Thursday, August 27, 2009

Hard Disk Pertama Saya.


Kali pertama aku beli komputer secara 'indie', ini lah dia hard disk pertama yang diletakkan secara 'indie' ke dalam PC 'indie' aku. Pertama kali aku beli hard disk ni pada tahun 2005. Masa ni kira up-to-date juga lah PC aku. Dan sampai sekarang aku rasa, aku masih lagi belum membeli PC secara 'indie' buat kali kedua. Dan ya, bagi yang kenal komputer, ini adalah hard disk lapuk jenis IDE. Dan bagi yang tak reti komputer, ini ada satu alat berteknologi tinggi dari masa depan dan tak boleh 'direct contact' secara 'indie' sama kulit kerana radioaktifnya sangat 'indie'.

Sejak PC aku 'toast' secara rasminya 4 bulan lepas, aku cuma pakai PC lama yang ada dirumah yang lagi purba spesifikasinya. Dan setelah sudah diselenggara PC lama tu, aku cuba masukkan hard disk aku. Mujur hard disk aku masih lagi tidak 'toast'. Banyak kenangan dari tahun 2005 dalam hard disk ni. Memang rugi lah kalau aku buang macam tu saja. Contohnya gambar ni, epik dia punya lama.


Sejak terciptanya kamera digital, dah tak ada dah aktiviti-aktiviti cuci foto. Jadi gambar yang ada pun dalam bentuk data saja. Kalau mesinnya rosak, maka rosak lah datanya. Tapi teknologi tak putus takat tu saja, ada benda nama internet. Kalau kau kasi 'up' gambar kau sama internet, mungkin sampai kau tua gambar kau tu ada lagi. Hard disk ni juga buat aku terkenangkan projek yang paling aku puas hati buat satu masa dulu. Tak salah aku, aku kasi nama Pistola kat nama projek aku ni.


Boleh lah, ada rupa pistol juga. Aku pun puas hati buat. Kau tak puas hati tu kau punya pasal lah. Lagi satu hard disk ni banyak juga lagu-lagu lama. Lagu orang putih, melayu, indon, suma ada. Lagu Perancis pun ada tapi lagu Alizee sorang sajalah. Aku kasi pasang playlist lama, boleh kata tiap-tiap lagu tu ada kisah tersendiri. Dan ada juga lagu yang aku tak pernah dengar. Ye lah, aku dulu duduk EP. Apartment/hostel pasal sekuriti dia ketat cam celaka. Walaupun internet dia slow, tapi dia ada satu sistem network yang besar. Kira semua orang boleh kasi kongsi macam-macam. Tak kira lah cerita ke, lagu ke, apa ke. Yang lain aku tak mau cerita lah, sendiri mau ingat. Tu lah pasalnya aku ada lagu yang aku tak pernah dengar.

Antara lagu-lagu yang buat aku terkenang, macam lagu:
  • Double Take - Mengapa Kasih. (Lagu masa aku main WOW)
  • Dewa - Pupus. (Lagu feveret Nate tiap-tiap pagi)
  • Suede - Beautiful Ones. (Lagu feveret aku mulanya tapi Nate tangkap layan)
  • HIM - Funeral of Hearts. (Aku teringat nasi lemak kedai cina)
  • Hoobastank - The Reason. (Masa aku mula-mula masuk MMU)
  • Ayumi Hamasaki - Trauma. (dari video gelak-gelak jadi full video, Pejal kasi)
  • Move - Dogfight. (Aku kasi marathon initial D masa bulan puasa)
  • Lefthanded - Ku di Halaman Rindu (Lagu masa aku menetap bawah tangga)
  • Beatles - Let It Be. (Kaset Beatles aku masa guna Kelisa dulu)
  • Beberapa lagu RATM. (Lagu masa aku nak angkat lesen)
  • Beberapa lagu Garbage. (Lagu bosan masa cuti)
  • Beberapa lagu The Strokes. (Ni Pejal punya kerja juga)
  • Lagu MLTR pun beberapa juga. (Ni sendiri punya jiwa)
  • Dan ada satu folder nama boyband. (Ni aku dapat sama KA)

Ada lagi banyak tapi aku dah malas. Takkan kalau ada 500 lagu, semua 500 kena kasi senarai. Din Beramboi pun tak gila macam tu. Oh ya, aku teringat pula zaman kegemilangan Ujang dan Gila-gila dulu. Memang majalah feveret aku dulu tapi bukan sekarang. Sekarang semua majalah kartun macam dah hilang punca. Tak ada 'kick' macam kartun dulu. Seingat aku, dulu ada sekali aku gelak sampai jatuh kerusi baca cerita Tandoori Payat. Tu dululah, sekarang aku tak tau apa cerita dah. Dah lama tak membeli. Okay, sampai di sini saja sembang aku, aku saja nak cuba tulis blog tanpa merokok. Perit juga rasanya. Waktu berbuka dua jam lagi, aku nak keluar beli rokok kejap lepas tu layan tidur. Adios!


"All these words I don't just say and nothing else matter."- Metallica, Nothing Else Matter.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.