Thursday, March 5, 2009

Kisah Klasik MMU #2.

Babak Satu.

Aku tatap kertas soalan itu dalam-dalam. Apa motif sebenar yang cuba disampaikan? Naik benak rasanya otak apabila cuba menterjemahankan bahasa-bahasa kejuruteraan. Melampau sangat putar alamnya. Segala apa yang aku tenung malam kelmarin langsung tak boleh diguna pakai. Macam celaka!

Ah, aku dah mati akal. Sujak pula duduk berjauhan, payah benar rasanya nak tiru. Tiru mamat sebelah aku ni pun orait juga aku rasa. Aku cuba memanjangkan tengkuk, mata dah naik juling bila cuba memfokus kepada kertas jawapan mamat sebelah.

Tup!

Dia lindung kertas jawapannya dengan lengan secara kasar. Ah, celaka lu mat! kalau ya pun tak mahu kongsi, janganlah tunjuk obvious sangat. Jaga lu mat! Kau akan aku jadikan sasaran lontaran kertas balut Sugus dalam CLC (dewan kuliah) nanti.

Apabila tamat saja test, semua berpusu-pusu keluar serentak untuk meraikan hari hujung minggu. Aku berjalan keluar dan menunggu Sujak di atas divider jalan. Aku menunggu dengan bermuka tenang sambil tangan masuk kocek seluar. Baru nampak konfiden sikit walaupun tak boleh jawab test. Kelibat Sujak kelihatan di muka pintu Exam Hall.

"Amacam poit? Ada okay?" Aku cuba menunjukkan rasa concern.

"Susahlah poit. Tak terjawab aku tadi." Nafi Sujak.

"Ah kau, tak boleh buat pun kau jawab semua. Aku main-main lipat kertas je tadi. Nak tiru mamat sebelah pun tak dapat." Rungut aku tak puas hati.

"Ha, kau tunjuk mamat tu kat aku. Kita jentik dia dengan kertas Fruitella kat CLC nanti."

"Hahaha. Aku dah cadang nak jentik kertas Sugus tadi."

"Apsal kau tak duduk je sebelah aku tadi?" Tanya Sujak prihatin.

"Dah kawan baik kau Roy dengan Bed dah menempek kau. Aku malas nak masuk campur. Aku segan sikit dengan Bed." Balas aku.

"Ahahaha... Bodoh sial kau. Dengan Bed pun nak segan."

Aku cuma tersengih.

Aku cuba perhati manusia-manusia lain. Semua berbincang pasal test. Sembang nak letup-letup saja. Kami pun terus menapak pulang ke rumah tanpa berbincang perihal test. Nak bincang apa pun kami tak tahu. Ah, lupakan saja.

Jom pecut balik rumah.

"Cendawan alpa sesegar pagi." - Awie Wings & Amy Search, Gemuruh.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.