Monday, February 20, 2012

Entah.

Gua yang semakin tak rock.

Cinta.
Hati siapa tak mahu rasa cinta. Banyak liku-liku yang terpaksa dilalui untuk mengenal hati budi seseorang. Berapa lama kau dah bersedia untuk serius, si dia pula yang tidak bersedia. Apa yang difikirkan aku pun tak tahu. Masih fikir untuk berseronok lagi kah? Masih dibuai rasa takut kisah silam kah? Sukar hendak membuat pilihan kah?

Hati perempuan. Lelaki mana yang master bab-bab ni? Hati kena kering ke? Kalau hati tak kering macamana? Aku mengaku hati aku memang tak kering. Susah sial nak kering hati kepala kau suka fikir macam-macam. Sial.

Kata sayang, kata rindu. Tapi gaya tak serupa yang dikatakan pun. Okay, mungkin lah pernah berkorban sekali dua untuk aku, tapi kalau tengok perangai tu kadang-kadang, rasa tak berkenan saja. Bila ditegur mula tarik muka. Nak cakap gua tak kisah, gua kisah la juga.

Banyak benda yang gua kisah sebenarnya. Bila si dia ucap, kata boleh terima baik buruk dia. Kalau ada benda dia buat kita tak berkenan, takkan tegur pun salah? Bila gua dah buat gaya sayang, gaya ambil berat mula la naik kepala. Perempuan, gua betul-betul tak mengerti. Gua sayang dan cinta sepenuh hati tak cukup lagi kah?

Patutkah aku tinggalkan dia? Patut kah? Dia nampak tak kisah langsung. Kisah kah dia? Aku rasa nak mencarut kalau begini akhirnya, "Awak tak tahu betapa saya cintakan awak sebenarnya. Tapi awak yang buta tak nampak cinta saya. Kalau lah awak sanggup tunggu saya." Tak boleh blah gua. Kalau situasi di mana gua melepas makan asap pula bunyi begini, " Maafkan saya kerana tidak dapat membahagiakan awak, walau macamana pun, saya tetap sayang awak sampai bila-bila." Perghh, kalau gua dapat ayat macam tu habis semua meja yang gua jumpa gua rasa nak terbalikkan.

Entah la.

Kadang-kadang gua rasa fedup bercinta ni. Kadang-kadang gua rasa lemah. Belum pernah lagi gua rasa kuat setakat ni. Cibai. Apasal lemah sangat gua ni bila masuk bab bercinta?

Macam ni lah plan gua. Andai dia baca sekali pun post gua pun gua tak kisah. Apa ya plan gua? Gua takda plan....

Selamat malam.