Saturday, June 6, 2009

Kisah Klasik MMU #4.

Zaman di MMU dulu aku tak nafikan, memang seronok. Baring dalam bilik pandang siling pun dah rasa seronok. Rasa bebas. Belajar nombor dua, berhibur nombor satu. Sama macam makan. Makan nombor dua, rokok nombor satu.

Aku kerap kali mengalami masalah tak cukup tidur, berjaga malam punya pasal. Tapi tetap tak cukup kronik macam Kecik. Dia lah manusia nocturnal paling hebat aku pernah jumpa. Malam berjaga, siang berdengkur.

"Don, aku ingat FYP nanti aku nak buat kajian pasal Kecik lah. Musti berguling lecturer gelak nak kasi markah." Cadang Sujak.

"Orait gak tu, kos spesimen pun percuma. Kita buat sekali lah nanti." Aku turut berseloroh.

Oleh kerana habit Kecik yang suka sangat tidur di siang hari, secara tidak langsung telah menimbulkan suatu kebingungan kepada Afni, housemate baru kami yang kerap kali memantau keanehan Kecik.

"Eh Don, rock juga ya Kecik. Dia sarung T-shirt dia dekat bantal dia. Mesti nak kasi baju tu nampak season."

Aku yang agak lurus ketika percaya bulat-bulat. Tak sangka Kecik ni ada 'special characteristic' yang tak pernah aku tahu. Kena kasi rekod dalam buku 555 ni. Maka, beberapa hari selepas itu, pada masa Kecik sedang berjaga dan sedang seronok memisau-misau pihak lawan, aku pun melontarkan kebingungan Afni kepada beliau.

"Cik, kau nak bagi season ke baju ni?"

"Tak lah, aku buat sarung bantal. Sarung bantal aku dah kotor."

"Kita sama sahaja, bezanya cuma amalan kita." - Yantzen, Insan.

Kamus Pertama Saya.

1991.

Satu hari yang tak berapa tenang. Darah di kepala dah membuak-buak sehinggakan urat mula timbul. Rasa nak baling saja controller ni ke peti televisyen. Entah apa-apa punya game. Penat-penat aku susun kasi cantik, dia kasi lesap pula. Sampai bila nak penuh petak ni? Rungut hatiku, cukup resah dengan permainan video yang bernama Tetris.

"Along... cukup-cukup lah main game tu... Pergi mandi. Kita nak pergi jalan."

"Huh? Nak pergi jalan? Uish! Best ni!" Bentak hati aku riang.

Deras tanganku menekan butang 'off' pada alat peranti tersebut. Aku terus lari ke bilik air sambil menanggalkan baju. Sejak kecil lagi aku sudah mempraktikkan gaya mandi dengan penuh kejantanan. Air dua tiga gayung dan sabun ikut dan saja diikuti dengan dua tiga lagi 'gedebush' air. Kemudian aku terus melompat keluar. Baru aku perasan aku lupa bawa tuala. Apa lagi, aku terus pecut ke bilik ambil tuala. Habis basah lantai.

"Along!! apa ni? habis basah rumah. Orang nak pergi jalan dah ni. Dia boleh buat hal lagi."

Aku buat tak tahu saja amaran ibuku sebab aku tengah sibuk mencari kemeja cop Mickey Mouse dan seluar panjang merah aku. Mana lah agak nya. Dalam resah-resah menyelongkar almari, ibu aku pun masuk ke bilik. Aku terus bertanyakan lokasi bajuku kepada ibuku dengan muka tak bersalah.

"Ini dia haa... Cari tu lain kali pakai mata, tarik baju tu elok-elok. Penat Mak melipatnya hari-hari. Bila Along nak cari baju saja mesti bersepah."

Ibuku marah buat kali kedua. Aku tetap tak ambil pusing. Baju aku pakai kemas-kemas masuk dalam. Kali ini, aku berlari ke bilik ibuku pula. Nak sikat rambut. Aku kasi 'aim' baik punya tengah. sebak kiri sekali, sebak kanan sekali. Sekejap saja 'effect' rambut belah tengah ni, masa rambut tengah basah saja jadi. Dah kering karang dia jadi bulat-bulat kerinting balik.

Urghh, mana pula ibuku letak bedak kotak nyonya ni? Aku nak bedak muka ni. Ah, pakai bedak abah saja lah. Aku tadah sebelah tangan sambil goncang botol bedak tersebut. sikit saja yang keluar. Aku goncang kuat lagi kasi padu. Habis penuh bedak atas tangan dan ada sikit-sikit berterabur atas lantai. Tak nak membazir punya pasal, habis semua aku kasi sapu ke muka. Habis putih muka aku macam Raja Kapoor.

"Oi! tu bedak ketiak abah lah, yang kau pergi sapu ke muka tu buat apa?!!"

Sergah bapak aku jangan dibuat main, silap haribulan melayang rotan hikmat atas almari hitam ruang tamu ke punggung. Dengan cemasnya aku terus ke bilik air basuh muka, ibarat Raja Kapoor dah tak tahan nak terkucil. Sudahnya, ibuku jugalah yang menyikat serta membedakkan muka aku.

Maka kami sekeluarga pun keluarlah pergi berjalan-jalan. Nampaknya kali ni kami tidak ke Hankyu Jaya tetapi ke suatu tempat yang penuh dengan buku dan orang. Walaupun berasa hampa, tetapi hati sedikit terhibur kerana melihat banyak buku warna-warni bergambar kartun yang tersusun luas. Sebelum pulang, ibuku membeli sebuah kamus bergambar. Katanya aku kena mula belajar mengeja sebab tahun depan nak masuk tadika.

Ala, setakat huruf-huruf tu, sampai Z pejam mata aku dah hafal lah. Oleh kerana aku teramat konfiden dengan kebolehan aku mengeja, aku pun cuba menunjukkan bakat terpendamku kepada ibu.

"W... A... N... G... Duit!!!"

"Di dalam kenangan nan silam, akan terhiburlah di hatiku, yang selama ini kecundang." - Lefthanded, Mencari Sinar.

Hurrah!!

It's been a while since I wrote in these colonial language. I guess somebody must have ticked me off somewhere. Hah. I need to polish my English once again. I've gone rusty with words.

Anyway, my dear fellow classmate texted me this afternoon just after I've done purchasing my lunch. The exam result has just been released. God, am I lucky to have a friend who is so obsess with our 'good for nothing' online services? Hurm, I guess I've seen a better online services back in MMU. If only our online services is really 'on the line' like MMU, you must've been like a Japanese train freak who knew the name and type of every each passing by train in Japan.

Yeah, thanks to him, he just made my newly purchased polistrene lunch box taste awesomely awful. What in tarnation? Darn it! I shall put a bullet in your head but a simple phone call will be much better. Doesn't it ey, cowboy?

"Hah.. hallo, kau apa macam? Aku kat luar sekarang ni. Cerita lah sikit result kau.. aku nak banding kasi sedap hati.."

And so, for being my friend for almost two years, I pretty much can tell my result based on his. Well, I am pretty much confident that I have passed the 'hero' level but I still doubt whether I will join the 'league of superheroes' once again for this semester. Oh, what a big pressure for me these whole semester. You know, heroes shouldn't drop his 'water face' infront of other mere human civilians. This is not some superheroes movie where the director suddenly decide to drop the heroes credibility in the middle of the movies so just the viewers will be entertain by the breakdown of the main character. This is my life for godsake!

And upon my glorious arrival to my humble abode, I gracefully switched on my preposterous magical box and...... Hurrah!!!


"Ohh.. ahha... what a delightful feeling.. Oh my... That is smashing.. Oh... ahha.. Uh.. ahha.. Oh my god, I'm arriving!!" - Russell Peters, Outsourced.

Wednesday, May 13, 2009

Kisah Klasik MMU #3.

Suatu hari di Ayam Panas. Semua sedang leka menikmati makan tengahari penuh berselera. Sesudah makan, masing-masing tersandar kekenyangan sambil melayan kepulan-kepulan asap rokok. Perut sedang gembira, bibir pun terkelu bisu. Akan tetapi, tidak bagi Mundok. Keadaan tenang selepas makan memang tiada dalam kamus beliau.

"Midon, kau nak dengar teka-teki tak?"

"Erm, boleh juga. Jangan pekena aku sudah lah."

"Tak tak. Senang saja ni. Teka-teki 'banyak-banyak'. Dalam banyak-banyak tikus, tikus apa yang berkaki dua?"

Soal Mundok sambil terseringai. Dia ingat aku akan terperangkap dengan soalan itik kaki dua dia selepas ni. Kaki yang lain semua senyap tapi bibir dah terkebil-kebil. Aku dah mula tersengih tanda faham. Mata Sujak sudah terjegil-jegil ke arah Mundok.

Ramai-ramai, "KAU LAHHH.... HAHAHAHA..."

Mundok serta merta bengis gigit meja. (Imiginasi aku apabila Mundok emosi).

"Mendung hitam adalah semalam." - Bumiputera Rockers, Seribu Tahun Takkan Mungkin.

Aku Lagi Dramatik.

1997

Aku pandang jam. Lagi limit 'bering' nak bunyi. Kepala aku sudah jauh merewang dengan keenakkan ais pop asam boi dekat depan sekolah. Tambah lagi di tengah panas terik ini. Dia punya nikmat wa cakap lu... Perghh. Aku dah siap boleh bayang, asam boi tu aku nak sapu last sekali bila air asamnya habis. Aku lihat sekeliling. Budak-budak semua dah standby nak angkat beg.

KRINGGG.....

Habis beterabur semua budak-budak berlari. Macam kambing terlepas kandang. Aku turut tidak membuang masa. Bersepah juga aku lari. Tapi aku dah susun taktik awal-awal lagi. Tangga depan confirm penuh. Aku lari pecut ikut tangga belakang sorang-sorang.

Sampai saja di pagar belakang sekolah, dari jauh, aku nampak dah ada dalam sepuluh lebih budak berkerumun dekat pak cik jual ais pop. Perghh, menyirap jantung aku. Jangan lah ais pop asam boi aku habis! Aku teruskan pecutan dengan posisi tunduk 75 darjah. Cikgu PJ aku yang ajar. Bagi lawan angin katanya.

Aku dapat rasakan yang langkah aku semakin laju. Lari punya lari, tiba-tiba aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah lagi. Dum! Terjelepuk aku ke dalam longkang besar. Suasana hingar tiba-tiba menjadi sunyi. Pak Cik jual ais pop datang menghampiri aku.

"Anak tak apa-apa?" Tanya Pak Cik ais pop dengan penuh keikhlasan.

Aku yang berada dalam posisi kaki ke langit perlahan-lahan menghulurkan duit syiling dua puluh sen sambil berkata, "Ais pop asam boi satu."

"Cause gravity can never pull me down." - Butterfingers, Girl Friday.

Saturday, May 9, 2009

Ralat Pengaturcaraan.

Semalam, dalam pukul 12.

Bak kembangnya seroja di pagi hari, begitu lah jua diriku. Mata tak nak kuyu langsung. Gua fikir baik gua buka komputer. Main games apa yang patut sampai mengantuk. Adik gua boleh pula install satu mini games. Cubalah main. Layan juga. Sambil main, sambil layan lagu Search. Esok nak gerak tengok konsert Search dekat JB ni. Baik gua kasi polish lirik gua sekali.

Jaska Raatikainen terasa bosan. Lalu dipalunya dram bertubi-tubi secara solo. Gua tengok caller ID. Sujak. Haa.. arah mana agaknya angin bakal bertiup ni.

"Aku ngan budak aku tak jadi pergi ah Don. Ada projek esok."

Gua terkesima beberapa saat. Plan cuti musim sekolah gua baru saja berantakan. Celaka. Dengan penuh rasa kelat di hati, gua mengiyakan saja. Mujur gua tak beria-ria basuh kereta petang tadi. Kalau tak, buang karan saja.

Berat rasa hati nak meneruskan game, gua terus lari ke katil. Lagu Search pun gua tutup. Biar aman sikit gua tidur. Gua tengok jam. Celaka! dah pukul 4 pagi! Aku ada presentation esoklah bangsat! Dengan rasa cemas, gua terus lelap.

Tepat pukul 7.03 pagi, Jaska tergerak hati nak main dram lagi. Terus dipukulnya set dram habis-habisan. Terperanjat beruk gua.

Alamak, awal lagi ni. Gua present pukul 9. Silap set jam pula. Gua cadang petang semalam nak bangun awal, kemas baju dan cuci kereta. Lepas present gua nak straight gerak Melaka terus. Tapi plan dah kensel, nak buat macamana, gua sambunglah tidur. Tapi gua sambung tidur atas tikar bilik adik gua. Gua bajet dah dekat pukul 8 karang dia kejut lah nanti.

Sedar-sedar mak gua pula yang kejut. Dia bilang member gua sedang berada di atas talian. Gua jawab lebih kurang dan masih tak sedar apa-apa. Gua tekan butang kensel dan tengok jam digital. Ohmygod! Dah 9.25 pagi. What the hell?

Pantas gua ke bilik, capai tuala dan mandi gaya kerbau bengis lapar rumput. Kemudian gua capai baju kemeja gua, dan lari naik atas. Gua kasi on suis iron. Adik perempuan gua tiba-tiba sound gua.

"Salahlah plag la Along. Meh orang gosokkan. Pergi pakai siap benda lain cepat."

Gua kelam kabut turun tangga. Adik lelaki gua yang tak kejut gua tadi terasa bersalah.

"Along bak kunci kereta. Yan pergi panaskan enjin."

Aduhai, baik-baik benar adik gua pagi-pagi ni. Settle bersiap, gua terus pecut dengan Waja gua yang bunyinya seakan-akan enjin Evo3 tak servis setahun. Kucing, kambing, kuda, anak orang main basikal, baba roti, mak cik nasi lemak, gua dah tak nampak dah. Apa nak jadi-jadilah. Gua kasi pecut jugak.

Sambil memandu dengan penuh kelangsian, otak gua sibuk mengatur ayat dalam bahasa inggeris. Gua plan nak buat alasan macam iklan anak wayang tu. Tapi rugi kalau gua carik seluar gua sendiri. Gua kensel plan gua dan terus rangka ayat mengikut situasi sebenar.

"I'm sorry madam. I have woke up early but then I continue my sleep outside my room and leave my handphone alone. So I couldn't hear the alarm."

Masa gua sampai, gua pun terus explain. Tapi lagi berterabur dari apa yang gua dah plan. Lebih kurang saja lah. Alasan semua sama. Tak boleh pakai. Gua rasa muka gua tak cukup seposen lagi masa tu. Sebab markah gua kena tolak sebab lambat. Cikgu gua pun terus sambung balik soalan dekat member gua. Member gua jawab tersekat-sekat kurang yakin. Gua cuba assist. Cikgu gua tetap tak yakin.

Cikgu gua tanya lagi. Siapa sebenarnya buat coding ni semua. Member gua mula goyah. Terus dia cakap aku yang buat coding ni semua. Dia tolong wat interface saja. Gua pun betah lah. Gua cakap gua buat basic coding saja. Lain-lain coding member gua sambung. Cikgu tetap tak makan cakap gua. Dia tanya pula teknikal coding tu pula. Sebelum dia petik nama, gua terus mencelah bagi jawapan. Tapi taktik gua tak berhasil. Dia berkeras nak tanya member aku yang dua orang lagi ni.

Gua bukannya apa. Gua tau macamana tahap member gua nak digest coding ni. Basic coding pun dia orang susah nak telan. Lagilah pula yang rumit-rumit. Jadi gua adalah cerita sikit. Setakat basic tu dia orang faham lah apa yang gua terang. Nak terang benda rumit, cikgu gua terang pun dia orang tak faham, nak gua terangkan lagi lah.

Ye lah, kalau nak ikutkan soal berbaloi tu, memang kena dekat batang hidunglah. Gua nak tolong member gua kasi pass saja. Kalau dia nak belajar lebih tu, ikut suka dia oranglah. Yang penting sebagai member, gua dah tolong apa yang patut. Lagi pun, semua orang dah tahu, apa yang kita belajar sekarang ni pun, kurang aplikasinya masa kerja nanti. Masa mula nak kerja nanti, dah konfem-konfem gua kena belajar benda baru pula. Gua belajar gila-gila ni pun sebab nak kasi fail sijil gua cantik saja. Baru senang gua nak dapat kerja dan berbakti kepada negara tercinta kelak.

Apa pun, gua rasa gua dah lepas subjek tu. Carried Mark dah solid. Final paper confident level gua dah cukup tinggi. Cuma sedikit terkilan sebab tak dapat nak beri pertolongan yang terbaik dekat member-member gua. Harap-harap dia orang pun pass juga hendaknya.

"Berilah daku sayap impian, bawalah daku di awangan." - Search, Gadis Misteri.

Thursday, May 7, 2009

Berakhirnya 'Chapter Four'.

PRITTT!!!!

Wisel pengadil sudah pun berbunyi. Akhirnya berjaya juga aku mengharungi pahit getir untuk semester kali ini. Final paper kali ini boleh tahan bedebar juga. Bagai melihat aksi Ronaldo yang senantiasa mencari peluang untuk 'tergolek' demi sebuah sepakan percuma.

Lama benar rasanya jari tidak memetik-metik deras papan kekunci. Ini semua demi masa depan yang aku cuba teroka juga. Setiap hari, setiap detik, tak putus-putus aku menghitung masa yang berlalu. Mungkin seronok rasanya bila mula pakai baju berkolar corak garis-garis nanti.

Semester ini juga, macam-macam hal dah jadi dengan member-member aku. Ada yang sudah berapa kali bekerja di seberang, ada yang naik gaji, ada yang dah berkereta eksekutif. Tenggiling hari-hari sudah siap tolak tepi-tepi. Ada juga yang sudah mahu mendirikan rumah tangga. Pergh.. Macam-macam hal. Aku rasa bagaikan tanganku terkapai-kapai meragut ruang kosong.

Ada sekali dahulu, Sujak pernah berseloroh kepada Mundok. Katanya;

"Kau mesti tiap-tiap malam merenung cermin sambil mengenangkan nasib kan Dok? Apa lah agaknya tujuan aku hidup kat bumi ni kalau tak kena paku hari-hari."

Dulu aku dengar sambil gelak saja. Mundok pun macam tak ambil pusing. Entah Sujak pun tak hiraukan sangat bait-bait katanya. Tapi aku hirau. Cermin selain berfungsi sebagai satah tegak untuk menyebak rambut hari-hari, boleh juga digunakan untuk menyedarkan diri sendiri yang selalu alpa. Hari-hari lagho. Tapi bab-bab BPR, aku memang tak sedar diri. Lantaklah aku punya suka, kau apa hal?

Sampai sini saja sesi motivasi diri aku buat kali ini. Kiranya amaun dekohan batuk sudah cukup aku lepas di tepi tangga. Siapa kena jangkit, padan muka.

"Rempuhkan segala, dengan Jebat wajar di dada." - Search, Derap Komando.