Wednesday, March 11, 2009

Rasa Nak Tendang Pintu.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 3 setengah pagi. Hati gua rasa panas betul hari ni. Test tadi betul-betul buat gua menyirap. Apa punya soalan coding yang keluar entah. Tak keruan gua menjawab tadi. Gua pikir soalan air paras lutut saja yang keluar, sekali dia punya bah, tak nak banjir pula. Soalan cepumas yang awal-awal pun gua dah rasa nak baring saja atas lantai Main Hall tadi.

Petang tadi, setelah penat gua bertungkus lumus menyerap, mengasah segala bakat coding yang ada dalam diri. Gua pun berhenti dan menyalakan rokok sebatang sebagai penenang jiwa. Sambil tu gua layan blues tengok pemandangan luar tingkap. Tak sangka pula hari ni dapat tengok pelangi secara live. Gua pun kasi snap sekali.




Seronok rasa hati bila tiba-tiba nampak pelangi di kala resah. Gua snap pakai kamera telefon bimbit gua saja. Kalau gua ada kamera lens gedabak tu, mahu rasanya gua terus tulis puisi lepas snap. Gua ingat kalau nampak pelangi, mungkin gua ada nasib gua baik lepas tu. Gua ingat je la. Pasal member gua pun suka memetaforakan keindahan alam dengan nama pelangi. Ah lu, asal cantik saja lu kasi nama pelangi.

Sebelum gua masuk Main Hall tadi, gua ada bawa nota kecil. Nota kecil ni pada mula nak buat toyol. Tapi dada gua dah penuh yakin dengan kehandalan gua bermain dengan bahasa komputer. Bila lecturer suruh masuk saja, gua terus lempar jauh-jauh nota gua. Konfiden. Tapi bila gua belek saja kertas, aduh! Apa benda soalan yang cuba diutarakan ni? Cis! Kalau gua bawa masuk toyol pun tadi, dah sah-sah toyol tu makan gaji buta. Celaka!

Habis saja test, Gua dan member-member lain sibuk kompelin pasal test tadi. Gua bilang soalan tadi susah, tapi haram diorang nak percaya. Kalau gua tipu lu orang percaya. Kalau gua cakap betul lu orang ingat gua tipu. Sudahnya sesi sumpah seranah kami berlarutan sampai ke kedai mamak.

Gua order teh O ais sama roti kosong dua banjir. Gua tak ada selara nak mencekik malam ni. Tapi roti dua keping juga gua order. Sampai saja roti banjir gua, gua cuba rasa sedas. Gua tak rasa apa-apa lagi. Lepas dua tiga das, baru gua sedar rasa roti gua lari semacam. Rasa roti dengan mulut gua jadi tak ngam. Roti pun nak cari pasal dengan gua malam ni.

Tiba-tiba gua rasa perut gua memulas. Gua perhati member yang lain. Tak habis makan lagi. Gua maintain cool sekejap. Tunggu diorang habis makan. Siap saja diorang makan, gua terus panggil mamak kira. Yang mamak ni pula, mencongak punya lah slow. Kerja kedai makan hari-hari pun tak cekap kira lagi. Gua ingat nak hadiahkan dia sempoa lepas ni. Bagi otak dia cargas buat kira-kira.

Gua order Winston merah 20 sekotak lalu gua hulur pada mamak tu sekeping notes merah. Member gua pun order Winston juga, tapi kotak 18. Kembali saja mamak tu ke table gua, dia hulur kotak merah dekat member gua. Kerana gua dah menggelisat sakit perut, gua jadi bertambah peka dengan keadaan sekeliling. Gua jeling rokok gua dekat tangan mamak tu.

Aduh! Rokok apa pula lu kasi gua ni?




"Musafir lalu nan dahaga, di jalan panas membara" - Hattan, Rendang Tak Berbuah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.