

Arakian kisahnya manusia bernama Tepet ini, beliau amatlah gemar kepada sukan bermotor. Janji laju dan keluar asap saja, semua dia sapu. Nampaknya aku sengaja cari nahas. Sepanjang perjalanan mengekori Land Cruiser Tepet, beliau telah meng'lead' aku ke jalan-jalan aneh yang tak pernah aku lalui. Oleh kerana itu, beliau amat gemar bermain lampu signal supaya aku tertipu dan tersalah belok simpang.

Ronda punya ronda, kami hampir sampai ke sebuah roundabout berlampu isyarat yang paling kecil di Ayer Keroh. Biasalah, kaki motor, lampu dah kuning pun masih terus pecut. Aku yang terkial-kial di belakang cuba megikut rapat. Tepet lepas ke jalan yang seterusnya manakala aku tersepit di tengah-tengah roundabout kerana kereta dari arah lain sudah mula bergerak dan secara langsung menyekat laluan aku. Celaka, modus operandi Tepet akhirnya berjaya.

Kaki yang lain tertunduk malu dengan stunt tak jadi aku. Segan dengan mata-mata yang memandang kami. Ibarat 'budak yang tak habis belajar sekolah memandu'. Walau apa pun, aku tetap maintain kool. Macam tak jadi apa-apa. Biasalah, Kontrol. Apa-apa hal pun, Ctrl-M perlu diutamakan.

Awan berarak, mendung berlalu, siang pun dah berganti malam. Akhirnya tiba juga kami ke MP. Setelah selesai mencari parking di hospital, setelah selesai kena gelak dengan Tepet, kami pun meneruskan aktiviti-aktiviti lain yang lebih senonoh di MP.

PROM!! PANG!! PROM!! PANG!! GELETAK!! GELETUK!!

Kami telah settle meghiburkan diri di MP. Masa untuk pulang. Masing-masing kelihatan layu. Aku mengajak beberapa kaki yang lain termasuk Tepet untuk membayar tiket parking di mesin bayaran auto. Berat nak kendong banyak-banyak duit syiling ke sana. Ajak ramai-ramai dan pow seorang sikit pun okay juga. Tak lah mesin tu kasi banyak belen duit syiling keletung keletang.

Kemudian, aku memandu ke pintu keluar berpalang untuk mencucuk tiket. Dihadapan, kelihatan seorang brader bekereta Wira terkebil-kebil hendak memasukkan tiket berkali-kali ke dalam mesin. Tetapi palang itu tetap tidak naik. Brader tu tak puas hati. Dia terus keluar dari keretanya dengan wajah bengis seperti Sharip, si samseng Kampung Dusun. Brader tersebut terus cargas ke pintu keretaku. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku pun menurunkan cermin tingkap.

"Adik, abang dah try berkali-kali dah nak masuk kad ni, tapi palang tu tak nak naik-naik juga." Brader tersebut mengadu domba kepada aku.

"Ye ke bang? errr.... Saya rasa..." Balas aku sambil pandang muka kaki-kaki yang lain. Mulut masing-masing dah vibrate macam telefon bimbit.

"Macam ni lah bang. Abang dah bayar tiket ni ke belum?"


"Dan setiap detik yang ku lalui, seluruh malam ku membisu." - Medicine, Tika dan Saat Ini.

2 comments:

  1. ermmm..btol ker story ko nie...aku raser cam len jer...hahaha...n keter tu bkn waja ker? aku rase cam waja jer..

    ReplyDelete
  2. dalam kepala aku wira warna kelabu.
    Family. Dan bukan plate Melaka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.