Friday, January 29, 2010

Kucar Kacir.

Gua tengah serabut sekarang.
Last minute baru nak cari supervisor.
Proposal pun prepare lebih kurang.
Mesti kena sound dulu, baru kena reject.
Gua dah mati kutu.
Perut siapa gua nak sepak ni?

Tak Teratur.

Aku kalau ada masalah ke, jatuh basikal ke, makan nasi ke, pekena teh ke, mimpi ke, semua aku tulis dekat sini. Dekat sini juga aku campak aura negatif yang ada supaya aku boleh kekalkan 'game face' aku. Aku kadang-kadang dapat rasa orang pandang aku macam tak ada masalah. Siapa yang tak pernah ada masalah. Semua orang ada. Semua orang pernah. Jatuh basikal, makan nasi, pekena teh, mimpi, semua orang mesti pernah punya.

Aku tak tahu lah. Hati sendiri pun aku tak tahu ini kan pula aku nak tahu hati orang lain. Ya, aku memang suka baca orang. Tapi tak selalu apa yang aku baca tu tepat. Aku yakin saja lebih. Buat apa pun semua aku yakin sekarang ni. Potong kereta aku yakin, bikin program aku yakin, reka litar aku yakin, jawab soalan dekat depan secara solo pun aku yakin, bidas lecturer pun aku yakin, makin nasi lauk apa hari ni tak payah cerita lah aku punya yakin tahap mana.

Yakin macam mana pun aku, masih ada satu benda lagi yang aku tak yakin. Benda ni juga buat pendirian aku goyah tiap kali. Memang bukan mudah untuk 'beginner'. Usia dah makin ditelan zaman pun masih 'beginner'. Budak sekarang darjah enam pun dah berani pilih option 'veteran'. Macam celaka. Kalaulah aku boleh nampak sebarang signal untuk proceed, dah lama aku proceed. Masalah nya satu desibel desir pun aku tak dapat tangkap.

Jam pun dah pukul 4 pagi. Proposal pun dari tadi aku tangguh. Esok nak kena present. Pejam mata la aku present esok kalau macam ni.

"Gua memang suka letop." - Kuntil Midon.

Saturday, January 23, 2010

Wind's Play Rewind (Bravado).

Human are fragile.

As I born as one, I certainly know how we operates. But I've been classified as a male in which has a different bravado than female. Nevertheless, my own bravado as a human male seems to act poorly after being associate with dreadful yet flattery feelings.

My first encounter.

Which is unexpected, I failed gloriously. The wind chills down my spine. My respiration system became unstable. Eventhough I never lost my consciousness and not once in my life did I ever lose one, thus how I wish that I can just collapse for that moment. T'was it is not me who collapsed but my little friend, Mr Bravado. Thus I conclude myself to be intolerant for sweet lullaby.

My second encounter.

The weather was calm. As foretold by the big tree. T'was I tend to devour the silence. Though I am least expected for the incoming storm, I've decided to break the silence. For as much as I am willing to speak my word, though it seems a big acorn were struck down my throat. Unwilling to stop, I shamelessly misspelled my intention. So, it was not mine who own the silence but a group of Siren with their sovereign voices. Eventhough my dire attempt was became awful there was indeed a silver lining. I have earn a small recognition that could be smear by the heavy rain.

My third task.

Eventhough the rain has badly stain my presence, I aim to launch an unforgettable moment by which I am yet to define my upcoming method. Honestly, the last method that I used was a total disaster since the plan were go by the seconds. It is not carefully planned and as I said earlier, I merely just want to test the wind's play. Regardless the consequences.


"How could this be done, by such a smiling sweetheart." - The Kooks, Naive.

Wednesday, January 20, 2010

Maybe.

Maybe is uncertain.

Maybe is coward.

Maybe is loser.

Maybe is procrastination.

Maybe is hopeless.

Maybe is unknown.

Maybe I am.

Tiba-tiba Gua Rasa Nak Menaip.

Dah lama juga gua tinggal blog gua. Gua kira ada la dekat sebulan. Pasal dalam sebulan ni gua memang tak ada masalah langsung dan kalau gua ada masalah pun gua settle kan dengan cara main game atau pun tidur. Ah, tadi gua rasa macam ada benda nak cerita. Sekarang tiba-tiba gua rasa blur.

Oh ya, cikgu gua itu hari ada bilang sama gua. blur tu maksud nya fuzzy. Fuzzy seperti dalam istilah 'Fuzzy Logic'. Cikgu gua memang hebat. Nampak gaya macam segala benda yang melibatkan Artificial Intelligence semua dia tahu. Tapi dia hebat macam mana pun memang tak boleh transfer dekat student dia kalau student dia sangat kurang pandai. Gua tak kata bodoh. Kurang pandai.

Oh ya, gua tak rename lagi title blog gua. Sekarang dah Chapter 6. Dan gua rasa gua dah ada tajuk sesuai untuk hidup gua semester ni. Cakap pula pasal semester ni, gua rasa semester yang paling gua gembira tapi paling tertekan. Yang mana gembira dan tertekan tersebut bercampur baur perasaan nya. Gua rasa gua suka tapi dalam masa yang sama gua rasa tak suka juga. Ah, pedulikan. Gua memang suka tak endah perasaaan gua. Gua tak suka benda rumit yang tiada jawapan.

Semester ni, gua rasa nak push semua budak kelas gua, gua nak bikin kelas gua happening dan tak ada istilah berkabilah. Gua tak kisah nak photostat notes untuk dia orang. Gua tak kisah kena call cikgu suruh masuk kelas. Gua tak kisah lah nak berkorban apa saja demi budak kelas gua. Tapi kepada Pejal sama Kecik, BPR gua bukan budak kelas gua. Jadi dia bukan masalah gua.

Lu orang pernah dengar, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima? Itu ayat yang lu orang selalu dengar. Pada gua ayat dia ada lagi yang tertinggal. Ayat lengkap dia bunyi macam ni, yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima kerana yang memberi akan menerima lebih baik lagi. Gua pikir, dalam dunia ni, tak ada orang yang buat satu benda tu percuma. Saja-saja nak lepas angin. Mesti ada agenda tersembunyi. Sama macam gua juga, tapi apa yang gua harapkan adalah lebih kompleks daripada yang lu orang duga.

Tak semestinya yang kita beri tu akan balas jasa kita, mungkin akan balas juga dengan cara lain. Satu contoh yang ketara, akhir semester lepas gua mula berkecimpungan dalam arena budak skema semangat. Gua tak nafikan jadi budak skema yang semangat memang bukan kerja mudah. Segala aspek dan strategi lu kena susun. Lu kena pandai cakap, lu kena pandai bagi orang terhutang budi sama lu, lu kena pandai mengurus, lu kena tepati janji, lu kena berkomunikasi dengan semua budak lu, lu kena kasi cikgu lu seronok, lu kena kasi cikgu lu kenal lu, banyak lagi lah, gua malas cerita.

Gua bukan apa sebenarnya, benda yang paling gua tak gemar masa sekolah dulu, pegang pangkat. Selain dari jadi balaci cikgu lu, akhir tahun lu dapat sijil. Buat apa? Lu ingat sijil pengawas darjah enam lu boleh kasi lu duit beribu ke? Tapi satu malam tu buat gua semangat nak buat benda ni semua. Gua jadi hyper. Gua jadi gaban. Gua dapat rasa dia punya seronok handle manusia. Semua gua dapat tackle. Apa gua cakap semua setuju. Gua dah rasa macam menara propaganda. Gua buat semua ni supaya gua jadi alert dan juga sebagai persediaan bila gua dah kerja esok. Gua kena jadi tegas supaya orang tak berani nak pijak kepala gua. Kalau kata lah terkena sekali pun, gua harap gua tau macam mana nak elak.

Gua ada banyak benda lagi nak tulis, tapi hati gua berat ke lain. Lain hari gua sambung.

"Tastes so good make a grown man cry." - Warrant, Cherry Pie.