Thursday, July 23, 2009

Radiohead - Just.

Kau orang pernah tengok video clip Just? Band Radiohead punya lagu. Aku rasa nak letak video tu kat sini, tapi selepas aku berfikir selama dua tiga saat aku dah rasa give up. Jadi kau orang cari sendiri lah dalam Youtube. Tengok dulu sekali lalu, kalau tak faham tengok sekali lagi, Kalau bengap sangat tak payah tengok. Buat perabis beras Cap Rambutan Jalaludin Hassan saja.


Apa kau pikir masa tengok video ni? Kau pikir apa yang brader tengah baring atas jalan tu cerita? Habis cerita, semua join brader tu baring atas jalan. Kalau dari segi imaginasi aku lah, brader tu macam dah dapat tahu atau dapat rasai satu kebenaran yang membuatkan brader tu sentap tiba-tiba. Tapi sebab brader tu 'founder' rahsia tu, maka dia pun ambil masa yang agak lama lah juga nak kasi telan semua. Tu yang jadi menung masa mandi, menung masa pakai baju dan last sekali baring atas jalan sambil menung. Macam segala harapan untuk hidup dah musnah sama sekali. Yang mendengar gorengan brader baring tu pun semua boleh jadi percaya. Orang UK patut undi brader tu jadi presiden. Konfem aman UK. Tak pun jahanam terus sebab semua jadi pemalas dan suka baring atas jalan.

Berbalik pada tujuan asal brader baring tersebut. Bagi teori permulaan, mungkin dia baru patah hati, putus cinta. Makwe beliau sangat 'Angel' sampai kan dia mengalami kemurungan kerana tidak dapat menghubungi syurga untuk membuat laporan kehilangan makwe kerana talian syurga 'engage' 7 hari 7 malam. Dan secara tak sengaja, brader tersadung tu pun baru 'clash'. begitu juga brader polis dan juga brader sistah yang lain. Lantas brader Thom Yorke pun berkata dari tingkat lima,

"Bollocks! Just because they've lost their bird that doesn't mean they could be lying on the fucking pavement! What a bloody twat!".

Teori kedua, Sebab brader baring ni dah angin satu badan pasal bebudak Radiohead duduk jamming kat rumah dia dua puluh empat jam. Lepas mandi pakai baju apa semua, dia nak pergi balai buat laporan. Tapi masa tengah jalan tu beliau mengalami kekejangan otot yang amat sangat lalu mengambil keputusan untuk baring serta merta. Dan apabila ditanya oleh brader sadung, brader polis dan brader sistah, beliau pun 'explain' kenapa. Habis 'explain' mereka semua turut tumbang kerana turut mengalamai masalah kekejangan otot tahap kritikal. Lantas brader Thom Yorke menjengah seraya menjerit,

"Oi mates! We've spread enough of swine flu right here! Lets get the fuck outta here before we get nicked".

Teori terakhir. Brader baring cukup terkesima selepas menerima satu telegram dari sahabat baik beliau. Menurut isi kandung telegram tersebut, sahabat baik nya kini sudah pun memiliki sebuah Bugatti Veyron. Oleh kerana brader baring amat lurus orang nya, maka dia terus percaya. Puas dia memikirkan bagaimana seorang student engineering berjaya memiliki sebuah Bugatti Veyron dalam usia yang sangat muda. Dia jual dadah ke? Dia buat MLM ke? Argh! Kusut fikiran brader baring. Jadi beliau pun terus baring atas jalan sambil meneruskan pemikiran beliau. Dan selepas disoal siasat brader sadung, brader polis dan brader sistah, mereka terus menunjukkan simpati dengan kebendulan brader baring dengan cara 'join' baring sekali untuk berfikir. Orang UK ni sangat 'caring' sebenarnya. Ada yang lain tu mengambil kesempatan sebab nanti boleh masuk berita acara pecah rekod dunia baring beramai-ramai atas jalan. Lantas Thom Yorke pun menjengah kepalanya keluar tingkap bersama 'bandmates' nya yang lain seraya berkata,

"Holy Shit! Oi Midon! You fucking liar! Look what've you done to them! You fucking tosser!".


"Comes like a comet, suckered you but not your friend." - Radiohead, Just.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.