Macam celaka dia punya hebat. Setakat modal dua ringgit memang tak jalan. paling koman pun seribu ringgit dia punya ongkos. Macam haram. Masing-masing nak buat robot. Dalam masa gua kagum, gua juga terasa jaki yang amat sangat tengok projek dia orang. Idea basic gua boleh tangkap tapi isi dalam masih misteri bagi gua.
Macam-macam robot hebat ada tapi robot yang paling hebat ialah robot pengesan manusia dalam bangunan runtuh. Dia punya sebelah tayar saja gua dengar dah cecah RM1000. Tambah kucar kacir lagi tayar tu tak jual dekat Malaysia. Kena tempah dari oversea. Cilakak lu mat! Mana lu dapat idea nak buat robot tu?
Gua sekarang tengah mengatur Master Plan dalam kepala otak gua. Apa yang gua nak buat untuk projek gua. Sapa gua nak angkat jadi supervisor. Sapa gua nak contact untuk dapat supply barang. Buku mana guanak selak nak dapat info. Gua nak buat yang ada wayar atau wayar tiada. Kucar kacir otak gua. Mana mau cari idea untuk projek yang legend?
Lagi gua dengar ada yang buat monitoring system guna SMS. ON pakai SMS, OFF pakai SMS, check status pakai SMS. Gua syak mesti dia implement 3310 dalam box dia. Wiring lebih kurang lepas tu jalan. Tapi yang gua misteri nya, mana hala signal dia guna nak hantar SMS dari box ke handphone? Apa dia coding balik ke program dalam 3310 dia? Misteri...
Lagi ada yang buat Robot Arm. Gua nampak macam cikai saja. Kontrol pakai joystick, kepit bola, letak atas paip PVC. Tapi gua pernah dengar, yang kira-kira untuk pergerakan robot arm tu dewa punya panjang. Menitis air mata nak ulang balik kalau silap kira. Tu belum gua kira aspek dari sudut darjah kecondongan lagi. Walaupun gua tau ada filmstrip bentuk bulat untuk kira robot arm, tapi gua masih tak dapat bayang rupa betul dia macam mana.
Oh ya. Material dia orang pakai bukan nya cikai brader. Semua projek gua boleh kata dibentuk menarik. Macam keluar kilang. Tak ada cacat cela. Bukan cairkan plastic pakai solder tapi di acu betul-betul. Masak gua masak semester depan nanti.
Gua setakat ni masih belum dapat komputer lagi. Nak buat research pun payah. Sudah pula tu, road tax kereta gua pula mati esok. Duit lagi bhai. Dunia ni asyik-asyik cerita pasal duit. Ada duit semua jalan. Tak ada duit kita jalan kaki. Cis, gua dah berazam, kali ni punya projek gua nak pulun habis habisan. Gerenti tak letop punya.
"Gua ingat nak buat robot kucing warna biru yang takut tikus." - Kuntil Midon.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.