Aku menguap panjang. Aku cuba hiburkan diri sendiri dengan memalu meja ikut irama. Irama rock kangkang yang aku bawa sangat berterabur tapi gaya rokers itu ada. Aku tak palu atas meja saja, aku palu tepi meja dan laci sekali. Baru tenaga rock itu ada, meriah. Selepas dua tiga paluan, aku dapat rasakan nada paluan pada laci aku sedikit misteri. Off beat kata orang putih. Bunyinya jauh sedu sedan kedengaran. Curiga, aku buka terus laci. Aku hairan kerana aku tidak terkejut apabila aku ternampak sebuah tikar putih yang lengkap dengan peranti elektronik serta sebuah lampu sorot warna-warni di hujung ekornya. Kerana terlebih gula dalam badan, aku selamba panjat masuk laci dan duduk atas tikar dalam dunia tiga dimensi.
"Standard procedure..." Bisik hatiku.
Aku cuba faham setiap fungsi butang pada alat peranti tanpa buku manual. Tak susah. Alat ni mesra pengguna. Aku masukkan tarikh 10hb Mei 2001. Hari Khamis. Kenapa aku pilih tarikh ni aku pun tak tahu. Mungkin kerana aku tak mahu buang masa fikir tarikh. Takut mesin ni tiba-tiba rosak dan aku terlepas peluang. Aku terus tekan butang OK sambil memutar-mutar stereng yang tiada langsung fungsi navigasi. Dalam perjalanan ke cahaya putih, aku kira-kira umur aku pada tahun 2001 ialah 15 tahun. Okay, kemana agaknya lah benda ni bawa aku.
Aku masuk ke cahaya putih dan secara automatiknya kepala aku terkeluar dari laci meja yang sama. Bezanya meja ini ada di rumah lama aku. Aku jeling jam gaya perisik, pukul 12.30 tengahari. Kalau hari ni hari Khamis, mesti aku ada di sekolah. Dalam pukul 2 nanti aku yang umur 15 tahun mesti pulang ke rumah. Jadi aku mengambil keputusan untuk ke dapur dan mencekik apa yang patut dahulu. Lapar pula, tadi lupa nak makan. Rasa bedebar pula keluar dari pintu bilik sendiri dalam rumah sendiri. Ah, pintu sliding door dan grill berkunci. Tak ada orang di rumah.
Aku cuba bergerak sekitar rumah dengan cermat. Aku tak mahu nanti makcik sebelah ambil kesempatan telefon Mazidul. Eh, tahun ni mana ada program 999 lagi. Aku tersilap kiraan. Aku angkat tudung saji di dapur. Ada sepinggan baki nasi goreng. Pagi tadi punya nasi aku kira. Aku sapu bersih semua. Sambil menunggu kepulangan aku yang satu lagi, aku baring di ruang tamu sambil tengok TV. Rumah aku masih tiada Astro masa ni, jadi aku belasah tengok Smart Shop saja.
Tiba-tiba aku rasa ada benda yang mencucuk perut. Rasa macam penyapu lidi. Aku buka mata perlahan-lahan. Eh, aku yang satu lagi! Terkejut beruk aku dibikinnya. Aku duduk bersila, dia masih berdiri. Dia macam menggelatar saja nampak aku tapi dalam masa dia buat-buat steady. Gaya gagah pasang kuda-kuda dan memegang penyapu lidi posisi pemain besbol. Budak ni kalau aku sergah sekali mesti bersepah lari.
Aku Sr: Oi, rilek ah, letak penyapu tu dulu. Mari duduk depan aku, kita sembang sikit.
Aku Jr: Err.... Abang ni datang dari masa depan ke?
Aku Sr: Hoh... Terer... Betul kau teka tu. Aku sebagai diri sendiri berasa bangga dengan kebijaksanaan diri sendiri. Hehehe...
Aku Jr: Errr.... Jadi abang ni saya lah kan?
Aku Sr: Iyee.... Apsal? Tak percaya? Nak aku tunjuk IC? Zaman aku IC dah lain kau tau. Dah pakai Smart Card. Tapi fungsi dia tetap macam sekarang. Tak smart!
Aku Jr: (Mengeluh) Bukan tak percaya. Tapi kecewa. Pasal tak kurus-kurus. Lagi debab ada. Tak hensem pulak tu. Rambut serabai macam tak pernah sikat.
Aku Sr: Ish.. kau ni aku sekali penampar kang baru ada akal.
Aku Jr: Tak nak bang... tak nak bang.... (Sambil halang pakai tangan).
Aku Sr: Ni gaya rock lah. Kau mana tahu. Layan Backstreet Boys saja. Dan jangan panggil aku abang. Telinga aku dah naik buasir dengar. Aku kau sudah.
Aku Jr: BSB tak cukup rock ke..... kau? Lagu 'Rock Your Body' tu kan rock?
Aku Sr: tengkorak kau rock! Ah, sudahlah. Aku tak nak cakap bukan-bukan. Apa kau suka, kau suka saja ikut suka hati kau. Karang aku tertukar masa depan karang. Sayur aku jadinya.
Aku Jr: Ye! Baiklah!
Aku Sr: Okay, dengar sini baik-baik. Apa saja yang kau buat mulai hari ini, kau buat dengan fikir panjang. Baik buruk segala benda tu kau kasi timbang padat-padat. Kalau tak nampak buat peta minda. Cikgu kau dah ajar kan peta minda?
Aku Jr: Dah, tapi saya tak suka guna pasal macam perempuan kena pakai banyak kaler. Awan-awan lah. Saya ada sebatang saja pen Kilometrico kaler biru. Pensel tekan sebatang.
Aku Sr: Ha.... mari aku tunjuk rock punya peta minda. Bak sini pen dengan kertas.
Aku pun tunjuk kepada dia peta minda ikut point dan beri sedikit penjelasan.
Aku Sr: Haa... amacam?
Aku Jr: Lah... cara ni lah saya guna selalu.
Aku Sr: Ish! tadi kata tak reti! Aku terajang karang baru kau tau.
Aku Jr: Okay...okay... sorry... sorry... (Tangan halang muka sekali lagi).
Aku Sr: Rilek ah. Aku gertak saja. Bukan nak tibai betul-betul. Kau dengar sini baik-baik. Kau lepas ni jangan buat tangan macam tu lagi. Kalau takut pun kau buat-buat berani. Nak lagi masyuk kau lawan balik. Nanti kau rasa puas dia. Jantan sikit beb. Kau tu lelaki! Tegas!
Aku Jr: Tapi tiap kali saya fikir nak lawan balik mesti mengigil punya. Macamana nak buat tu?
Aku Sr: Jangan risau. Menggigil tu aku pun tak dapat ubah. Tapi kalau kau buat-buat keras saja. Stand your ground. Fight for your rights. Aku dah rasa palat kaw-kaw jangan fikir dua kali nak kasi penumbuk. Okay?
Aku Jr: Okay....... Nanti saya fikir.
Aku Sr: Fikir pulak dah. Tak apa. Aku tahu diri aku sendiri. Kalau aku kata aku fikir tu. Memang betul punya aku fikir. Lagi-lagi kalau event pelik macam ni. Dan ingat! Kau mesti selalu fikir masa depan. Jangan ingat nak seronok saja.
Aku Jr: Baik!
Aku Sr: Okaylah, aku dah penat ceramah kau ni, aku nak balik sambung tidur. Selamat!
Aku Jr: Selamat... err... petang.... selamat petang.
Aku terus panjat laci meja bilik aku dan terus pulang ke tarikh 11hb Ogos 2009. Setibanya aku di sini, aku tutup laci kemas-kemas dan terus landing atas katil dengan posisi mengiring menandakan yang aku dah cukup penat dan mahu tidur lebih lama dari biasa. Sekian.
"Di dalam jaga ku tercari-cari, di dalam tidur termimpi-mimpi." - Mega, Bayangan Gurauan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.