Benda yang aku paling suka dalam dunia, duit. Tapi nampaknya duit paling tak suka dengan aku. Ibarat tepuk sebelah tangan tak berbunyi. Kau jangan reka cerita ada bunyi, bunyi 'swoosh' pun tak ada. Tangan kau bukan cap Nike nak ada bunyi 'swoosh'. Bila duit datang sedebuk dari langit, memang tak akan lekat lama dengan aku. Ada saja masalah yang melibatkan ringgit mata wang Malaysia. Aku rasa mungkin dari segi rekaan duit kertas yang sangat futuristik membuatkan duit tak sebulu dengan aku kerana rekaan jiwa aku sangat purba.
Masa sekolah dulu aku ingat aku pernah beli satu buku kira-kira. Buku yang merekod segala hal ehwal pebelanjaan dalam sehari. Tapi satu hari pun belanja dua ringgit, apa lah sangat yang nak direkod? Tak ada fungsi langsung kalau hari-hari makan nasi lauk ayam RM2 tak ada baki. Memang tak tercapai langsung matlamat buku kira-kira tersebut. Aku beli pun sebab idola kartunis aku, Dato' Lat yang lukis ilustrasi. Maka aku dengan secara bijaksananya menukar fungsi buku tersebut kepada buku conteng. Buku conteng aku bukan conteng sebarangan, setiap lakaran penuh berseni, macam buku nota Matematik Tambahan aku masa Form 4 yang penuh dengan tulisan Sanskrit.
Aku memang tak ada masalah langsung menggunakan nombor, selagi aku diberi sekeping kertas untuk melakukan operasi campur tolak. Cikgu Matematik aku masa darjah tiga dulu selalu denda aku ketuk ketampi sebab aku tak pandai-pandai mencongak. Walaupun berkali diketuk dan ditampi, aku tak pernah merungut pada orang lain selain dari diri sendiri. Bukan macam budak-budak sekarang, kena denda berdiri pun dah bilang mak bapak. Perangai macam laici. Mak bapak pun satu hal, terus mengadu dekat surat khabar tabloid tempatan untuk menuntut keadilan anak. Perangai sama macam anak, dua-dua laici. Macam mana laici pun mereka, aku tetap tak mahir mencongak sampai sekarang. Tadi masa aku beli buku pensyarah tanya berapa baki untuk buku RM75 ni? Aku jawab selamba RM15 sambil hulur RM100.
Bandingkan orang yang pergi kelas naik motor, aku memang bernasib baik sebab abah aku ada kereta lama yang dia tak pakai. Secara rasminya segala kerenah kereta ni, aku kena selesaikan. Baru 'indie'. Bak kata Pejal, tak 'indie' la pergi gig pun pakai kereta bapak. Dan bak kata Kecik pula, kau bila nak full servis kereta kau?. Bak aku kata pula, Aku tak nak servis kereta aku, nanti dia pecut macam Bugatti Veyron. Awal bulan hari tu aku baru ganti tayar seketul, dah botak dan benang terkeluar beserta pancit. Tengah bulan pula aku repair wiper punya shaft dan tukar mentol yang sudah tidak berfungsi. Ni malas aku nak lebih-lebih ni, baru kelmarin pun kereta aku meragam lagi. Karang aku tuang jugak garam dalam tank ni karang, buat cicah mempelam.
Gaya itu keunggulan. Walaupun Mundok tidak sebijak ini untuk mencipta tagline tapi aku dapat rasakan apa yang cuba disampaikan beliau ketika beliau sedang menghembus asap kepul-kepul donut sambil bersandar pada kereta di Kuala Berang suatu ketika dahulu. Mungkin beliau rasa dengan 'pose' tersebut makwe Kuala Berang seberang jalan akan jatuh hati dengan beliau. Aku pun merokok juga, tapi aku rasa segan untuk melakukan 'stunt' tersebut kerana ilmu belum cukup di dada. Tolak soal makwe, aku rasa aku memang perokok naga. Pantang ada peluang saja aku sedut. Masa tengah tulis ni pun banyak yang selesai disedut. Baru 'soul' A. Samad Said tu mari. Masa sesi perbincangan ilimiah di mamak jangan kira lah. Jumlah bahan bakarnya cukup untuk memanaskan secawan kopi! Aku agak sajalah, bunyi nya macam ngam saja.
Setelah sedepa panjang dan sehasta lebar aku menulis, kau mesti tak kenal dengan Midas kan? Bodoh sial kau... Orang suruh pergi tadika belajar, bukan menangis kencing dalam seluar. Mari aku sipnosiskan. Midas ni adalah seorang raja yang tamak haloba mengalahkan Haji Bakhil Bin Haji Lebai Kedekut. Oleh kerana obes nya beliau dan obses nya beliau dengan harta maka beliau telah dikurnia satu 'superpower'. Di mana setiap kali beliau melakukan 'direct contact' dengan jari beliau, maka seluruh partikel dalam objek yang disentuhnya akan menjadi emas tulen dua puluh empat karat. Nak tahu cerita selanjutnya kau Google sendiri, aku tak nak jadi cikgu tadika. Tapi makwe bekerjaya sebagai cikgu tadika aku mau. Sekian.
"Biarlah hantu, atau jembalang, balik kampung, tanam kacang." - P.Ramlee dan Saloma, Yang Mana Satu Idaman Kalbu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.