Hai, nama saya Midon. Untuk selama sebulan lebih ini, saya akan menjadi seorang penghabis beras yang berjaya sama ada secara lisan atau pun perbuatan. Sila beri tunjuk ajar.
Cuti dah bhai. Gua angkat masa dua tiga hari juga nak adjust sifat pemalas gua. Sekali lagi gua mengalami krisis salaryman Jepun yang sudah pencen. Untuk ke berapa kali pun gua tak tahu, gua malas kira.
Krisis begini terjadi bila lu dihujani dengan kerja untuk beberapa bulan dan lu ambil serius seratus peratus pada kerja lu. Dalam kepala lu sudah tidak ada benda lain selain kerja, kerja, kerja. Masa lu tengah syahdu dalam bilik air pun lu fikir masalah kerja. Dan bila mana sampai saat lu direhatkan, lu jadi kucar kacir, sesat, kosong. Lu akan rasa segar bila bangun pagi, main fesbuk dua tiga round dan kemudian lu akan rasa kosong.
Sejak gua habis periksa tempoh hari, gua cuba planning untuk mengisi masa lapang gua. Gua planning nak beli komputer, gua planning nak belajar gitar, gua planning nak tulis blog dan lain-lain plan yang belum gua rangkul. Setakat ni, gua berjaya master beberapa chord gitar macam C, G dan E. Komputer pula, gua masih dalam proses melobi pihak atas untuk mendapat separuh bajet. Dan sekarang, baru gua ada selara nak tulis blog.
Malam gua habis periksa, gua sama member pergi karaoke. Masing-masing all-out pecah suara bengang terpendam selama satu semester. Dalam keriuhan rokes-rokes semua mensumbangkan lagu tempatan, gua pula bawa lagu Spring, kita ditakdirkan jatuh cinta. Saja test power. Ada alun juga lah gua nyanyi lagu slow rupanya. Haha. Gua tak nyanyi lagu inggeris hari tu, pasal lidah gua melayu gua asyik terlipat bila gua cakap inggeris sekarang ni.
Esoknya malamnya gua ronda Putrajaya. Dah nak dekat dua tahun lebih gua menetap di Bangi, itu baru pertama kali gua sampai bandar Putrajaya. Kagum juga gua dengan rekaan artkitek untuk Putrajaya. Artistik Futuristik. Member gua ada cerita dia sesat sampai Putrajaya naik motor. Masa sampai Putrajaya, dia bilang rasa tak padan naik motor masuk Putrajaya. Rasa macam orang hulu. Gua yang masa tu bawa kereta gua sendiri pun rasa tak padan, ini kan pula naik motor.
Hari Ahad, lepas sorang sorang member gua pulang ke kampung. Gua dah mula rasakan Bangi ni makin sunyi. Dengan baki-baki member yang ada, gua cuba juga penuhkan jadual melepak gua. Siang tadi ada sesi persembahan budak-budak FYP semester terakhir. Seperti yang gua sangka, bunga angkasa gua juga ada. Tapi gua dah ambil keputusan untuk lupakan dia. Gua pun dah terang-terang letop saja lebih. Baik gua lupakan saja niat gua nak mengejas.
Sebagai seorang Penghabis Beras berjaya, keluar rumah waktu pagi memang langsung tak ada dalam kamus hidup gua buat masa ini. Gua datang waktu orang tengah sibuk makan tengah hari. Semua budak pun dah malas nak berdemonstrasi. Gua pula segan nak minta. Ah, bukan gempak sangat lu orang buat. Lu tengok gua punya FYP esok, kali ni memang gua tak letop, mustahil gua boleh gua letop.
Tapi kalau nak difikirkan sejarah demonstrasi gua, semuanya tak licin. Last minit mesti ada kacau bilau sana sini. Celaka. Planning A, Result C. Gua ingat, cuti ni gua nak muhasabah diri gua kenapa projek gua tak pernah menjadi. Mana silap gua sebenarnya. Kalau dari segi nak manage teammate gua memang tak ada hal. Semua budak gua dah masak perangai. Gua tau macamana nak tackle suruh buat kerja.
Gua ingat pasal gua pernah dapat dekan, member gua yang lain taruh harapan tinggi sama gua. Kali ini, gua ingat gua nak sound member gua awal untuk sama-sama pecah kepala fikirkan solution. Gua perasan gua ni suka spoil teammate gua. Gua suka kasi tugas remeh sama diorang. Tugas macam typing tedious codes, buat report, pasang wayar, solder board. Semua kerja remeh yang teknikal. Gua cuma buat diagram skematik dan coding yang berselirat saja. Kerja berat mereka semua gua pantau.
Gua rasa gua silap dekat situ. Gua gagal sebagai seorang Mastermind. Gua ingat kali ni, gua nak libatkan sekali teammate gua dalam hal-hal yang sukar. Gua takkan terima ayat 'tak tahu' lepas ni. Sebabnya pasal bila benda troubleshoot, gua seorang saja kucar kacir cari solution. Teammate gua yang tak tahu menahu cuma tunggu arahan gua saja. Tak boleh jadi, kali ni gua dah plan. Semester depan gua nak kasi basuh sama teammate gua.
Aduyai, dah cuti pun kepala gua fikir pasal kerja juga. Gua dah cecah limit gua.
"Jangan ngoma mengikut nafsu, Kolak merano menyosa tersekso badan." - Hattan, Biso Bonar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.