Wisel pengadil sudah pun berbunyi. Akhirnya berjaya juga aku mengharungi pahit getir untuk semester kali ini. Final paper kali ini boleh tahan bedebar juga. Bagai melihat aksi Ronaldo yang senantiasa mencari peluang untuk 'tergolek' demi sebuah sepakan percuma.
Lama benar rasanya jari tidak memetik-metik deras papan kekunci. Ini semua demi masa depan yang aku cuba teroka juga. Setiap hari, setiap detik, tak putus-putus aku menghitung masa yang berlalu. Mungkin seronok rasanya bila mula pakai baju berkolar corak garis-garis nanti.
Semester ini juga, macam-macam hal dah jadi dengan member-member aku. Ada yang sudah berapa kali bekerja di seberang, ada yang naik gaji, ada yang dah berkereta eksekutif. Tenggiling hari-hari sudah siap tolak tepi-tepi. Ada juga yang sudah mahu mendirikan rumah tangga. Pergh.. Macam-macam hal. Aku rasa bagaikan tanganku terkapai-kapai meragut ruang kosong.
Ada sekali dahulu, Sujak pernah berseloroh kepada Mundok. Katanya;
"Kau mesti tiap-tiap malam merenung cermin sambil mengenangkan nasib kan Dok? Apa lah agaknya tujuan aku hidup kat bumi ni kalau tak kena paku hari-hari."
"Rempuhkan segala, dengan Jebat wajar di dada." - Search, Derap Komando.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.