Monday, September 28, 2009

Beautiful Life.


Aku belek-belek playlist aku. Aku jumpa lagu B'z. Tajuk Beautiful Life. Try pasang seround. Dah pasang seround set infinite loop pula. Dengar sampai puas hati. Sambil-sambil dengar tu, aku teringat zaman aku sekolah dulu. Drama Beautiful Life ni, drama jepun yang first aku tengok. Nak tengok drama ni punya pasal, aku sanggup bangun pukul 12 malam. Masa tu kalau tak silap aku drama ni tayang dekat ntv7.

Sebab ni first drama aku tengok. Maka ending nya masih belum boleh dikira stereotype. Dulu masa aku tengok episod last, malam tu terus tak boleh tidur. Frust habis dengan ending dia. Tapi kemudian bila aku tengok balik masa aku dekat MMU, baru aku faham rupanya apa yang drama ni nak cuba sampaikan. Lepas habis marathon drama ni, terus menung hisap rokok sambil pandang langit.

Kalau orang tanya apa cita-cita aku, jawapan standard nak puaskan hati orang adalah 'engineer'. Tapi sebenarnya cita-cita aku bermusim. Lepas tengok drama ni dulu, aku terus rasa nak jadi 'hair stylist' atau dengan bahasa mudahnya, tukang gunting rambut. Bunyi macam maple gunting rambut pula. Selain daripada berniat nak jumpa makwe cute berkerusi roda, aku sebenarnya tertarik dengan gaya rekaan rambut yang dia orang reka. Berseni habis. Pernahlah juga aku cuba sketch bentuk rambut dulu. Tapi jenis rambut paling susah nak reka ialah rambut lelaki macho. Rambut perempuan senang, ada sentuhan listrik sikit dah jadi.

Satu benda lagi yang aku minat dalam cerita ni, motor Takuya. Motor Yamaha jenis apa aku pun tak ingat tapi sejak tu aku minat motor gaya macam tu. Nak cerita tak reti tapi kalau nampak aku tau lah aku suka. Aku ingat nanti kalau ada rezeki aku nak angkat motor jenis tu juga. Kalau dapat yang dah barai pun aku tak kisah. Boleh aku belajar bikin motor kasi elok. Salah satu dari golden dream aku juga tu.

Aku ni kadang-kadang agak peka juga dengan struktur ayat. Lagi-lagi masa tengok cerita. Aku dapat tangkap mana ayat-ayat menarik yang sesuai di buat quotation. Orang lain tengok sekali lalu mungkin tak rasa apa. Tapi aku dapat rasa penulis skrip tu puas dengan ayat yang dia reka. Ayat yang aku ingat masa Takuya cakap pada makwe tu bunyinya lebih kurang macam ni;

"Apa agaknya rupa langit dari kerusi roda awak."

Lepas cakap dia terus cangkung dan tengok langit sama makwe tersebut. Terbaik. Pendek dan artistik. Kalau nak kira dari psychologicalnya pula, orang kurang upaya selalunya tak suka pada simpati, tapi konteks ayat dia penuh direct, tak pura-pura dan dalam masa yang sama cuba nak mengenali hati makwe tersebut dengan lebih mendalam. Ades, gua start jiwang pula. Nampak sangat lama tak karok. Apa-apa pun drama ni memang terbaik.

"kimi no kimochi shiru made" - B'z, Beautiful Life.

Foto dikopi dari sini.

Sunday, September 27, 2009

Pantomime.

Babak Satu.

Orang ramai bersila atas lantai. Macam ada kenduri. Aku rasa panas badan. Tak selesa. Aku lari ke depan pintu ambil angin. Nyaman betul angin malam. Dia datang duduk di sebelah. Aku pandang dia. Aku ambil kaca matanya.

Babak Dua.

Aku sedang pandu kereta. Tapi bukan kereta aku. Sterengnya tak cukup 'season'. Dia ada di sebelah. Aku rasa seperti nak ke kedai dobi. Aku pandang dia. Dia senyum saja. Aku 'tap' bingkai kaca matanya dengan ibu jari.

Babak Tiga.

Keliling aku seperti kawasan sekolah. Menengah atau rendah aku tak pasti. Tapi bukan tadika. Aku nampak dia datang dari jauh. Berbaju kurung, bertag nama hitam dan berkaca mata. Aku cuba eja nama di tag namanya dari jauh.

"I drew a line for you." - Coldplay, Yellow.

Saturday, September 19, 2009

Ketupat, Lemang dan Nasi Himpit.

Dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa saja yang selalu singgah di sini. Aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika selama aku menulis ini aku ada terkasar bahasa atau membuatkan kamu terasa hati, aku minta maaf. Semoga bergembiralah di hari raya ini dan jangan lupa belasah semua makanan-makanan raya yang wajib dimakan esok hari. Tunggu raya kedua memang silap besar. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 18, 2009

Palat.

Tiba masa datang angin rajin,
masa tu lah ada dinding penghalang,
masa tu lah ada manusia pemalas,
masa tu lah ada si perasan bagus,
masa tu lah ada katil syaitan,
masa tu lah ada rasa sendirian.

"Aneka palat di pagi hari. Celaka. Gua nak lelap satu hari." - Kuntil Midon.

Thursday, September 17, 2009

Iftar.

Iftar here, iftar there.

Doing iftar at home tonight.

Late for iftar tonight. *Crett.. crett.. fesbuking via mobile*

Gua mati-mati ingat iftar ni sembahyang sunat yang gua tak tahu.

Nasib baik gugel ada.

Wednesday, September 16, 2009

Berabuk Skipping Lon-don.

Ada satu hari tu, aku palat gila dengan sorang minah dalam fesbuk. Orang dah dua tiga komen cakap melayu, dia belasah cakap inggeris. Last sekali entah apa pasal dia sentap, dia kutuk semua orang dalam inggeris juga. Bukan main lagi skipping london dia tu. Apa dah tak reti nak cakap melayu ke apa? Serius gua tak kagum langsung lu cakap inggeris. Aku saja tak balas cakap inggeris, biar dia sedar sikit yang dia tu Melayu makan belacan.

Oleh kerana palat, aku pun post status begini, 'Gua tak respek langsung orang Melayu cakap inggeris sama gua'. Aku pun tak rasional juga post macam tu. Ada lah juga sorang mamat sentap tengok post aku. Siap balas dalam post status dia, 'I used to speaks english everyday. So if you're not satisfied, grow some balls and talk to me directly'. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tak ingat sangat tapi aku dapat bajet dia sentap dengan statement aku. Apa lagi, kalau aku tak reply post dia karang, tak ada 'balls' pulak aku kan. Jadi dengan konfiden nya reply balik post dia. Aku terangkan sebab aku post dan aku minta maaf kalau terasa. Dia tak reply balik. Ceh, suruh orang grow some balls sendiri tak ada balls nak reply balik. Baik gua tak payah minta maaf kalau macam tu. Lu tak reply tanda lu betul punya ignore sama gua. Paling kurang pun kalau lu reply tak puas hati sama gua, gua boleh terima lagi. Ini senyap. Suruh orang grow some balls, balls lu sendiri kecut. Pigi dah.

Aku bukan apa, aku cukup palat tengok anak bangsa sendiri tak hormat bahasa sendiri. Kalau orang berbahasa melayu dengan kau, kau jangan lah mengada-ngada nak cakap inggeris. Kadang-kadang kita ni sebenarnya segan nak cakap yang kita ni tak reti speaking, sendiri faham lah. Jangan nak berlagak sangat. Kalau orang macam gua ni lain lah, boleh la juga speaking sikit. Tapi gua sebenarnya gua lagi suka cakap melayu. Kalau dah keliling gua cakap inggeris takkan gua nak cakap melayu juga, ye tak?

Ha, baru gua teringat dulu ada sorang makwe gua nak try sembang. Gua saja speaking. Tak jadi sembang mat. Kalau gua fikir-fikir balik, gua rasa macam celaka pun ada. kalau bahasa inggeris dia, douchebag. Sejak insiden itu hari gua dah tak berapa nak kagum sangat skipping london, walaupun gua tau kalau terer skipping london ni, konklusi dia adalah, 'chicks dig it!'. Betul gua tak tipu. Lu buka la fesbuk tu. Kalau ada mamat yang layan novel inggeris sepanjang hidup dia, dan bila dia post something dalam inggeris, tiga empat chicks akan tekan option 'like' dan kasi komen tak ada kena mengena dengan status atau tak reti macam mana nak reply balik ayat masyuk mamat berkenaan. Ah, sudahlah. At least if you can reflect back on his words or give something that level with his thought, you should be worth it to be called an educated women. Perempuan macam tu serius gua respek. Tak mengada-ngada.

Tadi pun, gua ada selongkar kerja-kerja lama sepanjang aku belajar ni. Sedar-sedar dah dua tahun lebih aku belajar kat sini. Allhamdulillah la semua berjalan lancar. Aku pun dah serik dengan kegagalan lama. Sampai bila lagi kita nak hidup bawah roda. Kadang-kadang nak juga rasa duduk di atas. Selongkar punya selongkar, aku jumpa dua ketul slide presentation aku dulu. Satu slide professional communication, satu lagi slide technoprenuer. Dua-dua aku ada kasi present. Skipping London lah bai. Masa ni, aku rasa aku tengah semester tiga. Banyak budak kelas baru. Tak berapa nak rapat sangat masa ni. Baru kenal. Dua semester sebelum tu pun aku masih tak bercampur sangat. Hati masih dekat MMU lagi. Nak buat macam mana. Aku dapat rasa lah masa aku present tu macam budak kelas tumpu habis dekat aku. Cuak gila cakap lu. Apa pasal present budak lain lu orang boleh bantai tidur, time gua pula lu orang jaga? Sebab paling kukuh yang dapat gua fikir, dia orang tak boleh terima kutu macam gua boleh skipping london.


Gua sedar, kutu macam gua ni mana nak campur dengan budak high class. Tapi lepas present tu sampai sekarang gua rasa selesa berkawan dengan classmate gua. Semua pun kutu macam gua juga. Lu orang mesti pernah dengar, 'You never get a second chance to make a first impression'. Atau quote yang lebih kurang sama lah. Gua tahu semua benda tu, tapi gua saja suka serabai. Baju seluar semua bundle. Kasut season. Jam putus berseletep sekarang dah retak pula. Rambut panjang tak reti sikat. Gua bukan apa, gua fikir selagi gua tak berduit sendiri, gua tak akan belanja duit gua untuk barang-barang mahal semua ni. Kereta gua pun gua tak make-up. Nak tukar enjin Evo, nak masuk turbo jauh sekali. Duit gua mantain kereta tu bulan-bulan ada lah. Lain-lain gua perhabis dekat makan nasi sama rokok. Dan kadang- kadang karok.

Tapi nak buat macam mana kan? kalau orang mula-mula tu dah tengok lu macam kutu, orang takkan expect langsung yang lu ni 'civil'. Nasib baik badan gua tak kurus, kalau tak mesti orang dah cop gua mat dadah. Satu saja benda gua pegang dari dulu sampai sekarang, lu pandang serong sama gua sekarang, lagi dua tiga tahun lu tengok gua macam mana rupa. Masa tu kalau lu baru tiba-tiba nak buat baik sama gua, lu silap besar.

"Apa dulu kau tak pergi sekolah ka? Kau tak boleh eja ini ha? Sheriff lah." - Sheriff Labi, Labu Labi.

Tuesday, September 15, 2009

Bila Aku Boleh Kembara Satu Dunia?

Aku dah bosan dengan suasana harian.

Monday, September 14, 2009

Jaga-jaga Kain Cik Salmah!

Note: Watak gua sebagai Sarip Dol yang sedang berbicara sama tayar basikal sendiri.

Ish, mana pula Cik Salmah ni? Ini sudah pukul berapa ni? Tak nak pergi kerja ke? Aku pun ada kerja lain juga, tapi tak jalan kerja aku kalau tak mengorat Cik Salmah tiap pagi. Ah, sudahlah. Bunyi loceng basikalnya pun tak ada, inikan pula orangnya.

"Eh, pedulikan lah! Kita kasi pecah lah!" Sarjan Pendek, Ali Baba Bujang Lapok.

Friday, September 11, 2009

Notis Untuk Keturunan Ke-4.

Kepada waris aku,

Sila hantar secepat mungkin seekor robot kucing kaler biru pada aku.
Sila isi poket dia dengan alat-alat berguna.
Dan hantar dia ke mana-mana hari dalam tahun 2009.
Sekian, terima kasih.

p/s: sila keluar dari laci meja ruang tamu dan bukan laci meja bilik aku.

Yang Serius,
Kuntil Midon.

"Hajimete kimi to shabetta.." - GAGAGA SP, Hajimete kimi to shabetta.

A Molotov Cocktail's on the House!

Kenapa mahu bermuram durja kalau siang hari tak merokok?
Masalah dalam dada semua boleh kasi settle punya.
Buat apa nak pikir-pikir.
Banyak benda lain lagi nak dipikir.
Apa benda lain lagi nak dipikir?
Oh, tak ada masalah lain lagi nak dipikir.
Tapi dah malas nak berpikir sekarang.
Tidurkan saja malam ini sambil mimpikan matahari esok.
Mungkin hari makin suram jika datang guruh dan petir.
Tapi kita tak tahu ada pelangi yang menunggu.
Dan gua tak ada kaitan sama syurga cinta.
Hahaha....

"I feed off the weakness with all my love." - Green Day, Peacemaker.

Thursday, September 10, 2009

Sebelum Saya Suka Lobak.

Hari gua kelas separuh hari. Masa gua dalam kelas, baru gua punya talipon sudah kena block. Gua dah bajet benda ni akan berlaku. Tapi gua punya bajet 3 bulan lepas lah, masa gua selesai bayar bil tertunggak untuk 3 bulan sebelumnya. Tak apa, gua tenang. Habis saja kelas, gua terus gerak Kajang. Ada pos laju gua kena kutip. Abah gua bilang, kalau gua ada sign saman, jangan pergi ambil. Sebab gua pemandu berhemah, gua konfiden itu bukan surat saman.

Sampai saja di Kajang, gua parking mana patut dan bergegas ke pejabat pos. Gua menuju ke kaunter tingkap sambil hulur kertas pos laju. Sekali akak kaunter tu buka laci kabinet dia dan selak-selak surat yang ada. Celaka, kes sama semua ni. Aku ingat surat 10 tahun lepas pun ada. Lepas gua dapat surat, gua rasa serabai gila. Surat claim hutang lagi rupanya. Gua ada hutang besar sama Telekom yang gua dah lama lupa.

Sepanjang perjalanan gua pulang ke rumah, gua terbayang zaman gua hidup sebagai loser dulu. Walaupun gua rasa hidup gua dah kembali ke jalan asal, macam mana punya lurus pun jalan hidup gua, kadang-kadang gua akan tersadung juga. Sebelum gua balik rumah, gua singgah Celcom service center. Gua malas nak bayar online, karang jenuh kena menalipon operator dia kasi unblock gua punya line. Gua tunggu punya tunggu, sudahnya akak kaunter tu angkat satu papan notis. 'SERVER DOWN'.

Gua hampir-hampir nak batal puasa hari ni.

Langit tak selalu cerah.

Wednesday, September 9, 2009

Serius.

Kali ni gua dah nekad!
Betul-betul punya gua kasi jalan.
Apa nak jadi, jadilah.
Kurang-kurang gua mencuba.
Gua serius nekad sepenuh jiwa....
Mana papan? Mana?

Haaaiipppp!!! Wachaaaaa!!!

"Like a stormwind that will ring." - Scorpions - Wind of Change.

Saturday, September 5, 2009

The World.

#There is a world that I could never touch.

#There is a world that I would never touch.

#There is a world that I will never dream off before.

#There is a world that I am blind to see.

#There is a world that I am fond of.

#There is a world that I am loathe for.

#There is a world that I found beautiful.

#There is a world that I found peaceful.

#There is a world that is full of mystery.

#There is a world that is impossible to Google for.

#There is a world that I know I could never reach.

#There is a world that I mistakenly step into.


.........The world full of mystery.

.........The world full of curiosity.

.........The world full of answers.


I should have known.........

Never better than before.......

The World of mine.

Friday, September 4, 2009

3 Jam dan 5 Minit.

Selalu kalau aku menulis di sini, kadang-kadang ayat yang aku gubah, bagi aku, agak memuaskan hati aku. Setiap perkataan aku susun rapi. Kalau salah aku boleh tekan kekunci 'Backspace' saja. Setiap ayat yang aku tulis, kebanyakan nya aku baca balik. Tujuan aku bukan nak 'impress' sesiapa cuma aku mahu apa yang aku tulis itu terbaik. Aku tak kisah kalau orang tak baca blog aku. Aku tak pernah 'publish' pada sesiapa pun selain kawan rapat.

Selalu bila kawan datang mengadu masalah, aku akan cuba sedaya mungkin buka telinga dan beri pendapat. Tiap kali jalannya, aku mesti karang ayat yang sesuai untuk mereka guna walaupun jauh di lubuk hati aku tahu tak mudah nak mengeluarkan kata-kata begitu. Hidup ini spontan. Tak ada masa nak menggubah ayat setiap kali berbicara. Tulis blog 3 jam tak sama dengan bercakap 5 minit. Aku bukannya tak sedar aku cakap salah, dah memang selalu aku tulis blog. Ayat yang lazim serta kompleksiti psikologinya semua aku dapat sambar. Tapi kalau berbicara selama 5 minit, memang betul tak ada masa nak fikir ayat.

Orang tua-tua pernah cakap, 'Kalau bercakap tu, fikir dahulu'. Aku rasa orang tua-tua tak perasan jurang waktu antara 3 jam dan 5 minit. Ya, aku tahu ada sesetengah orang cuma tulis saja apa yang terlintas di benak fikiran, tapi bukan aku. Lain halnya pula kalau aku berbicara, terkadang itu dah sejam berlalu baru aku terfikir apa yang aku cakap itu salah dan kalau nak diukur dari sudut psikologinya memang gagal. Macam kau langsung tak ada bakat jadi 'psychiatrist'. Bukan, kau langsung tak ada bakat jadi manusia.

Bila dah salah cakap tu, seeloknya minta maaf. Tapi ada dinding besar rupanya antara aku dan minta maaf. Dinding yang diberi nama Ego. kau rasa kau lah betul, pantas kau bidas segala hujah yang logikal di kepala. Kau memang nampak yang benar saja. Gelap mata, gelap hati. Nak merungkai satu perbalahan memang sukar. Sebab makhluk yang kita berbalah bernama manusia. Punya kompleksi yang sama seperti kita. 'Berbicara dengan hantu lebih mudah dari berbicara dengan manusia'. Aku rasa ayat ini cukup tepat, kena pada sasaran.

Aku selalu ingatkan diri untuk sentiasa tegar dalam apa jua yang aku buat. Jangan takut dan percaya pada diri sendiri. Tapi tahukah kamu segagah manusia itu kadang kala menangis juga? Benda yang sangat 'delicate' ini memang sampai tua tak akan habis untuk dirungkai. Aku percaya yang mana bidang psikologi itu bukan satu bidang yang jelas. Atau dengan kata lain, samar-samar. Sebab itu aku pilih kejuruteraan. Logik dan punya jawapan. Tak perlu pelbagai hujah yang membelitkan kata dan menyesakkan fikiran.

Aku mula rasa yang aku ni cukup naif. Segala perkara yang aku sangka betul rupanya salah. Apa yang aku bayang semua tak serupa. Macam kanak-kanak yang seronok baca buku cerita khayalan tapi tak tahu perit getir hidup di dunia. Umur aku dah hampir 23. Orang riak lain mungkin cukup bangga yang diri sendiri sudah dewasa. Punya kerja sendiri, punya kereta sendiri. Macam yang selalu kita dengar, 'ada apa dengan nombor'. Nombor cuba satu khayalan rekaan manusia untuk sedapkan hati sendiri.

Aku dah bingung, macam mana patut aku 'behave' kelak. Macam mana patut aku berinteraksi dengan manusia. Mungkin sekarang baru aku sedar manusia boleh berubah. Tapi aku tak dapat lari dari istilah 'topeng' aku. Aku lebih selesa kalau tak pakai topeng. Rimas. Berubah mana pun manusia itu, aku masih percaya mereka bertopeng. Tapi aku dah mula rasa bertopeng itu satu keputusan bijak. Dalam hidup ini, kita saling bergantungan. Tak ada langsung istilah 'loneranger'. Dan oleh kerana manusia saling memerlukan, kita mungkin patut bertindak untuk tidak sentiasa mengikut kepala sendiri. Orang lain senang, kita pun senang. Kalau kita tak senang, orang lain nak ikutkah? Mungkin kita patut rasa yang dia tak sebijak kita. Bukan kerana dia lebih 'superior' tapi cuma dia tak reti nak hidup bertolak ansur.

"I'll just stay on the sideline."

"I'm playing on the safe side."

Mungkin dua ayat tersebut ada benarnya. Untuk diri kita selamat. Supaya kita sentiasa hidup dalam 'comfort zone' kita. Aku tak berani nak bicara 'adventure'. Adrenalin aku tak cukup kuat pagi ini. Aku tak pilih untuk lasak. Mungkin sebab itu hidup aku tak pernah berganjak. Tak pernah 'happening'. Semua kerana aku mahu hidup aman sampai tua. Entahlah, manusia. Aku tulis sampai esok pun mungkin aku tak akan jumpa jawapan yang sebenar.

"Life is a journey, a journey that you can never stop and once you meet a fork road, you only have a few split seconds to made your decision. It is a real time journey with no reset button." - Kuntil Midon.

Tuesday, September 1, 2009

Cong.

Merujuk kepada kamus pejudi, Cong bermakna 'shuffle'. Gua tak tau pula nama melayu dia tapi gua rasa serabaikan.

Tapi mengikut kamus kaki lepak pula, Cong bermakna tipu. Contoh ayat dia, "Yang lu pergi cong brader tu apahal? nak mampus?".

Cong juga merupakan runut bunyi standard untuk Thomas dan rakan-rakan apabila mereka hendak memulakan perjalanan. Seingat gua, dulu masa gua kecik, gua ada satu keretapi nama Thomas.

Cong juga merupakan nama classmate gua masa tingkatan dua. Cong Teng Cheong nama dia. Tapi tak sekali pun gua pernah nampak dia vandalisme harta benda sekolah. Baik budak ni, tak macam gua. Meja gua saja dah tukar kaler putih.

Menurut kuiz yang gua buat di fesbok, nama cina gua adalah Cong yang membawa maksud 'intelligent'. Gua dah syak lama dah, gua sejak dari dulu lagi memang dah Cong. Heh.

"Debu tuju-tuju, menyesakkan ku." - Def-Gab-C, Ibu Kota Cinta.