Sejak aku lahir ke dunia, dari saat aku melepaskan genggaman tangan aku, aku sudah mula bersedia sahut cabaran dunia. Bibit audio pertama yang diluahkan, tapak tatih yang dilangkah, bukannya ciri seorang manusia yang gagal. Makan, tidur, makan, tidur sampailah aku mula punya keinginan sendiri. Tak langsung mencerminkan evolusi yang tak sempurna.
Muda.
Kenapa aku selalu tak bertenaga. Kenapa hati aku tak pernah tenang. Aku tak pernah gembira. Ketawa aku spastik. Nada 'haha' dari hujung bibir aku tak pernah sampai ke telinga sendiri. Tak kira berapa kuat aku ketawa, aku masih tak dengar bunyinya. Samar pun tidak.
Muda.
Aku tak faham. Apa aku lakukan selama ini ikhlas atau tidak. Tak kira apa pun. Aku tak rasa aku ikhlas. Plastik. Aku sentiasa ada niat tersembunyi. Orang tak tahu, aku penuh berahsia. Itu sebabnya aku pilih untuk tidak bersuara. Tak cukup ikhlas.
Muda.
Penumbuk aku masih teruna. Dan aku harap dia akan terus teruna sampai hari aku berhenti bernafas. Aku tak dapat kawal marah aku. Bukan marah pada sesiapa, marah pada diri sendiri. Marah yang berselubung di jiwa buat aku tak kenal siapa aku sebenarnya lagi.
Muda.
Berurusan dengan manusia lebih menyeramkan dari berurusan dengan hantu. Aku selalu persetankan ideologi orang lain. Mungkin kerana itu aku lahirnya rasa takut dalam hati. Walaupun jauh beribu batu aku lari, hati aku tetap tak tenang.
Muda.
Banyak benda nak dipersoalkan. Kenapa hujan turun? Kenapa burung dapat terbang? Kenapa Oksigen perlu untuk pembakaran lengkap? Kenapa Voltan berkadar songsang dengan rintangan? Kenapa perlu ada rasa cinta? Kenapa tidak boleh hidup berseorangan? Kenapa perlu bernafas? Aku lemas sendirian.
Muda.
Tahukah kamu, dari struktur otak manusia saja kita boleh selesaikan pelbagai masalah di dunia? Artificial Neural Network contoh terdekat. Aku kagum. Lagi banyak aku tahu lagi banyak aku berfikir. Walaupun aku bukanlah dari bidang psikologi, cuma garapan sendiri dari ilmu kejuruteraan, cukup buat aku gementar. Tahukah kamu macamana nak tukar bateri kereta?
Muda.
Aku ingat aku ini simple minded, nampaknya aku hanya bermimpi di siang hari. Aku cuma bersembunyi tutup mata, tutup telinga. Kemas mana pun aku tutup, anak mata tetap melirik, gegendang tetap mencari frekuensi. Tapi apakan daya, tangan aku lumpuh. Tak, aku memang sengaja buat-buat lumpuh. Celaka.
'Ignorance is Bliss' kepala lutut abah kau!