Ashtray beli punya.
Ashtray yang beli punya ni selalunya lengkap dengan lekuk tempat nak 'rest' rokok. Ashtray jenis ni juga datang dengan pelbagai bentuk yang menarik. Selalunya hanya digunakan apabila member datang ke rumah saja. Sebab pertama, saja nak menunjuk ashtray 'rare'. Sebab kedua pula kerana jarang guna sebab ashtray jenis beli punya mudah untuk menerbangkan abu rokok bila terkena angin kipas. Dan sebab ketiga pula, ashtray beli mempunyai kapasiti yang yang terhad dan agak bermasalah kepada perokok malas kerana perlu membuang abu dan putungnya setiap dua tiga hari. Untuk gambar di atas pula, merupakan ashtray yang dihadiahkan oleh Kechik sewaktu beliau melancong ke New Zealand suatu ketika dulu. Aku suruh Kechik 'crett' saja ashtray hotel tapi tak sangka beliau beli pula. Terima kasih Kechik.
Ashtray 'crett' punya.
Untuk ashtray jenis ni, selalunya akan mempunyai jenama-jenama tertentu seperti 'Hotel Equatorial' atau 'Heineken'. Ashtray jenis ini selalunya menjadi lambang kebanggaan kepada tuan punya kerana kehabatan beliau dalam arena men'crett'. Dan ashtray 'crett' punya juga dapat menceritakan serba sedikit tentang perihal tuan punya. Kalau ashtray cap hotel, mungkin dia pernah bekerja di hotel dan kalau ashtray cap todi, mungkin kerana beliau pernah bekerja di pub atau dia sangkakan yang dipegangnya itu henset kerana dia terlalu 'weng'. Rupa bentuk ashtray 'crett' ini sama dengan ashtray beli juga kerana sebelum ashtray ini di'crett' ashtray ini merupakan ashtray dibeli.
*kosa kata 'crett' membawa maksud curi, ehsan Kamus Dewan Rudit.
*kosa kata 'crett' membawa maksud curi, ehsan Kamus Dewan Rudit.
Ashtray DIY punya.
Ini memang jenis ashtray feveret student macam aku. Murah, tahan lama, kapasiti besar, perangkap abu, dan kreatif. Selain daripada tin minuman, ada satu lagi jenis ashtray DIY, guna botol air plastik saiz kecil. Oleh kerana radius petikan botol air sangat kecil, jadi botol tersebut dikerat dua dan kepala botol di masukkan ke dasar botol. Disamping radius petikan membesar, abu rokok juga dapat dikawal dengan rapi. Cuma kekurangan guna botol plastik ialah ia mempunyai takat lebur yang rendah dan menyebabkan botol itu berlubang-lubang. Tapi tin laici di atas ini memang 'legend'. Aku dah guna ashtray ni sejak dari aku quit MMU lagi. Segala pahit getir semua aku kongsi sama ashtray ni. Aku rasa dah hampir 3 tahun dah aku guna ashtray ni. Kapasiti ashtray ini untuk penuh adalah selama 2 minggu. Dan setiap 2 minggu sekali, mak cik kemas rumah aku akan kasi clear ashtray ni. Amat sesuai dengan gaya hidup aku yang pemalas.
Ashtray kecemasan punya.
Ni jenis ashtray apabila menziarahi rumah member yang tak merokok. Atau pun ashtray member dah kena rembat menyebabkan member terpaksa memberi kotak rokok kosong untuk dibuat ashtray sementara. Struktur ashtray ni agak kukuh jika dibandingkan dengan ashtray botol plastik kerana kertas pembalut dalam kotak rokok ini sangat tahan bara apatah lagi nak tahan abu. Ashtray jenis ini mempunyai radius petikan yang kecil sedikit dari ashtray DIY kerana ashtray ini cuma mempunyai satu arah saja untuk melakukan aktiviti petikan abu. Akan tetapi ashtray begini lebih dianggap sampah hingga menyebabkan pengunaan ashtray ini agak kurang komersial dikalangan perokok tegar.
Ashtray alam sekitar punya.
Ni merupakan satu-satunya ashtray tanpa kos dan mempunyai radius petikan abu yang luas tahap dewa. Ashtray jenis ini selalu dipraktikkan di kawasan-kawasan seperti pagar universiti, stesen bas, kaki lima, tepi tingkap atau dimana saja tempat yang sesuai di planet bumi. Tapi ashtray jenis ini lebih popular digunakan di mapley-mapley kegemaran masing-masing. Walaupun mapley dah hulur ashtray beli punya dengan penuh sinikal, ashtray alam sekitar tetap menjadi pilihan kalbu perokok-perokok. Kekurangan bagi menggunakan ashtray alam sekitar ialah ia amat mencemarkan alam sekitar yang sudah dicemari dengan kepulan-kepulan asap rokok. Tapi aku selalu nampak pekerja mapley sapu sampah sebelum subuh. Setelah pekerja tersebut ditemubual lebih kurang, kajian menunjukkan 90% sampah yang disapu beliau adalah merupakan putung rokok. Beliau juga turut membuat lawak tak kelakar dimana katanya jika setiap putung rokok dijual dengan harga seringgit, cukup bulan beliau boleh balik kampung ke India naik jet peribadi. Tapi sekurang-kurangnya alam sekitar sekeliling mapley terjaga atas jasa beliau.
Ashtray baik punya.
Ashtray alam sekitar punya limitasi tersendiri. Dalam rumah bukan kawasan alam sekitar. Dengan kenyataan tersebut, maka terciptalah ashtray baik punya. Situasi ashtray baik punya sama dengan ashtray kecemasan dan tahap kekreatifan ashtray baik punya juga sama dengan ashtray DIY. Contoh terbaik untuk ashtray baik punya adalah pada lubang-lubang katil. Baik punya ashtray ni sampai kalau dah penuh, tak tahu nak buang macamana. Contoh terbaik yang lain untuk ashtray baik punya adalah dilubang gitar, dalam laci, dalam lubang besi almari kain dan macam-macam lagi. Pendek kata, selagi ada lubang, selagi itu ashtray baik punya boleh wujud. Tapi kalau lubang hidung member yang tengah lena diulit mimpi dibuat ashtray, memang nak minta penampar lah jawabnya.
*update: kejadian tragis oleh ashtray DIY selepas entri di publish:
*update: kejadian tragis oleh ashtray DIY selepas entri di publish:
"Watching the stars satisfies my soul." - Michael Learns To Rock, The Actor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.