Monday, September 28, 2009

Beautiful Life.


Aku belek-belek playlist aku. Aku jumpa lagu B'z. Tajuk Beautiful Life. Try pasang seround. Dah pasang seround set infinite loop pula. Dengar sampai puas hati. Sambil-sambil dengar tu, aku teringat zaman aku sekolah dulu. Drama Beautiful Life ni, drama jepun yang first aku tengok. Nak tengok drama ni punya pasal, aku sanggup bangun pukul 12 malam. Masa tu kalau tak silap aku drama ni tayang dekat ntv7.

Sebab ni first drama aku tengok. Maka ending nya masih belum boleh dikira stereotype. Dulu masa aku tengok episod last, malam tu terus tak boleh tidur. Frust habis dengan ending dia. Tapi kemudian bila aku tengok balik masa aku dekat MMU, baru aku faham rupanya apa yang drama ni nak cuba sampaikan. Lepas habis marathon drama ni, terus menung hisap rokok sambil pandang langit.

Kalau orang tanya apa cita-cita aku, jawapan standard nak puaskan hati orang adalah 'engineer'. Tapi sebenarnya cita-cita aku bermusim. Lepas tengok drama ni dulu, aku terus rasa nak jadi 'hair stylist' atau dengan bahasa mudahnya, tukang gunting rambut. Bunyi macam maple gunting rambut pula. Selain daripada berniat nak jumpa makwe cute berkerusi roda, aku sebenarnya tertarik dengan gaya rekaan rambut yang dia orang reka. Berseni habis. Pernahlah juga aku cuba sketch bentuk rambut dulu. Tapi jenis rambut paling susah nak reka ialah rambut lelaki macho. Rambut perempuan senang, ada sentuhan listrik sikit dah jadi.

Satu benda lagi yang aku minat dalam cerita ni, motor Takuya. Motor Yamaha jenis apa aku pun tak ingat tapi sejak tu aku minat motor gaya macam tu. Nak cerita tak reti tapi kalau nampak aku tau lah aku suka. Aku ingat nanti kalau ada rezeki aku nak angkat motor jenis tu juga. Kalau dapat yang dah barai pun aku tak kisah. Boleh aku belajar bikin motor kasi elok. Salah satu dari golden dream aku juga tu.

Aku ni kadang-kadang agak peka juga dengan struktur ayat. Lagi-lagi masa tengok cerita. Aku dapat tangkap mana ayat-ayat menarik yang sesuai di buat quotation. Orang lain tengok sekali lalu mungkin tak rasa apa. Tapi aku dapat rasa penulis skrip tu puas dengan ayat yang dia reka. Ayat yang aku ingat masa Takuya cakap pada makwe tu bunyinya lebih kurang macam ni;

"Apa agaknya rupa langit dari kerusi roda awak."

Lepas cakap dia terus cangkung dan tengok langit sama makwe tersebut. Terbaik. Pendek dan artistik. Kalau nak kira dari psychologicalnya pula, orang kurang upaya selalunya tak suka pada simpati, tapi konteks ayat dia penuh direct, tak pura-pura dan dalam masa yang sama cuba nak mengenali hati makwe tersebut dengan lebih mendalam. Ades, gua start jiwang pula. Nampak sangat lama tak karok. Apa-apa pun drama ni memang terbaik.

"kimi no kimochi shiru made" - B'z, Beautiful Life.

Foto dikopi dari sini.

Sunday, September 27, 2009

Pantomime.

Babak Satu.

Orang ramai bersila atas lantai. Macam ada kenduri. Aku rasa panas badan. Tak selesa. Aku lari ke depan pintu ambil angin. Nyaman betul angin malam. Dia datang duduk di sebelah. Aku pandang dia. Aku ambil kaca matanya.

Babak Dua.

Aku sedang pandu kereta. Tapi bukan kereta aku. Sterengnya tak cukup 'season'. Dia ada di sebelah. Aku rasa seperti nak ke kedai dobi. Aku pandang dia. Dia senyum saja. Aku 'tap' bingkai kaca matanya dengan ibu jari.

Babak Tiga.

Keliling aku seperti kawasan sekolah. Menengah atau rendah aku tak pasti. Tapi bukan tadika. Aku nampak dia datang dari jauh. Berbaju kurung, bertag nama hitam dan berkaca mata. Aku cuba eja nama di tag namanya dari jauh.

"I drew a line for you." - Coldplay, Yellow.

Saturday, September 19, 2009

Ketupat, Lemang dan Nasi Himpit.

Dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa saja yang selalu singgah di sini. Aku ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika selama aku menulis ini aku ada terkasar bahasa atau membuatkan kamu terasa hati, aku minta maaf. Semoga bergembiralah di hari raya ini dan jangan lupa belasah semua makanan-makanan raya yang wajib dimakan esok hari. Tunggu raya kedua memang silap besar. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 18, 2009

Palat.

Tiba masa datang angin rajin,
masa tu lah ada dinding penghalang,
masa tu lah ada manusia pemalas,
masa tu lah ada si perasan bagus,
masa tu lah ada katil syaitan,
masa tu lah ada rasa sendirian.

"Aneka palat di pagi hari. Celaka. Gua nak lelap satu hari." - Kuntil Midon.

Thursday, September 17, 2009

Iftar.

Iftar here, iftar there.

Doing iftar at home tonight.

Late for iftar tonight. *Crett.. crett.. fesbuking via mobile*

Gua mati-mati ingat iftar ni sembahyang sunat yang gua tak tahu.

Nasib baik gugel ada.

Wednesday, September 16, 2009

Berabuk Skipping Lon-don.

Ada satu hari tu, aku palat gila dengan sorang minah dalam fesbuk. Orang dah dua tiga komen cakap melayu, dia belasah cakap inggeris. Last sekali entah apa pasal dia sentap, dia kutuk semua orang dalam inggeris juga. Bukan main lagi skipping london dia tu. Apa dah tak reti nak cakap melayu ke apa? Serius gua tak kagum langsung lu cakap inggeris. Aku saja tak balas cakap inggeris, biar dia sedar sikit yang dia tu Melayu makan belacan.

Oleh kerana palat, aku pun post status begini, 'Gua tak respek langsung orang Melayu cakap inggeris sama gua'. Aku pun tak rasional juga post macam tu. Ada lah juga sorang mamat sentap tengok post aku. Siap balas dalam post status dia, 'I used to speaks english everyday. So if you're not satisfied, grow some balls and talk to me directly'. Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tak ingat sangat tapi aku dapat bajet dia sentap dengan statement aku. Apa lagi, kalau aku tak reply post dia karang, tak ada 'balls' pulak aku kan. Jadi dengan konfiden nya reply balik post dia. Aku terangkan sebab aku post dan aku minta maaf kalau terasa. Dia tak reply balik. Ceh, suruh orang grow some balls sendiri tak ada balls nak reply balik. Baik gua tak payah minta maaf kalau macam tu. Lu tak reply tanda lu betul punya ignore sama gua. Paling kurang pun kalau lu reply tak puas hati sama gua, gua boleh terima lagi. Ini senyap. Suruh orang grow some balls, balls lu sendiri kecut. Pigi dah.

Aku bukan apa, aku cukup palat tengok anak bangsa sendiri tak hormat bahasa sendiri. Kalau orang berbahasa melayu dengan kau, kau jangan lah mengada-ngada nak cakap inggeris. Kadang-kadang kita ni sebenarnya segan nak cakap yang kita ni tak reti speaking, sendiri faham lah. Jangan nak berlagak sangat. Kalau orang macam gua ni lain lah, boleh la juga speaking sikit. Tapi gua sebenarnya gua lagi suka cakap melayu. Kalau dah keliling gua cakap inggeris takkan gua nak cakap melayu juga, ye tak?

Ha, baru gua teringat dulu ada sorang makwe gua nak try sembang. Gua saja speaking. Tak jadi sembang mat. Kalau gua fikir-fikir balik, gua rasa macam celaka pun ada. kalau bahasa inggeris dia, douchebag. Sejak insiden itu hari gua dah tak berapa nak kagum sangat skipping london, walaupun gua tau kalau terer skipping london ni, konklusi dia adalah, 'chicks dig it!'. Betul gua tak tipu. Lu buka la fesbuk tu. Kalau ada mamat yang layan novel inggeris sepanjang hidup dia, dan bila dia post something dalam inggeris, tiga empat chicks akan tekan option 'like' dan kasi komen tak ada kena mengena dengan status atau tak reti macam mana nak reply balik ayat masyuk mamat berkenaan. Ah, sudahlah. At least if you can reflect back on his words or give something that level with his thought, you should be worth it to be called an educated women. Perempuan macam tu serius gua respek. Tak mengada-ngada.

Tadi pun, gua ada selongkar kerja-kerja lama sepanjang aku belajar ni. Sedar-sedar dah dua tahun lebih aku belajar kat sini. Allhamdulillah la semua berjalan lancar. Aku pun dah serik dengan kegagalan lama. Sampai bila lagi kita nak hidup bawah roda. Kadang-kadang nak juga rasa duduk di atas. Selongkar punya selongkar, aku jumpa dua ketul slide presentation aku dulu. Satu slide professional communication, satu lagi slide technoprenuer. Dua-dua aku ada kasi present. Skipping London lah bai. Masa ni, aku rasa aku tengah semester tiga. Banyak budak kelas baru. Tak berapa nak rapat sangat masa ni. Baru kenal. Dua semester sebelum tu pun aku masih tak bercampur sangat. Hati masih dekat MMU lagi. Nak buat macam mana. Aku dapat rasa lah masa aku present tu macam budak kelas tumpu habis dekat aku. Cuak gila cakap lu. Apa pasal present budak lain lu orang boleh bantai tidur, time gua pula lu orang jaga? Sebab paling kukuh yang dapat gua fikir, dia orang tak boleh terima kutu macam gua boleh skipping london.


Gua sedar, kutu macam gua ni mana nak campur dengan budak high class. Tapi lepas present tu sampai sekarang gua rasa selesa berkawan dengan classmate gua. Semua pun kutu macam gua juga. Lu orang mesti pernah dengar, 'You never get a second chance to make a first impression'. Atau quote yang lebih kurang sama lah. Gua tahu semua benda tu, tapi gua saja suka serabai. Baju seluar semua bundle. Kasut season. Jam putus berseletep sekarang dah retak pula. Rambut panjang tak reti sikat. Gua bukan apa, gua fikir selagi gua tak berduit sendiri, gua tak akan belanja duit gua untuk barang-barang mahal semua ni. Kereta gua pun gua tak make-up. Nak tukar enjin Evo, nak masuk turbo jauh sekali. Duit gua mantain kereta tu bulan-bulan ada lah. Lain-lain gua perhabis dekat makan nasi sama rokok. Dan kadang- kadang karok.

Tapi nak buat macam mana kan? kalau orang mula-mula tu dah tengok lu macam kutu, orang takkan expect langsung yang lu ni 'civil'. Nasib baik badan gua tak kurus, kalau tak mesti orang dah cop gua mat dadah. Satu saja benda gua pegang dari dulu sampai sekarang, lu pandang serong sama gua sekarang, lagi dua tiga tahun lu tengok gua macam mana rupa. Masa tu kalau lu baru tiba-tiba nak buat baik sama gua, lu silap besar.

"Apa dulu kau tak pergi sekolah ka? Kau tak boleh eja ini ha? Sheriff lah." - Sheriff Labi, Labu Labi.

Tuesday, September 15, 2009

Bila Aku Boleh Kembara Satu Dunia?

Aku dah bosan dengan suasana harian.