Aku ni memang tak pernah ada semangat tinggi.
Dulu cadang-cadang nak belajar petik gitar. Baru nampak cool kalau terrer main gitar. Bukan main semangat lagi search guitar tabs. Bila aku buka saja page ultimateguitar tu, cari lagu mana yang berkenan, aku pun start placing jari dekat gitar.
Aku strum skali, bunyi unta.
Tak puas hati, aku strum kali kedua. Bunyi keldai.
Ah! Menyirap sungguh darah muda aku. Terus aku sisipkan gitar kapok aku ke celah almari. Biar dia bikin sawang empat lima baris dulu baru aku cuba balik.
Samalah ceritanya dengan jalanraya.
Aku ni kalau memandu jalan yang aku lalu hari-hari, silap-silap Kimi Raikkonen pun tabik spring dengan aku. Memang tak reti langsung nak memandu secara berhemah. Tapi bila aku masuk saja jalan yang baru aku tebas, kereta budak-budak L pun boleh potong aku, siap dengan muka angkuh lagi.
Maka, tersebutlah kisah.
Pada satu hari yang penuh kebosanan, aku telah menerima satu SMS dari member aku. Nak minta aku hantarkan dia katanya. Katanya nak ke Kajang tapi nama destinasinya cukup asing bagi aku. Country Heights.Maka aku pun menghantar sehelai SMS ragu-ragu. Dia balas balik.
"Entah, aku pun tak tau dekat mana."
Oleh kerana aku dah naik bosan mengular di rumah, aku pun mebalas balik SMS.
"Takpe, nanti kita sampai Kajang nanti, adalah signboard nya tu."
Maka, aku dengan penuh konfiden nya menghantar SMS tersebut tanda setuju.
Tepat pukul 3 petang, aku start enjin kereta aku. Oleh kerana meter minyak aku sudah tidak berfungsi lagi, maka aku telah set kan trip pada kenderaanku ini. Aduh, tinggal 10 kilometer saja lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk 'pow' member aku duit minyak.
Aku SMS proposal.
Proposal diterima.
Tanpa berlengah, aku terus menekan pedal minyak. Girang kerana member aku sudi sponsor duit minyak. Setelah aku menjemput member aku dari rumahnya, kami bergegas ke stesen pam minyak. Member aku pun terus ke kaunter dan aku pun standby penuh ranggi di sebelah kereta.
Minyak diisi RM10 dan aku reset balik trip meter.
Kami pun terus bergegas ke destinasi berkenaan. Sampai saja ke pekan Kajang, aku suruh member aku call member aku yang seorang lagi, Encik Peta Malaysia. Menurut beliau, jalannya seperti hendak ke Tesco, cuma straight saja. Tak perlu belok ke Tesco.
Oh, senang sahaja. Kami pun meneruskan perjalanan seperti arahan yang diberi. Selepas saja lepas simpang Tesco, mata kami berdua meliar mencari signboard. Sampai ke sudah tak jumpa. Alih-alih bertembung dengan tol.
"Nama tempat pun macam high class je, mungkin lepas tol ni kita jumpa." Kataku penuh konfiden.
Member aku menangguk tanda setuju. Lepas saja tol. Mata kami kembali meliar. Sampai sudah juga tak ketemu. Tiba pula satu lagi tol. Aduh, aku mula rasa tewas. Tapi aku buat selamba saja. Jaga air muka depan member.
Semasa membayar tol tersebut, aku pun bertanyakan arah pada makcik tol tersebut. Nasib baik mak cik. Kalau makwe, mahu hilang ranggi aku hari ini.
"Dah terlepaslah dik." Jawab mak cik itu ringkas.
Aku pun berlakon mengerutkan dahi. Aku tunggu dalam sesaat dua lagi. Manalah tahu mak cik ni nak beritahu arah. Tapi muka mak cik itu tetap maintain statik. Tengah tahan gelak aku rasa. Aku terdetik ingin bertanyakan arah. Tapi setelah aku lihat cermin belakangku, muka brader kereta di belakang dah bertambah bengis. Takut kena hentak sampai tak boleh telan nasi, aku pun menekan deras pedal minyak dan beredar dari situ. Sedikit terkilan dengan perangai orang Asia masakini. Ah, aku pun begitu juga.
Selang beberapa meter keluar dari tol, member aku memberitahu bahawa ibunya ingin menukar lokasi drop-off. Lokasi seterusnya ialah Damansara. Rasa macam main Explorace pula.
"Oh, Damansara. Apa? Damansara??!!" Ujar aku penuh rasa kelat di hati.
"Boleh ke?" Tanya member aku penuh risau.
Demi tidak menghampakan member aku, aku mengiyakan saja. Cermin tingkap dibuka. Aku lantas terkumit2 menyeluk saku seluar aku megeluarkan sekotak rokok beserta lighter. Aku pun mencucuh api rokok. Masih lagi cuba kelihatan ranggi walaupun hati penuh cemas. Ah, bukan susah sangat jalan KL. Tengok signboard saja. Oleh kerana buta arah, barangkali hampir tiga empat tol puaka perlu aku rempuhi. Habis kering wang member aku disonglap dek tol puaka.
Sebelum tiba ke O.U, aku mencari stesen pam minyak berdekatan untuk menambah bahan bakar keretaku. Setelah tiba, aku mengeluarkan wallet aku untuk membayar di kaunter. Setelah menyelak wallet, baru aku perasan, selain daripada habuk, cuma dua notes warna biru yang tinggal. Celaka!
Sekali lagi aku berlakon. Kali ini menggaru kepala seperti terlupa ambil barang yang tertinggal di kereta. Aku dengan muka sekupang cuba 'memeras ugut' member aku buat kali yang penghabisan. Member aku yang aku tahu sudah kering pun terpaksa mencucuk di ATM. Rupa-rupanya dia pun sedang dalam krisis ekonomi seperti aku juga. Bezanya, dia kaya RM10 dari aku.
Selepas mengisi minyak, member aku mencadangkan supaya aku turut menunggu ibunya di O.U. Nanti bolehlah ibunya beri aku duit tol. Alamak, aku cuma berseluar pendek dan berbaju bundle. Segan rasanya nak melepak di kompleks membeli belah berpakaian begini. Tak ramai pula makwe-makwe yang dressing hebat-hebat di sana. Kalau aku berseluar jeans koyak itu lain lah cerita. Baru lah rasa rock itu ada.
Lalu aku pun menolak pelawaan member aku. Malas nak menyusahkan ibunya setelah aku menyusahkan mereka dengan kebutaan arah aku ini. Buat malu saja.
Setelah menghantar member aku ke O.U, aku pun beredar beberapa ratus meter dan parking di bahu jalan. Cuba memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik ringkas yang rumit ini. Puas mencongak serta menampal-nampal cebisan peta di kepala, aku pun mengambil keputusan untuk menghubungi Encik Botak di Greenwood. Member aku yang paling hampir di tempat kejadian.
Aku pun terus menelefon Botak.
"Hahaha.. Mangkuk! Macamana la ko ni. Takpe, ko datang jumpa aku kat Batu Caves. Ikut tol LDP tu ko straight jer ikut signboard Kuantan. Nanti ko nampak patung besar tu ko straight lagi naik flyover........" Ayat seterus Botak menjadi semakin samar difikiran.
Aku memang sangat-sangat tak boleh digest arah lebih dari 3 kali belok. Otak aku cepat buntu.
"Hah? Masuk LDP? Berapa hinggit sial dia punya tol?"
"Singgit nam jer bro."
Lega aku masih ada RM2 lagi. Aku pun terus ke destinasi seterusnya. Batu Caves. Setibanya di Batu Caves, sekali lagi aku cemas. Bersusun-susun kereta. Macam sarkas. Tapi aku cuba maintain cool dengan menstabilkan kelajuan paras konfiden. Aku tak mahu menyulitkan keadaan lagi. Lalu aku berhenti betul-betul depan sebuah pusat penerangan. Seberangnya Sekolah Tamil.
Aku berhenti.
Keluar kereta dengan muka samseng sambil menyalakan rokok. Aku bersandar pada kereta. Kaki disilang untuk markah ranggi. Lantas aku slide telefon bimbitku penuh gaya. Bertanyakan Botak arah buat bahagian yang kedua. Puas Botak explain tapi aku tetap bengap. Jiwa kacau memang dah tak boleh nak digest apa-apa. Lantas disuruhnya aku mencari Petronas berdekatan dan tunggu dia di situ. Aku redah selamba.
Aku tunggu botak di Petronas. Janggut sudah panjang seinci baru nampak kelibat Botak dengan BMW nya. Grand sangat gaya kau jemput aku ni Botak. Bisikku sendirian.
"Aper cerrr broooo???" Sapa Botak penuh sarkastik.
Maka, Botak pun memberi aku RM30 untuk membeli bahan bakar kereta. Dia pulang ke rumah dulu untuk menghantar pulang BMW tersebut. Dan kami pun bergegas ke NZ untuk sesi melepak part one. Kemudian ke uptown Danau Kota pula untuk melepak part two kerana ingin berjumpa member seorang lagi yang baru bertunang. Sebelum pulang Botak memberi aku extra RM30 sambil memberitahu polisi-polisi bunga yang dia kenakan jika aku lewat membayar. Aku layankan saja lawak Along Bukit Beruntung nya. Orang dah tolong tak kan pula aku nak berseloroh lebih-lebih.
Kemudian aku pulang dengan penuh rasa selamat sambil membuka tingkap dan menghisap rokok untuk markah ranggi tambahan pada hari ini. Selamat kembali ke rumah dalam jam 2 pagi. Aku mandi dan terus hanyut diulit mimpi. Selamat Malam Dunia!

"Assalamualaikum. Ko kat mane bro?" Ujar aku separa sopan.
"Wa'alaikummusalam. Aku kat KL la beb. Apsal?" Tanya Botak kehairanan.
"Aku sebenarnya tengah sesat ni. Duit pun terkandas. Ko ade cash tak bro?"

"Hehehe... " Aku cuma mampu sengih saja. Tak mampu nak membalas sarkastiknya dengan lawak sarkas aku.
Maka, Botak pun memberi aku RM30 untuk membeli bahan bakar kereta. Dia pulang ke rumah dulu untuk menghantar pulang BMW tersebut. Dan kami pun bergegas ke NZ untuk sesi melepak part one. Kemudian ke uptown Danau Kota pula untuk melepak part two kerana ingin berjumpa member seorang lagi yang baru bertunang. Sebelum pulang Botak memberi aku extra RM30 sambil memberitahu polisi-polisi bunga yang dia kenakan jika aku lewat membayar. Aku layankan saja lawak Along Bukit Beruntung nya. Orang dah tolong tak kan pula aku nak berseloroh lebih-lebih.
Kemudian aku pulang dengan penuh rasa selamat sambil membuka tingkap dan menghisap rokok untuk markah ranggi tambahan pada hari ini. Selamat kembali ke rumah dalam jam 2 pagi. Aku mandi dan terus hanyut diulit mimpi. Selamat Malam Dunia!
"Macam haram panjang punya post. Krem jari jemari aku." - Aku Yang Ranggi lagi Buta Arah.
khkhk...
ReplyDeletesian la lu bro...
khkhkh....
Hahaha..
ReplyDeleteBiase lah, nak hidop...