Gua dah rimas rambut pendek. Gua nak simpan balik rambut panjang bagi orang lain pula rimas. Gua sorang saja rimas mana boleh. Dari teori ilmu alam gua, gua rasa dalam nak dekat raya nanti rambut gua panjang balik. Dan gua tau makcik - makcik gua, sepupu sepapat gua semua rimas tengok gua masa raya. Hahaha. Memang gua suka orang rimas tengok gua.
Bela rambut balik ye. Orang perak cakap 'bela' ni maksud dia repair. Uncle Seekers kata 'bela' ni memiliki. Gua kata 'bela' ni biarkan saja. Setahun sekali lah gua pakai hair conditioner. Tengok mood metroseksual gua. Jantan tipikal biasa lah.
Gua dah sebulan merancang nak pergi tampal kasut gua. Tapak dah terkoyak. Dan juga dah sampai masa untuk aku potong kaki seluar. First time pakai seluar mahal bhai. sayang nak potong. Tapi dah genap dua tahun aku pakai seluar ni. Aku rasa dah sampai masa nak kena potong kaki seluar dia. hari-hari sapu jalanraya. Balik rumah mesti bawa balik batu dua tiga biji punya dekat kaki seluar. Konfem.
Dalam masa sebulan gua rancang nak buat dua benda tu, sudah nya mesti gua tak jadi buat. Macam macam alasan emosi yang tak diterima akal orang lain. Atau dalam bahasa saintifiknya, malas! Cakap orang suruh rajin memang senang, bila dah kena batang hidung sendiri benda simple macam ni pun tak boleh buat. Drive 10 minit pergi Warta pun payah. Jumlah masa berurusan dalam satu jam saja, jawab periksa satu paper 3 jam straight sampai kebas punggung berasap kepala boleh pula.
Bercakap pasal jawab periksa ni pula. Gua akan rasa high saja tiap kali keluar dewan periksa. Hembusan rokok paling best dan rare adalah selepas jawab periksa. Lagi-lagi kalau langit cerah awan berarak, mentari menyinar. Rasa macam baru lepas perang. Rasa hero tak terkata. Kalau masa tu rambut panjang, kena pula tiupan angin, memang rasa superhero plus plus. Hahaha...
Tadi gua belek gambar-gambar. Ada satu caption tulis 'young and hopeless'. Gua rasa gua pegang title tu sekarang. Gua betul-betul tak nampak mana hala tuju gua sekarang. Kerja apa gua nak buat? Kereta apa gua nak pakai? Rumah mana gua nak beli? Dan yang penting sekali, tulang rusuk mana yang padan sama gua?
Tulang rusuk. Gua rasa gua pernah ada conversation ilmiah pasal ni masa first year gua dekat MMU. Macam mana yang lelaki kekurangan satu tulang rusuk yang perlu diberi kepada perempuan. Asal nya rasa macam tu lah lebih kurang cerita dia dan entah macam mana gua yang sangat naif masa tu boleh suggest yang teman hidup kita, itu lah tulang rusuk yang kita hilang selama ni. Dan tak semena mena member gua dapat idea pick up line baru.
Dia pernah gua atau tidak pick up line tu aku tak tau. Tapi yang pasti gua tak pernah guna. Dan gua ada perasan lagu drama cerita melayu petang Maghrib ada sebut tulang rusuk. Gua tak dapat tangkap ayat dia. Pasal dia nyanyi laju dan gua malas nak ambil port secara serius. Cuma setiap kali gua dengar, detik berseloroh beberapa tahun yang lepas buat gua jauh termenung. Saat paling gembira dan bebas dalam hidup gua.
Sampai bila nak jadi 'young and hopeless'? Sampai jadi 'old and hopeless' kah? Tidak. Gua rasa tempoh 'young and hopeless' gua akan berakhir tahun ni. Itu hari gua balik solat jumaat, sedang gua leka jalan menonong, datang sorang mamat jalan seiring dengan gua. Elok saja gua nak kasi flying kick secara kasar, rupa-rupanya mamat ni pernah kelas sama gua.
"Eh? Dah kerja ke? Kerja mana? Sony?"
Tunggang langgang jadi soalan gua. Tak sengaja ter-retorikal. Dah terang-terang dia pakai vest Sony. Dia bilang dia tengah intra. Hati gua jauh menusuk yang dia macam segan saja kalau kerja tetap sekali pun di Sony. Tapi memang gua dah tahu dia intra. Gua saja buat spekulasi busuk. Hahaha... Gua tanya lagi soalan retorikal.
"Amacam paper last sem? Okay?"
Mamat tu tergelak. Muka happy lahanat. Memang gua nampak lah kebebasan di raut wajahnya. Gua memang pandai baca orang. Itu lah cikgu gua cakap dulu, orang Amerika suka baca buku, orang kita suka baca orang. Gua memang orang kita yang sejati.
Pernah tengok 'Up in the air'? Ada sekali George Clooney cakap, Kenapa budak-budak suka pada atlet? Pasal dia orang kejar cita-cita dia orang. Bullshit! siapa yang tulis skrip tu? Gua tak pernah admire mana-mana atlet langsung. Ada sekali gua pernah admire Hakuto dan Minami. Gua nak join special forces tentang raksasa ganas. Dengan harapan gua akan dipilih sebagai the next Ultraman. Lepas gua tau raksasa memang tak wujud dekat jepun, gua dah tak pernah admire siapa-siapa.
Cakap pasal cerita tu, Lu orang cuba tengok kerjaya George Clooney. Gua rasa kerjaya macam brader tu memang cool sampai lah satu masa yang minah Twilight ni decide to go 'Glocal'. Apa neraka? merampus lah brader Clooney, gua sendiri tengok pun palat. Ada pula nak fire orang guna video conference. Gua palat bukan nya nak cerita kesan psikologikal nya fire orang guna cara tu, Tapi sebab privilege untuk travel on air secara percuma kena tarik! Shit! siapa tak bengang!
Secara jujurnya apa yang minah twilight tu cakap, yang guys have to piss everywhere to mark their spot like dogs was anotherr bullshit. Memang brader Clooney tu cakap dia nak kejar milage on air tu. Tapi gua rasa tak semestinya sebab tu, dia nak benda tu jadi memori kebebasan dia. Ish, gua rasa gua paham lu la brader Clooney.
Okay, esok gua nak pergi tampal kasut dan jahit seluar. Tapi seluar gua tak basuh lagi. Damn.