Minggu ni gua rasa jam gua bergerak dengan pantas. Minggu ni juga minggu gua demam. 2 hari tahan telan Panadol. Tapi bila rokok dah mula rasa kayu, gua mengambil tindakan untuk ke klinik. Suhu gua 40 darjah celcius, doktor simpati dengan gua, gua dapat cuti sakit dua hari. Tapi seronok dia tak macam seronok dapat cuti masa sekolah. Dada gua rasa berdebar. Hari gua cuti juga cikgu gua nak kasi kuiz, cikgu gua nak bikin 'lab'. Patutlah dada gua rasa berdebar.
Elok saja demam gua kebah, datang penyakit penghabisan setiap kali gua demam. Selsema dan batuk. Gua agak dah. Jadi tempoh masa menghisap rokok perisa kayu gua bertambah. Walaupun batuk dan selsema, gua tetap steady lagi pergi orang kahwin dekat KL. Botak ajak, gua pergi saja. Lagipun yang kahwin tu pun member gua juga. Lepas itu lepak sama Botak depan balai bomba cerita hal hidup baru beliau. Beliau nampak gembira. Balik Bangi terus lepak sama Kecik dan Pejal. Tak ada benda lain, sembang benda sama juga. Makwe, wayang, kereta, opis, lepas tu makwe balik.
Awal minggu gua ada lepak sama Kuman. Gua perasan orang dia pakai cermin mata hitam bingkai putih masa cari parking kereta. Bergaya betul brader ni. Orang bekerja. Mata beliau lain sikit sekarang. Bukan juling, tapi nampak gaya semangat bangsa itu ada. Hal bangsa kita, tokoh sana, tokoh sini, tapi gua dengar tak masuk telinga. Gua tak dapat follow jiwa beliau. Tapi gua kagum juga sebab jarang-jarang gua nampak anak muda punya misi bina bangsa. Mata beliau benar berubah tapi perut beliau masih 'maintain'.
Hari ini hari Ahad. Member gua ajak tengok wayang. Cerita G.I Joe mula pukul 7 beli tiket pukul 4. Berbincang port makan dalam sejam. Ambil kira segala faktor dari harga sampai ke rasa. Semua punya hujah yang kukuh, gua macam biasa, ikut saja keputusan juri. Kemudian lepak hisap rokok, bincang isu semasa, tengok makwe, baru mula tengok wayang. Gua bukan 'fanboy'. Gua tak bajet apa-apa. Bagi gua, cerita ni terbaik pasal tak sekali pun buat gua rasa nak lelap. Kejap-kejap gaduh, kejap-kejap letup, kejap-kejap perang, kejap-kejap makwe. Tapi yang paling gua tekun tengok tak kelip mata, Baroness. Memang gua minat. Habis wayang, balik, lepak rumah member, kutuk member lebih kurang, member ajak layan bola, gua dah kuyu. 15 minit tengok, gua beransur pulang. Gua kena mula serius. Esok hari bisnes. 'Game Face' kena ada.
"Kita sering dibatasi realiti dan fantasi." - Crossfire, Realiti dan Fantasi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.