Semalam, dalam pukul 12.
Bak kembangnya seroja di pagi hari, begitu lah jua diriku. Mata tak nak kuyu langsung. Gua fikir baik gua buka komputer. Main games apa yang patut sampai mengantuk. Adik gua boleh pula install satu mini games. Cubalah main. Layan juga. Sambil main, sambil layan lagu Search. Esok nak gerak tengok konsert Search dekat JB ni. Baik gua kasi polish lirik gua sekali.
Jaska Raatikainen terasa bosan. Lalu dipalunya dram bertubi-tubi secara solo. Gua tengok caller ID. Sujak. Haa.. arah mana agaknya angin bakal bertiup ni.
"Aku ngan budak aku tak jadi pergi ah Don. Ada projek esok."
Gua terkesima beberapa saat. Plan cuti musim sekolah gua baru saja berantakan. Celaka. Dengan penuh rasa kelat di hati, gua mengiyakan saja. Mujur gua tak beria-ria basuh kereta petang tadi. Kalau tak, buang karan saja.
Berat rasa hati nak meneruskan game, gua terus lari ke katil. Lagu Search pun gua tutup. Biar aman sikit gua tidur. Gua tengok jam. Celaka! dah pukul 4 pagi! Aku ada presentation esoklah bangsat! Dengan rasa cemas, gua terus lelap.
Tepat pukul 7.03 pagi, Jaska tergerak hati nak main dram lagi. Terus dipukulnya set dram habis-habisan. Terperanjat beruk gua.
Alamak, awal lagi ni. Gua present pukul 9. Silap set jam pula. Gua cadang petang semalam nak bangun awal, kemas baju dan cuci kereta. Lepas present gua nak straight gerak Melaka terus. Tapi plan dah kensel, nak buat macamana, gua sambunglah tidur. Tapi gua sambung tidur atas tikar bilik adik gua. Gua bajet dah dekat pukul 8 karang dia kejut lah nanti.
Sedar-sedar mak gua pula yang kejut. Dia bilang member gua sedang berada di atas talian. Gua jawab lebih kurang dan masih tak sedar apa-apa. Gua tekan butang kensel dan tengok jam digital. Ohmygod! Dah 9.25 pagi. What the hell?
Pantas gua ke bilik, capai tuala dan mandi gaya kerbau bengis lapar rumput. Kemudian gua capai baju kemeja gua, dan lari naik atas. Gua kasi on suis iron. Adik perempuan gua tiba-tiba sound gua.
"Salahlah plag la Along. Meh orang gosokkan. Pergi pakai siap benda lain cepat."
Gua kelam kabut turun tangga. Adik lelaki gua yang tak kejut gua tadi terasa bersalah.
"Along bak kunci kereta. Yan pergi panaskan enjin."
Aduhai, baik-baik benar adik gua pagi-pagi ni. Settle bersiap, gua terus pecut dengan Waja gua yang bunyinya seakan-akan enjin Evo3 tak servis setahun. Kucing, kambing, kuda, anak orang main basikal, baba roti, mak cik nasi lemak, gua dah tak nampak dah. Apa nak jadi-jadilah. Gua kasi pecut jugak.
Sambil memandu dengan penuh kelangsian, otak gua sibuk mengatur ayat dalam bahasa inggeris. Gua plan nak buat alasan macam iklan anak wayang tu. Tapi rugi kalau gua carik seluar gua sendiri. Gua kensel plan gua dan terus rangka ayat mengikut situasi sebenar.
"I'm sorry madam. I have woke up early but then I continue my sleep outside my room and leave my handphone alone. So I couldn't hear the alarm."
Masa gua sampai, gua pun terus explain. Tapi lagi berterabur dari apa yang gua dah plan. Lebih kurang saja lah. Alasan semua sama. Tak boleh pakai. Gua rasa muka gua tak cukup seposen lagi masa tu. Sebab markah gua kena tolak sebab lambat. Cikgu gua pun terus sambung balik soalan dekat member gua. Member gua jawab tersekat-sekat kurang yakin. Gua cuba assist. Cikgu gua tetap tak yakin.
Cikgu gua tanya lagi. Siapa sebenarnya buat coding ni semua. Member gua mula goyah. Terus dia cakap aku yang buat coding ni semua. Dia tolong wat interface saja. Gua pun betah lah. Gua cakap gua buat basic coding saja. Lain-lain coding member gua sambung. Cikgu tetap tak makan cakap gua. Dia tanya pula teknikal coding tu pula. Sebelum dia petik nama, gua terus mencelah bagi jawapan. Tapi taktik gua tak berhasil. Dia berkeras nak tanya member aku yang dua orang lagi ni.
Gua bukannya apa. Gua tau macamana tahap member gua nak digest coding ni. Basic coding pun dia orang susah nak telan. Lagilah pula yang rumit-rumit. Jadi gua adalah cerita sikit. Setakat basic tu dia orang faham lah apa yang gua terang. Nak terang benda rumit, cikgu gua terang pun dia orang tak faham, nak gua terangkan lagi lah.
Ye lah, kalau nak ikutkan soal berbaloi tu, memang kena dekat batang hidunglah. Gua nak tolong member gua kasi pass saja. Kalau dia nak belajar lebih tu, ikut suka dia oranglah. Yang penting sebagai member, gua dah tolong apa yang patut. Lagi pun, semua orang dah tahu, apa yang kita belajar sekarang ni pun, kurang aplikasinya masa kerja nanti. Masa mula nak kerja nanti, dah konfem-konfem gua kena belajar benda baru pula. Gua belajar gila-gila ni pun sebab nak kasi fail sijil gua cantik saja. Baru senang gua nak dapat kerja dan berbakti kepada negara tercinta kelak.
Apa pun, gua rasa gua dah lepas subjek tu. Carried Mark dah solid. Final paper confident level gua dah cukup tinggi. Cuma sedikit terkilan sebab tak dapat nak beri pertolongan yang terbaik dekat member-member gua. Harap-harap dia orang pun pass juga hendaknya.
"Berilah daku sayap impian, bawalah daku di awangan." - Search, Gadis Misteri.
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.