Gua dah tak banyak cerita ceria sekarang. Jadi gua ingat gua nak cerita member gua punya cerita.
Dulu waktu aku pergi KFC sama member-member aku, adalah sorang member aku ni. Mamat lah kita kasi nama. Dia ni baru first time pergi makan dekat KFC rasanya. Jadi kita orang masing-masing beraturlah untuk order makanan. Yang si Mamat ni pula, dia asyik terkebil-kebil sambil mendongak kepala membaca menu. Bimbang macam mana nak order makanan dekat akak cashier tu nanti.
Kemudian bila tiba giliran Mamat, akak cashier tersebut terus menunjuk ke arah menu yang terpampang di atas kaunter sambil mengajukan soalan standard mereka kepada customer. Hati Mamat lega seketika kerana soalan akak cashier itu tadi berbentuk objektif. Dia hanya perlu memilih salah satu daripada set yang tersedia. Dengan nada sedikit cemas Mamat berkata;
"Set A..... satu."
"Baiklah cik, satu set A. Cik nak yang original atau spicy?"
Tak semena-mena hatinya terasa sedikit tersentap dengan soalan akak cashier tersebut. Lantas dengan nada marah dia berkata;
"ORIGINAL LAAA!!!"
Terkebil-kebil akak cashier tersebut kerana volume suara Mamat tiba-tiba berubah amplitud. Tetapi sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, dia tetap melayan permintaan costumernya dengan baik. Selepas selesai transaksi pembayaran, Mamat pun beredar ke meja makan dengan muka yang mencuka.
Semasa makan di meja, Mamat terperasan yang rasa ayam KFC nya lain daripada selalu. Langsung ke laut rasanya. Dan struktur serta warna ayam juga berbeza dari member-membernya yang lain. Lantas dicubitnya ayam dipinggan membernya. Yang ini baru betul ayam KFC, bentak hati Mamat. Mamat jadi tak puas hati bercampur dengki. Dan Mamat pun terus memberontak buat kali kedua;
"Mana boleh macam ni! apa pasal ayam aku tak PEDAS??!!!!"