Malam semalam, gua sama member buat sedikit diskusi ilmiah sambil disaring cerita hindustan di saluran Zee. Amitha Bachan bai. Siap ada Rajnikan lagi. Sambil gua mengajar member gua ilmu garis lurus, sambil jeling cerita hindustan. Layan punya layan buat kerja, perut gua bikin satu lagu syahdu. Keroncong rasa jiwa.
Tanpa berlengah, gua mempelawa member gua pekena teh tarik sama mee goreng di mamak. Seorang pun tak menolak. Selesai melayan nafsu perut, gua mengucap sayonara sama member gua. Gua mahu menyambung pelajaran di rumah gua sendiri.
Sampai di rumah, gua setting barang tulis sama nota gua atas katil. Gua salin kain pelikat dan basuh muka serta teguk air sejuk secawan dua. Gua landing atas katil. Posisi terbaik dan selesa. Gua selak nota. Baca lebih kurang, gua selak lagi.
Gua rasa malam ini adalah antara malam yang paling efektif bagi gua. Layan sungguh gua menterjemah bahasa inggeris kepada bahasa ibunda. Baca punya baca, tiba-tiba gua dengar bunyi henset gua. Gua buka mata luas-luas.
Celaka! Gua mimpi study rupanya. Macam haram.
"Jika mimpi dihapuskan, hancurlah lagu." - Innuendo, Nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.