Sunday, August 23, 2009

Atmosfera Ramadhan.

Ada satu benda yang aku tak pernah buat dari dulu. Memberi ucapan klise seperti 'Selamat Berpuasa' dan yang seangkatan dengannya. Bila aku buka saja facebook, Boleh kata semua 'facebookers' memberi ucapan yang lebih kurang sama dan disusuli dengan perbincangan hendak berbuka di mana. Aku tak suka. Aku rasa sebagai seorang lelaki, hal seperti menu berbuka langsung tak patut timbul. Benda senang, pergi mana-mana bazaar berdekatan, jalan dari mula sampai hujung pasar dan patah balik, terus start beli, esok tak perlu jalan sampai belakang sebab dah tahu apa yang nak dibedal.

Sepanjang pengalaman aku berpuasa untuk lebih kurang 15 tahun yang lepas, apabila tibanya bulan Ramadan, ada beberapa perubahan yang berlaku pada diri aku. Dan aku rasa lebih afdal lagi kalau aku senaraikan hal-hal berikut.

1. Imbangan Badan.

Ini ada benda pertama yang aku perasan tiap kali bulan puasa. Biasanya, aku akan letak wallet, thumbdrive dan kunci kereta ber'keychain' di poket seluar kiri dan handset, lighter dan kotak rokok di poket seluar kanan. Jadi kiri kanan poket aku aku penuh setiap kali aku keluar rumah dan kerana kesempurnaan imbangan aku, aku jarang tertinggal semua barang penting seperti wallet dan handset. Masa bulan puasa pula, aku terpaksa meninggalkan set tembakau aku dan ini menyebabkan kocek kanan aku mempunyai banyak ruang kosong. Dan setiap kali aku berjalan, tangan kanan aku akan rasa kurang selesa kerana tak dapat merasa bucu kotak rokok. Dan setiap kali aku duduk pula, tangan kanan aku akan berkali-kali meraba poket kanan. Perasaannya seperti ada sesuatu yang tercicir dari kocek dan ia adalah sangat annoying.

2. Tidur.

Oleh kerana saiz badan aku yang sasa, tak bermakna aku suka tidur. Malah aku rasa purata aku tidur dalam sehari pada hari biasa adalah selama 5 jam. Dan aku tak layak menerima nama jolokan seperti Nobita atau Rudit kerana tidur bukan hobi aku. Tapi lain pula sepanjang bulan puasa, sleeping is my favorite past time. Ada can saja aku akan bedal tidur. Kalau bulan lain aku suka menguap dalam kelas, bulan puasa pula aku suka tidur dalam kelas. Ya, sikap dan perasaan aku sedikit radikal kalau aku tak makan tengahari. Tapi sebab berpuasa adalah tanggungjawab kita, maka kita kena bersabar.

3. Rokok.

Okay, ini adalah satu item yang ekonomikal masa bulan puasa. Kalau bulan lain aku akan belanja RM7.50 untuk sekotak Winston selama sehari, tapi masa bulan puasa aku akan belanja RM7.50 untuk sekotak Winston selama dua hari. Dengan kata lain, secara tidak langsung aku mendapat potongan harga 50% untuk sekotak rokok. Kelas lecture masa bulan puasa memang super bosan. Dan aku terpaksa harungi tanpa smoke break. Tapi dalam masa yang sama ia menambahkan lagi kenikmatan rokok itu bila dibakar tatkala masuk waktu Maghrib nanti. Dia punya feeling, legend.... wait for it.... dary!! Legendary!! heh.

4. Mapley.

Yang ni pun ekonomikal juga. Masa bulan puasa, jemputan untuk acara lepak di mapley telah berkurangan sebanyak 80%. Secara tidak langsung perbelanjaan seharian aku dan bilangan rokok yang dihisap dalam sehari juga berkurangan. Satu bulan tak minum teh 'o' ais dan makan roti kosong kari kambing mapley langsung tidak menjejaskan pendapatan sebulan tauke mapley dan pekerja - pekerja mapley yang setiap hari membanting tulang empat kerat juga dapat berehat dengan tenang pada bulan puasa.

5. Study untuk Test.

Ini adalah satu perkara yang paling mencabar bagi aku. Kadar keupayaan aku boleh menghafal atau melakukan set kira-kira adalah bacaan satu topik/5 set kira-kira kepada sebatang rokok. Jadi, study pada siang hari adalah agak mustahil. Dan menurut pada firasat aku, aku akan menghadapi lima test sebelum raya dan dua test daripadanya mungkin akan dilakukan selepas waktu berbuka. Sampai sekarang aku masih tiada strategi yang sesuai untuk menghadapi test selepas waktu berbuka. Mengikut kajian sainstifik aku, otak dan perut tak boleh berkerja sama laju. Bayangkan, dengan kedaan perut yang sendat cuba untuk 'decarbonise' nasi lauk ayam serta murtabak dan pada masa yang sama otak yang tepu pula cuba meng'carbonise' setiap formula yang ada, aku rasa diri sendiri macam pusat kitar semula karbon. Epic failure.

6. Menulis blog.

Sebagai blogger, masa yang paling ngam bagi aku untuk menulis adalah selepas jam 12 malam. Masa ni idea mebuak-buak macam gunung berapi. Tapi kalau pada hari itu gunung berapi tak berapa nak aktif, kita boleh tidurkannya saja. Atau dengan bahasa yang lebih sesuainya, we just can sleep it off. Masalah yang paling besar jika menulis semasa bulan puasa ada time limit. Bayangkan, aku mula menulis selepas pukul 12 malam dan purata aku menulis adalah selama 3 jam untuk satu entri dan setiap kali habis menulis, aku memerlukan selama sejam untuk cooldown sebelum tidur. dengan ini, secara tidak langsung masa tidur aku juga akan berkurangan dan menyebabkan aku mengambil keputusan untuk curi tidur pada setiap masa yang terluang. Pada musim puasa tahun lepas, aku berjaya discover satu time range yang paling awesome untuk menulis, selepas bersahur. Aku tak maksudkan isi entri yang bagus tapi perasaan semasa menulis, memang legend. Dari kegelapan malam hingga ke sinaran pagi, aku tak boleh nak bayang dengan kata-kata, kau kena rasa sendiri. Tapi orang kata, setiap benda yang terbaik ada downside nya yang tersendiri. Downside untuk menulis blog selepas bersahur adalah aku tak dapat meraikan kesiapan entri aku dengan sebatang rokok. Rasa macam makan nasi lauk ayam tak ada kuah, macam tu la agaknya aku rasa.

Nampaknya hidup aku ni paling banyak bergantung dengan rokok. Kronik rupanya masalah aku ni, tapi aku peduli apa, itu aku punya pasal. Okay, aku dah tak ada idea merepek lain lagi untuk ditulis. Jam pun dah pukul 3 pagi. Dah tiba masanya untuk aku cooldown dan melakukan tiduran yang paling lena dalam masa sejam sambil mendengar lagu Alanis Morissette. Adios dan selamat malam dunia.

"How bout stopping eating when I'm full up." - Alanis Morissette, Thank You.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.