Mana nak tuju ni? Makin hari makin tersasar. Kejap belok kiri, kejap belok kanan. Apa hal? Kadang-kadang tarik gear gostan tersenyum sendiri. Kenapa perlu gostan lagi? Cukup lah dengan melankolik gostan tu. Setiap inci sudah tersemat di dada. Masaknya belum sudah berangan musim menuai. Apakah?
Mana tak beloknya. Hari ni agenda lain, esok dirasuk propaganda berbeza. Kucar kacir jadinya. Lupakah? Takkan sampai kena mencarut pada cermin baru sedar. Silau karang. Berbahas sendiri, biarkan mereka mengata. Persetankan. Apa nak dicara, mereka tak terlibat secara langsung mahu pun secara ulangan.
Terduduk juga tiba-tiba. Terkesima melangit. Apa yang dikejar sebenarnya? Cukup longgarkah urat nak mengejar benda yang tak pasti? Jangankan tegang di tengah jalan, tersungkur sepak batu belum lagi dikira. Apa pun, berlari tetap berlari. Sudah penat berlari, berjalan pula ambil angin. Jangan merangkak! Konfiden mesti ada.
Bila mentari terjaga nanti, jangan lupa sikat rambut cukur janggut. Tampar manja pipi kiri kanan. Sedar sikit. Siapa kau. Raja mana? Raja Kapoor? Bukan raja mana, tapi raja diri. Duduk bermegah, jalan melangit. Mereka tak peduli, biar sendiri yang ambil peduli. Moga dapat berjalan empuk di atas kepulan awan yang selesa kelak. Kaki jangan menggigil, awan jangan bersepah. Baru terpancar sinar Laksamana Melayu sejati.
"Menjadi raksa, mengisi belikat punggungku." - M. Nasir, Mentera Semerah Padi.