Monday, July 20, 2009

Kereta Gua.

Tempoh hari gua ke Melaka untuk jemput adik gua dari matriks. Gua gerak awal sehari untuk jenguk member-member lama gua. Gua kalau datang melawat memang selalu tak kena masa. Tiap kali gua datang, member gua sibuk nak periksa lah, balik kampung lah, memancing lah dan macam-macam lagi. Gua tak kisah pun. Janji gua dapat jumpa dua tiga member, sembang lebih kurang pun dah cukup.

Hari gua sampai Melaka itu hari, member gua semua sibuk nak tengok wayang. Tak kan gua nak melopong dekat Maple Bob sorang-sorang. Gua pun tempah lah tiket untuk malam tu. Nasib baik ada. Sudahnya malam tu separuh gerak dengan kereta gua. Dalam perjalanan nak ke sana gua memandu penuh steady sambil buka tingkap hisap rokok. Gua pandu slow saja, dalam 60 kilometer sejam macam tu. Sambil gua pandu sambil member gua yang lain berseloroh dengan Mundok. Tiba-tiba....

KELEKUNG!! TANG!! TANG!!

Terperanjat beruk gua! Gua syak gua terlanggar batang besi atas jalan. Tapi member gua kata ada benda bulat terjatuh atas jalan. Gua buat tak reti saja lah. Selagi gua bukan langgar manusia gua nak cuak buat apa. Sudah hisap rokok, gua pun tutup tingkap pasang air cond. Aduhai, air cond gua tak sejuk pulak! Macam celaka. Gua syak benda yang jatuh tadi mesti part dalam enjin gua. Lepas balik wayang, gua dan member gua kutip balik benda tu. Member gua kata benda ni untuk kompressor air cond. Gua turut berasa setuju kerana air cond gua tiba-tiba tak berfungsi. Esoknya gua jemput adik gua dengan rasa susah hati dan panas badan.

Hari ini, kelas gua kurang rancak, lepas lepak mamak, hati gua tergerak nak repair air cond. Gua ajak member gua sorang pergi survey kedai kereta. Kedai pertama gua pertama gua pergi memang kuat menipu macam keldai. Gua tunjuk compressor tu dari jauh saja dia dah geleng kepala. Suruh gua ganti baru satu set. RM200 lebih. Macam haram punya mahal. Kedai kedua gua pergi, dia kata nak ikat balik kompressor tadi, tapi lepas tauke dia jeling dia stret cakap benda ni magnet dia dah rosak. Check apa pun belum lagi. Harga nak tukar part ni saja dah RM120. Lagi macam celaka.

Dengan rasa tertipu, gua pun ajak member gua chow. Kemudian member gua teringat nak calling member dia, tapi member dia balik kampung pulak. Tapi member dia suggest gua pergi kedai bengkel belakang kedai makan dekat MFI. Gua sampai sana member gua terus tanya pak cik tua yang sedang sibuk menukar tayar. Pak cik tua ni sekali tengok dah tau air benda ni air cond punya compressor. Gua rasa terkejut bercampur kagum buat beberapa saat. Dan sekali lagi gua di suggest untuk ke kedai air cond di Kajang untuk servis yang lebih bagus dan spare part yang lebih murah.

Gua pun gerak ke sana. Cadangan pak cik tua tadi memang terbaik. Tauke kedai tu memang bagus. Tak cekik darah gua punya. Dia cuba check dan dia kata benda ni masih boleh guna. Siap dia servis gas air cond gua lagi. Semua sekali RM45. Gua nak mintak kurang pun segan pasal dia tak tipu gua. Dia siap kata nasib baik gua kutip balik compressor ni, kalau tak sah-sah gua kena ganti satu set baru. Selamat duit gua hari ni, kereta gua juga kembali tip top tahap kereta lama.


"Angan-angan ku disuatu masa, basikal kan ku tukar kereta." - Sudirman, Hidup Sederhana (Basikal Tua).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.