Showing posts with label Bedtime Stories. Show all posts
Showing posts with label Bedtime Stories. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Entah.

Gua yang semakin tak rock.

Cinta.
Hati siapa tak mahu rasa cinta. Banyak liku-liku yang terpaksa dilalui untuk mengenal hati budi seseorang. Berapa lama kau dah bersedia untuk serius, si dia pula yang tidak bersedia. Apa yang difikirkan aku pun tak tahu. Masih fikir untuk berseronok lagi kah? Masih dibuai rasa takut kisah silam kah? Sukar hendak membuat pilihan kah?

Hati perempuan. Lelaki mana yang master bab-bab ni? Hati kena kering ke? Kalau hati tak kering macamana? Aku mengaku hati aku memang tak kering. Susah sial nak kering hati kepala kau suka fikir macam-macam. Sial.

Kata sayang, kata rindu. Tapi gaya tak serupa yang dikatakan pun. Okay, mungkin lah pernah berkorban sekali dua untuk aku, tapi kalau tengok perangai tu kadang-kadang, rasa tak berkenan saja. Bila ditegur mula tarik muka. Nak cakap gua tak kisah, gua kisah la juga.

Banyak benda yang gua kisah sebenarnya. Bila si dia ucap, kata boleh terima baik buruk dia. Kalau ada benda dia buat kita tak berkenan, takkan tegur pun salah? Bila gua dah buat gaya sayang, gaya ambil berat mula la naik kepala. Perempuan, gua betul-betul tak mengerti. Gua sayang dan cinta sepenuh hati tak cukup lagi kah?

Patutkah aku tinggalkan dia? Patut kah? Dia nampak tak kisah langsung. Kisah kah dia? Aku rasa nak mencarut kalau begini akhirnya, "Awak tak tahu betapa saya cintakan awak sebenarnya. Tapi awak yang buta tak nampak cinta saya. Kalau lah awak sanggup tunggu saya." Tak boleh blah gua. Kalau situasi di mana gua melepas makan asap pula bunyi begini, " Maafkan saya kerana tidak dapat membahagiakan awak, walau macamana pun, saya tetap sayang awak sampai bila-bila." Perghh, kalau gua dapat ayat macam tu habis semua meja yang gua jumpa gua rasa nak terbalikkan.

Entah la.

Kadang-kadang gua rasa fedup bercinta ni. Kadang-kadang gua rasa lemah. Belum pernah lagi gua rasa kuat setakat ni. Cibai. Apasal lemah sangat gua ni bila masuk bab bercinta?

Macam ni lah plan gua. Andai dia baca sekali pun post gua pun gua tak kisah. Apa ya plan gua? Gua takda plan....

Selamat malam.

Monday, November 7, 2011

Others life beside yours.

You know, to get involve in someone else life is kind of a big deal. Once you get to know someone, you will tend to get close to them, get to know people around them, and of course, you will also get to know their personality. Once you're attach to them, it is kind of hard to let them be by themselves. I dont know where this sense of attachment came from. And it's killing me now. You just cant forget someone easily.

I know, I know very well that I'm going into the depth of hell when I started to get to know her. I know well of the consequences. But still I'm willing to jump into the fire. Burning myself night in, night out. It has been quite a while and honestly I never got tired of her. I know that I foolishly give all my heart to her. But then she seems to have issues with relationship. And for the first time of my life, I felt heart broken. No matter how though a guy is, they always shed a tears for the one that they love.

I know it is hard for her to make a decision. Every single I told myself not to push her for an answer. But I always couldn't help myself. I always find a way to go deep into her heart in hope that I could found her majestic heart. But it seems her heart is full of unfamiliar thorn that pretty much scarred her mind. Paranoid and trauma of past experience made her unwilling to accept me. Or is it me that she is unsatisfied with? It is a single puzzle that I can't solve.

Her behavior towards me, It seems all positive. She even carry along the only present that I gave her. You know, someone couldn't bother to bring them everywhere if they doesn't love you. But the 'best friends' status really hurt my feelings. Everyday I act all positive and casual in front of her. But in fact, I'm afraid of losing her.

It has come to my attention that she still seeking for the best person to make her life partner. And at this point, the uneasiness is chopping my heart like crazy. Am in the KIV status? what is she waiting for? It has been month you know. Although she had explain her current difficult status which I choose to believe, still I'm unsatisfied with her answer.

Crying because of me, always replied my texting, bring anywhere my present for her. What is she thinking exactly? I know she doesn't chase after me. Even when she said 'rindu' or 'sayang', I always felt she not saying that with all her heart.

What boggles my mind the most, is when she said I'm the one that understand her the most. It almost made me cried just to hear it. I swear a lot in my mind at that time. What exactly does she meant? And she always said that if only she had been given the chance to get to know me well or being serious with each other, she will wholeheartedly agreed to it.. I know very well that she had commitment issues.

Being with her is really fun. I always feel happy when we both go out together. But the fact that she hate commitment really breaks my heart. I always want to give up. But I just don't have the heart to do it. For the first time in my life, I dare to get close to the girl I love and this is how it turns to be. The world is damn unfair. Full of drama.

Saturday, January 29, 2011

Esok OT bhai.

Esok gua OT. Bangla cuti pergi joli pun apa gua kisah.

Minggu ni selesa sikit la gua bekerja. Bos gua pun angin baik. Entah macam mana jadi kamcing gua tak tau tapi apa yang gua tau, kerja mesti kasi ikhlas, tugas disuruh jangan lupa buat. Gua rasa dah macam pekerja contoh bila asyik kena puji. Riang juga lah ulu hati bila kena puji.

Sebenarnya, gua hari-hari pasang taktik. Gua tau gua bukan kaki ampu mulut. Canang sana sini. Gua nak buka cerita pun tak reti. Apa yang gua buat?

1) Muka tekun, muka senyum.

Mimik muka kena praktis. Tapi sebab gua jenis tak banyak cakap, gua memang ada bakat natural buat mimik muka. Masa kerja, gua buat muka tekun. Kalau tak boleh buat, gua panggil member gua. Tak boleh juga gua panggil bos. Tapi tu kena usha line dulu lah. Jangan main redah tanya saja.

Bila orang lain melawak. Kalau gua rasa lawak dia basi, gua senyum saja. Tak pun keh keh hujung tekak. Bila orang gua tak suka buat jelingan merenyam, gua buat tak nampak. Pergi mampus sama lu. Kalau lawa tak apa la der. Ini.... ah, malas gua cerita. Bukan masalah gua memilih lawa ke tidak, ni masalah lu dah tua bhai. Nak cari anak ikan agak-agak lah. Gua rock der. Penting maruah dari wang ringgit. Tak senonoh sungguh.

2) Kalau tak ada kerja, buat-buat ada kerja.

Bukan soal lu nak kipas bos ke apa. Ini soal lu nak jaga hubungan lu dengan bos lu je. Gua tak suka cari musuh. Tapi kalau gua betul, memang gua tegakkan kebenaran gua. Nak takut apa kalau lu betul? Janji lu buat kerja ikhlas, semua tak ada masalah bagi gua.

3) Kalau salah otak mau cepat cover line.

Kalau gua terbuat salah, gua akan cari reason untuk cover line. Kalau bos tak nampak, gua betulkan seberapa segera. Kalau kantoi, gua buat muka seposen. Kalau kena marah jangan melawan dan angguk saja. Paling kurang pun gua moral down sampai balik saja.

4) Elak dari bertembung dengan upper boss.

Upper Boss ni kadang-kadang suka up budak-budak praktikal walaupun benda kecil. Ada sekali gua kena puji dengan upper boss, boss gua dan senior yang lain terpaksa tepuk tangan pada gua. Member gua yang susah payah tunduk bawah conveyor sampai baju kotor pun tak kena puji. Tugas gua catat readings dan report abnormalities pada boss. Gua rasa gua kena puji sebab gua speaking der. Gua kalau cemas kena present, memang gua lupa cakap melayu. Bukan gua nak buat lawak Sharifah Amani, tapi sebab gua dah kebas kena present speaking english masa dekat U dulu. Tapi serius gua rasa lain macam hari tu. Sejak kes hari tu, Gua seboleh-boleh nak elak dari bercakap dengan upper boss gua.

5) Jangan rehat selagi boss tak rehat.

Gua bukan kisah sangat nak pergi kantin rehat der. Member-member gua je suka pressure gua ajak rehat. Ikutkan satu hari tak jejak kantin pun tak kisah. Asal gua dapat smoke dan bantai air watercooler sesuka hati gua dah cukup. Lepas gua settle satu kerja saja, gua akan keluar senyap-senyap hisap rokok. Gua tak ajak member pun. Time kerja gua suka buat perangai solo. Itu yang member gua kadang-kadang terasa hati sama gua. Tapi gua kalau time kerja, kalau boleh gua nak space gua sendiri. Kalau masa nak hisap rokok pun kalau boleh gua tak mau berbual pasal dalam kepala otak gua akan sibuk rangkul strategi seterusnya.



Sial! Dah pukul satu. Gua nak baring sambil berangan kejap.

Tuesday, January 25, 2011

The Last Chapter.

Dah lama gua tak update blog gua ni. Asyik sibuk sama duniawi, siberwi gua dah tak layan mana. Kadang ada teringin mau update. Ye lah, biar pun rage penuh di dada, tapi bila balik kerja, penat, malas rasa nak perangat kepala. Hari-hari duduk simpan dalam dada.

Ni la pengalaman first gua kerja. Sebelum ni kerja McD tak kira. Gua kerja sebulan, gua rasa tak boleh pergi, gua chow je. Kerja ni ada betul sikit landasannya. Tapi kali ni, rock ke tak rock, gua tadah jer. tak boleh nak ikut kepala gua suka-suka nak chow. Praktikal bhai.

Hari ni gua MC. bangun tidur terus gerak klinik ambil MC. Time belajar dulu, bangun je buka facebook, stalk manusia lebih kurang, text member ajak minum. Sekarang dah tak macam dulu. Memang kuat lah terkenang-kenang zaman dulu sekarang ni. Kumat kamit sorang-sorang pun selalu. Dah macam orang tak waras.

Gua tak tahu lah macamana gua nak nilai praktikal gua ni. Apa bagus nya gua tak tahu. Yang gua tahu, gua kena buat benda sama tiap-tiap pagi. Lepas tu troubleshoot mana boleh sana sini. Paling gua sakit sekarang, nak fikir projek. Hangus kepala gua cari idea.

Mula-mula dulu semangat lah. Sekarang dah suam-suam kuku. Ada idea tu ada lah sikit. Tapi kepala gua fikir, idea gua sampah. Tu belum orang lain fikir lagi tu. Konfem taraf najis. Gua ingat nak settle kan proposal projek gua hari ni, tapi bangun pun dah tengahari, ambil MC, cari barang keperluan, lepak minum, tengok drama Melayu, layan facebook, makan nasi, dah masuk malam. Update blog pula tu.

Fedap betul nak kerja esok. Redah saja lah gua fikir. Gua tak ada pun tak ada siapa nak hirau. Maybe umpat gua lebih kurang, lepas tu sambung kerja balik. Ni gua berbelah bahagi. Nak ke tak nak buat proposal ni. Karang kalau terbelah dua proposal ni terjun masuk tong sampah, menyirap pula rasa. Dilema betul.

Kaki gua pula, dah tak rupa kaki orang dah. Kalau nak kata gedabak tu memang dah biasa. Tapi sekarang dah terkupas sana sini. Hari-hari sarung boot ketat. Kental betul kaki gua. Tapi hati gua je tak kental. Tak berapa nak kering. Taman sangat. Dah macam wonderland. Kena kutuk sikit je dah berdesing gegendang telinga gua. Ingat gua ni bodoh alang kelabu asap ke apa?

Orang kata, lumrah lah semua tu. Tapi entah lah. Gua rasa macam celaka jugak la sistem macam tu. Tak adil. Tekanan emosi. Rasa nak buat revolusi tempat kerja pula. Minda orang tua sekarang tak boleh pakai. Tapi akhirnya, kata-kata orang tua juga yang betul. Itu yang gua tak gemar bila dah terkena batang hidung sendiri.

Dah. Gua nak tidur.

Thursday, August 19, 2010

Mimpi.

3.20 am.

Gua terjaga dari tidur. Macam biasa, kalau mimpi BPR, gua akan duduk termenung sambil hisap rokok.

Mimpi kali ni agak aneh, pelik, teruk dan gua tak tahu apa connection nya. Ya, gua suka buat tanggapan sendiri terhadap mimpi walaupun gua tahu semuanya hanya permainan tidur. Ceritanya begini;

Situasi berlaku di kawasan rumah lama di Danau Kota. Keadaannya sama seperti gua tinggalkan dulu. Tiada kacau bilau, tiada hiruk pikuk. Gua tak pasti umur gua berapa kerana saiz badan gua kerap bertukar.

Dan BPR gua dan sorang lagi makwe pun enterframe. Naik kereta kebal. Besar bagak tinggi rumah. Perasaan gua: gua rasa macam kawan lama masa kecik. Orang lain sekeliling macam tak ambil pusing pasal dua budak perempuan datang bawa kereta kebal. Cukup Inception.

Gua pun datang tegur dua budak perempuan tu. Dan macam gua cakap tadi, saiz badan gua dan mereka turut berubah. Dah tak budak dah. Saiz badan gua katang macam Brad Pitt. Ni gua tipu. Gua pun berbual dengan makwe sorang lagi. Dialog gua dah lupa. BPR tengah sibuk setting kereta kebal dekat atas.

Entah macam mana gua boleh follow makwe ni balik rumah. BPR pula menyusul kemudian. Gua macam tak ambil pusing lagi pasal BPR. Situasi membawa gua ke lorong perumahan. Makwe tu ajak gua lalu jalan belakang. Gua insist lalu jalan depan pasal jalan belakang rumah penuh kotor dengan macam-macam objek yang gua tak nak cerita. Gore waktu siang yang biasa.

Makwe tu berkeras nak ikut jalan belakang. Gua turutkan saja. Dan gua pun follow makwe tu menempuh jalan-jalan yang sukar. Sampai masuk satu rumah terbiar dan ikut dia panjat dalam loteng atap rumah. Sekali lagi fizikal badan gua berubah. Entah macam mana gua boleh muat masuk loteng gua pun tak tahu. Mungkin gua ada bakat jadi arkitek Inception. Lepas ni gua apply dekat JobSreet.

Panjat punya panjat, gua pun sampai dekat rumah makwe tu. Rumah family dia. FYI, kawasan rumah kat Danau Kota tu kawasan rumah teres. Jadi sebagai arkitek mimpi, gua automatik boleh ejas yang loteng atap rumah tu ada connection sepanjang teresnya.

Makwe tu bilang sama gua suruh gua duduk senyap-senyap. Nanti nenek dia nampak, nenek dia bising. Dia pun keluar dari bilik dan lupa tutup pintu. Gua biarkan saja pintu terbuka. Entah macam mana adik perempuan gua pun ada dalam bilik tu. Sambil tengok cermin, adik gua cakap tu member dia. Langsung tak ada sebarang respon negatif yang gua dah masuk rumah orang secara haram dan tambahan pula bilik perempuan. Perasaan gua: biasa-biasa saja.

Entah macam mana situasi gua bertukar lagi. Saiz badan normal, gua sedang pakai kain pelikat tanpa pakai baju dan sedang pegang gitar. Dan yang paling aneh gua boleh strumming gitar tu dengan baik. Lagaknya seperti John Mayer. Perasaan gua: Oh, elok pula tuning gitar ni.

Sedang leka strumming, nenek makwe tu lintas depan bilik. Muka dia antara perasan tak perasan saja gua di situ. Dia lintas, masuk bilik sebelah dan terus keluar balik sambil pegang pisau dan daun pandan. Apa kes ambil daun pandan dekat dalam bilik tingkat dua? Gua rasa gua memang arkitek Inception yang artistik. Heh.

Lepas saja nenek tu turun ke bawah, gua dapat dengar suara nenek tu membebel. Membebel pada makwe tu dan ibunya gua rasa. Bunyi macam marah pasal ada budak lelaki dalam bilik. Gua la tu. Hati gua jadi tak tenang. Rasa bersalah. Adik gua masih lagi tenang tengok cermin.

Mana pergi BPR gua?

Tuesday, July 27, 2010

Merah.

Gua sedang leka kunyah cucur di satu sudut kedai. Gua konfius dengan cucur yang gua beli dari pasar malam tadi. Adakah ini cucur badak, cucur udang, atau semata-mata cucur kodok sahaja. Sedang leka mendeduksi makanan sendiri, datang seorang lelaki misteri duduk semeja di sudut gelap. Gua samar-samar akan wajahnya.

"Aku tahu kau ada masalah." Bilang lelaki misteri.

"Siapa yang tak ada." Jawab gua spontan.

Lelaki misteri tersebut capai kotak Winston gua. Dia dirikan kotak tersebut. Kemudian dia dirikan pula lighter cricket gua. Hati gua tersentak. Tapi gua masih belum cemas. Gua fikir lelaki ini buta tuli menembak.

"Merah." Lelaki misteri senyum sinis.

"Shit." Gua dah tak dapat sembunyi cemas gua.

Lelaki misteri tersebut menghulurkan sepucuk Colt .45. Sial.

"Nah, jalan penyelesaian. Hapuskan memori kau." Lelaki misteri semakin serius.

Hati gua dari berdebar bertukar jadi marah.

"Kau tak ada hak nak campur urusan aku. Memori ini aku tak akan hapuskan." Balas gua tegas.

"Kenapa tidak? Kau nak kekal sebagai lelaki gagal sampai bila?"

"Aku tahu aku gagal, aku bacul. Tapi aku tak mahu hapuskan memori ini."

BAMMM!!

Lelaki misteri menghempas tangannya di meja. Mata aku terpaku pada jam tangan nya. Jam retak berjenama Milane. Aku semakin gusar.

"Kau mesti hapuskan! Atau hati kau tak akan terbuka sampai bila-bila!" Jerkah lelaki misteri seraya mengeluarkan kepala nya dari bayang.

"A...a.. aku?" Terperanjat beruk aku, hampir terjatuh dari kerusi sendiri.

"Ya, aku adalah kau. Alter-ego kau sendiri." Jawab lelaki misteri sambil menyalakan rokok Winston aku.

Tangan aku menggeletar mencapai pistol di atas meja. Aku off kan safety nya. Jari telunjuk bersedia pada picu. Muncung pistol dihala pada kepala sendiri.

"Ini yang kau mahukan bukan?!! Lupakan segalanya?! Bunuh diri??!!" Mata gua berair.

"Yaaa. Dan supaya kau tak mati tertanya-tanya, aku akan beritahu kau satu lagi perkara."

"APAAA???"

"Ini cucur badak." Jawab lelaki misteri sambil menyuap cucur ke mulut sendiri.

FUCK. Hati gua tersentap. Marah. Sangat marah. Pantas gua hala pistol pada lelaki misteri dan tanpa fikir dua kali.........

POOOOWWW!!!!!

Gua tiup kepala pistol seraya berkata,

"Daging badak jual kat pasar gelap, bukan pasar malam."

"Bodoh."


"Dream. Send me a sign. Turn back the clock. Give me some time. I need to break out." -Ryan Star, Brand New Day.

Wednesday, February 17, 2010

Sakit Perut.

Gua lepak sama member lepas test itu hari. Lama tak lepak minum. Hari-hari pun duduk mengadap nota. Tak juga pandai. Gua dan member gua masing-masing tarik nafas lega. Satu azab dah lepas walaupun keputusannya langsung tidak memberansangkan. Leka bersembang kosong, tak sedar jam sudah masuk dua pagi. Masing-masing beransur dengan alasan sakit perut. Gua pun sama. Mula-mula rasa sakit dia sedang-sedang, dah masuk kereta baru rasa pulasan nya membara. Lantas gua pun terus perasan gua ni Takumi Fujiwara, raja bukit Akina.

Tahun 1997.

Kalau lu sendiri yang bawa kereta, lu boleh bajet tahap sesak lu macam mana. Apa jadi kalau lu naik bas sekolah? Gua ada satu prinsip yang gua tanam sejak dari bangku sekolah dulu. Gua tak akan melepas hajat di tandas awam, lagi-lagi tandas sekolah. Gua rasa bukan gua sorang saja ada prinsip begitu.

Loceng balik sekolah pagi berdering. Gua yang sentiasa efisyen soal balik memang dah kemas beg awal-awal. Route keluar sekolah gua pun special. Biasalah orang tactical. Sampai luar sekolah saja, perkara wajib yang mesti gua buat, beli ais pop asam boi. Lepas beli, gua keluarkan baju sambil minum ais pop tepi longkang. Baru nampak gengster depan budak-budak sekolah petang.

Lepas gua selesai kunyah asam boi, perut gua mula buat hal. Celaka, sakit perut masa rehat tadi datang balik. Kali ni lebih kronik dari yang sebelum. Segala ikhtihar gua yang gua tahu semua gua dah cuba. Pulas jari, tekan perut, jampi serapah yang member gua ajar, semua tak jalan.

Bas sekolah Uncle Rajnikan dah sampai. Kali ni gua tak dapat nak rebut tempat belakang, keadaan tak mengizinkan. Gua duduk depan sekali, kerusi sebelah pintu. Hilang gengster gua hari ni. Gua pikir kalau gua lepas angin, suasana dia tak kritikal macam duduk belakang sebab ada ruang pengudaraan yang baik dari pintu bas.

Bas sekolah dulu taiko, mana main tutup-tutup pintu. Kalau jatuh gasak lu la. Tapi selalu budak sekolah menengah yang nampak gengster saja boleh diri depan pintu. Lagi-lagi kalau dia pandai bodek Uncle Rajnikan.

Azab kalau tahan sakit perut. Memang tak boleh gambarkan tapi lu sendiri mau ingat sakitnya macam mana. Sepanjang jalan gua buat kira-kira, satu stop berapa lama. Tiap kali Uncle berhenti nak kutip budak sekolah lain, gua jeling panas dekat budak-budak suruh naik cepat. Tapi gua rasa dia orang buat bodoh saja pasal ada lagi yang sempat patah balik beli aiskrim.

Muka gua pucat, bibir gua kering, perut gua vibrate tak tentu hala. Dendam kesumat dah lama dipendam, akhirnya tiba jua gua di Danau Kota. Gua suruh Uncle drop gua short-cut. Gua bilang gua ada krisis sama kucing gua. Short-cut pun tak short-cut mana, gua kena berlari sampai ke rumah. Jam dah gua tanggal masuk kocek, baju gua buka tinggal singlet macam pelarian.

Sampai depan pagar rumah gua sepak angin kaki kiri. Melambung kasut sekolah gua kena dinding. Kemudian sepak kaki kanan dan terus cari kunci rumah dalam kasut. Sampai saja ke toilet, perasaannya sungguh cemerlang.

Tahun 2010.

Pukul 2.15 pagi. Rekod pecut baru gua dari Bandar baru sampai Bandar lama. Pagar depan rumah tak berkunci. Sampai saja depan pintu grill rumah, gua seluk kocek. Impian gua musnah, gua tertinggal kunci rumah dalam bilik. Kepala gua tersandar di dinding sambil berbantalkan lengan. Gua dial nombor abah gua.

"Abah, kecemasan. Pintu berkunci."


"Penantian satu penyiksaan, dalam kebuntuan sebuah kesampaian." - Febians, Penantian.

Tuesday, October 13, 2009

Misteri Kotak Ajaib.

Amaran: Kalau tak ada basic engineering jangan baca. Bahaya!

Dekat lab PLC (Programmable Logic Controller) gua, ada sebuah kotak yang cukup misteri. Nama kotak ni adalah 'Magic Box'. Menurut lecturer gua, kotak ni mampu menukar arus elektrik kepada bait-bait digital dengan bantuan PLC.

Satu hari, gua sama teammate gua nak try setup analog input guna magic box. Gua selak-selak kitab buruk gua dan tunjuk cara-cara sambungan kepada teammate gua. Teammate gua pun pasang seperti gambar rajah yang gua conteng pada kitab gua. Tiba-tiba teammate gua kompelin. Katanya tombol magic box tak berfungsi. Habis pulas pun meter dia tak naik.

Gua rasa pelik. Tempoh hari masa lecturer gua buat demo jadi saja. Apa gua salah lukis ladder ke? ('Ladder Diagram' pula merupakan circuit diagram yang dilukis di komputer dan mampu membaca semua gerak geri PLC). Gua mula gusar. Tarikh dateline hampir tiba. Projek gua tak siap-siap juga.

Petua orang tua-tua, kalau peti tv gambar rosak, ketuk-ketuk sikit tepi dia nanti elok lah. Petua ni nyata mujarab sama monitor CRT gua dan gua guna cara yang sama juga pada magic box tersebut. Gua berdehem dan ketuk lebih kurang. Sekali lagi gua cuba pulas tombol dia. Meter dia tak naik juga.

Gua cabut semua wayar dan gua belek-belek magic box tu. Macam orait saja magic box ni. Gua cuba goncang. Ada bunyi biji-biji. Ni mesti ada resistor ke, kapasitor ke yg tercabut ni. Gua bilang sama teammate gua, gua tak sedap hati tengok magic box ni. Gua suruh diorang tukar lain.

Lepas tukar lain, teammate gua sambung balik macam tadi. Tak jalan juga. Gua naik hairan. Kemudian gua mengambil keputusan untuk memeriksa sambungan pada PLC yang teammate gua bikin. Semua betul, semua macam dalam gambar. Untuk mengelak malu, gua curi-curi tengok suis utama pada meja. Lampu menyala, nasib baik. Check punya check, akhirnya misteri terbongkar.

"Aduyai... Kau salah sambung lah ni. Orang sambung kat 24DC bukan 24AC! Patut ah tak jalan."

"Hahaha... Mana aku nak tau... dah kau tulis sambung dekat 24 je kat dalam buku tu...."

"So I look in your direction, but you pay me no attention, do you?" -Coldplay, Shiver.

Tuesday, August 11, 2009

Ekspedisi Ke Tahun 2001.

Aku menguap panjang. Aku cuba hiburkan diri sendiri dengan memalu meja ikut irama. Irama rock kangkang yang aku bawa sangat berterabur tapi gaya rokers itu ada. Aku tak palu atas meja saja, aku palu tepi meja dan laci sekali. Baru tenaga rock itu ada, meriah. Selepas dua tiga paluan, aku dapat rasakan nada paluan pada laci aku sedikit misteri. Off beat kata orang putih. Bunyinya jauh sedu sedan kedengaran. Curiga, aku buka terus laci. Aku hairan kerana aku tidak terkejut apabila aku ternampak sebuah tikar putih yang lengkap dengan peranti elektronik serta sebuah lampu sorot warna-warni di hujung ekornya. Kerana terlebih gula dalam badan, aku selamba panjat masuk laci dan duduk atas tikar dalam dunia tiga dimensi.

"Standard procedure..." Bisik hatiku.

Aku cuba faham setiap fungsi butang pada alat peranti tanpa buku manual. Tak susah. Alat ni mesra pengguna. Aku masukkan tarikh 10hb Mei 2001. Hari Khamis. Kenapa aku pilih tarikh ni aku pun tak tahu. Mungkin kerana aku tak mahu buang masa fikir tarikh. Takut mesin ni tiba-tiba rosak dan aku terlepas peluang. Aku terus tekan butang OK sambil memutar-mutar stereng yang tiada langsung fungsi navigasi. Dalam perjalanan ke cahaya putih, aku kira-kira umur aku pada tahun 2001 ialah 15 tahun. Okay, kemana agaknya lah benda ni bawa aku.

Aku masuk ke cahaya putih dan secara automatiknya kepala aku terkeluar dari laci meja yang sama. Bezanya meja ini ada di rumah lama aku. Aku jeling jam gaya perisik, pukul 12.30 tengahari. Kalau hari ni hari Khamis, mesti aku ada di sekolah. Dalam pukul 2 nanti aku yang umur 15 tahun mesti pulang ke rumah. Jadi aku mengambil keputusan untuk ke dapur dan mencekik apa yang patut dahulu. Lapar pula, tadi lupa nak makan. Rasa bedebar pula keluar dari pintu bilik sendiri dalam rumah sendiri. Ah, pintu sliding door dan grill berkunci. Tak ada orang di rumah.

Aku cuba bergerak sekitar rumah dengan cermat. Aku tak mahu nanti makcik sebelah ambil kesempatan telefon Mazidul. Eh, tahun ni mana ada program 999 lagi. Aku tersilap kiraan. Aku angkat tudung saji di dapur. Ada sepinggan baki nasi goreng. Pagi tadi punya nasi aku kira. Aku sapu bersih semua. Sambil menunggu kepulangan aku yang satu lagi, aku baring di ruang tamu sambil tengok TV. Rumah aku masih tiada Astro masa ni, jadi aku belasah tengok Smart Shop saja.

Tiba-tiba aku rasa ada benda yang mencucuk perut. Rasa macam penyapu lidi. Aku buka mata perlahan-lahan. Eh, aku yang satu lagi! Terkejut beruk aku dibikinnya. Aku duduk bersila, dia masih berdiri. Dia macam menggelatar saja nampak aku tapi dalam masa dia buat-buat steady. Gaya gagah pasang kuda-kuda dan memegang penyapu lidi posisi pemain besbol. Budak ni kalau aku sergah sekali mesti bersepah lari.

Aku Sr: Oi, rilek ah, letak penyapu tu dulu. Mari duduk depan aku, kita sembang sikit.

Aku Jr: Err.... Abang ni datang dari masa depan ke?

Aku Sr: Hoh... Terer... Betul kau teka tu. Aku sebagai diri sendiri berasa bangga dengan kebijaksanaan diri sendiri. Hehehe...

Aku Jr: Errr.... Jadi abang ni saya lah kan?

Aku Sr: Iyee.... Apsal? Tak percaya? Nak aku tunjuk IC? Zaman aku IC dah lain kau tau. Dah pakai Smart Card. Tapi fungsi dia tetap macam sekarang. Tak smart!

Aku Jr: (Mengeluh) Bukan tak percaya. Tapi kecewa. Pasal tak kurus-kurus. Lagi debab ada. Tak hensem pulak tu. Rambut serabai macam tak pernah sikat.

Aku Sr: Ish.. kau ni aku sekali penampar kang baru ada akal.

Aku Jr: Tak nak bang... tak nak bang.... (Sambil halang pakai tangan).

Aku Sr: Ni gaya rock lah. Kau mana tahu. Layan Backstreet Boys saja. Dan jangan panggil aku abang. Telinga aku dah naik buasir dengar. Aku kau sudah.

Aku Jr: BSB tak cukup rock ke..... kau? Lagu 'Rock Your Body' tu kan rock?

Aku Sr: tengkorak kau rock! Ah, sudahlah. Aku tak nak cakap bukan-bukan. Apa kau suka, kau suka saja ikut suka hati kau. Karang aku tertukar masa depan karang. Sayur aku jadinya.

Aku Jr: Ye! Baiklah!

Aku Sr: Okay, dengar sini baik-baik. Apa saja yang kau buat mulai hari ini, kau buat dengan fikir panjang. Baik buruk segala benda tu kau kasi timbang padat-padat. Kalau tak nampak buat peta minda. Cikgu kau dah ajar kan peta minda?

Aku Jr: Dah, tapi saya tak suka guna pasal macam perempuan kena pakai banyak kaler. Awan-awan lah. Saya ada sebatang saja pen Kilometrico kaler biru. Pensel tekan sebatang.

Aku Sr: Ha.... mari aku tunjuk rock punya peta minda. Bak sini pen dengan kertas.

Aku pun tunjuk kepada dia peta minda ikut point dan beri sedikit penjelasan.

Aku Sr: Haa... amacam?

Aku Jr: Lah... cara ni lah saya guna selalu.

Aku Sr: Ish! tadi kata tak reti! Aku terajang karang baru kau tau.

Aku Jr: Okay...okay... sorry... sorry... (Tangan halang muka sekali lagi).

Aku Sr: Rilek ah. Aku gertak saja. Bukan nak tibai betul-betul. Kau dengar sini baik-baik. Kau lepas ni jangan buat tangan macam tu lagi. Kalau takut pun kau buat-buat berani. Nak lagi masyuk kau lawan balik. Nanti kau rasa puas dia. Jantan sikit beb. Kau tu lelaki! Tegas!

Aku Jr: Tapi tiap kali saya fikir nak lawan balik mesti mengigil punya. Macamana nak buat tu?

Aku Sr: Jangan risau. Menggigil tu aku pun tak dapat ubah. Tapi kalau kau buat-buat keras saja. Stand your ground. Fight for your rights. Aku dah rasa palat kaw-kaw jangan fikir dua kali nak kasi penumbuk. Okay?

Aku Jr: Okay....... Nanti saya fikir.

Aku Sr: Fikir pulak dah. Tak apa. Aku tahu diri aku sendiri. Kalau aku kata aku fikir tu. Memang betul punya aku fikir. Lagi-lagi kalau event pelik macam ni. Dan ingat! Kau mesti selalu fikir masa depan. Jangan ingat nak seronok saja.

Aku Jr: Baik!

Aku Sr: Okaylah, aku dah penat ceramah kau ni, aku nak balik sambung tidur. Selamat!

Aku Jr: Selamat... err... petang.... selamat petang.

Aku terus panjat laci meja bilik aku dan terus pulang ke tarikh 11hb Ogos 2009. Setibanya aku di sini, aku tutup laci kemas-kemas dan terus landing atas katil dengan posisi mengiring menandakan yang aku dah cukup penat dan mahu tidur lebih lama dari biasa. Sekian.

"Di dalam jaga ku tercari-cari, di dalam tidur termimpi-mimpi." - Mega, Bayangan Gurauan.

Monday, August 3, 2009

Konsert Search Di Awan Biru '09.

1 Ogos 2009.

Excited punya pasal, ayam tak berkokok lagi aku dah bangun. Tak menjadi satu masalah bagi aku kerana hari-hari pun aku bangun tanpa dengar bunyi kokokan ayam kerana dekat rumah aku memang tak ada ayam hidup. Kemudian aku bersiap lebih kurang dan menghantar satu pesanan ringkas kepada Adib. Seperti yang disangka, tiada jawapan. Aku syak dia sedang lena diulit mimpi. Jadi aku mengambil keputusan untuk melayari Facebook. Saja nak tengok gelagat manusia pagi hari. Kemudian Mad menyusul online. Mad tukar status 'ke awan biru'. Aku jadi makin bersemangat. Setelah bersembang lebih kurang dengan Mad, aku terima satu pesanan ringkas dari Adib. Katanya baru bangun. Aku dah agak.

Oleh kerana Adib sudah sedar dari lenanya, aku terus capai tuala untuk mandi. Sebelum tu aku letak tiket konsert atas meja aku kemas-kemas. Takut tertinggal pula nanti. Selesai mandi, aku cari seluar jeans koyak aku. Alamak, besar sangat koyaknya. Aku membatalkan niat aku untuk sarung seluar tersebut dan menyarungkan seluar jeans biasa. Aku selongkar bawah katil aku untuk mencari beg silang. Jumpa. Aku isi semua barang, apa yang patut. Isi punya isi, tiba-tiba aku rasa lain macam. Rasanya seperti berat beg aku ni tak balance. Kena buat balancing ni karang, aku berseloroh sendirian. Setelah sempurna semuanya, aku keluar bilik dan duduk di ruang tamu. Kemudian disusuli sesi berdialog bersama adik aku yang kehairanan melihat aku berpakaian kemas pada pagi hari.

"Ke mana Along?" tanya adik aku, sedikit bingung.

"Pergi tengok Konsert Search." Aku jawab selamba.

"Eh, bila masa Along beli tiket?" tanya adik aku lagi.

"Semalam, member Along belikan." Aku masih maintain selamba.

"Ye ke? Mana tiket? Bak sini nak tengok!" Aku dah mula rasa adik aku layak jadi polis.

Oleh kerana mood aku baik, aku pun buka lah beg aku untuk mencari tiket. Selang beberapa saat, aku dah mula rasa medula aku tidak berfungsi. Rasa nak rebah pun ada.

"Arghh!! Mana tiket aku??!!!"

Bersepah aku lari ke bilik. Selongkar apa yang patut. Tetap tidak jumpa. Aku terus dilanda mood swing. Rasa nak terajang pintu pun ada. Aku duduk sambil cuba merasionalkan fikiran. Aku buat kira-kira siapa yang ada masuk bilik aku. Aku pandang semua barang-barang penting. Macam tak berusik. Aku cari rokok tenangkan fikiran. Oh! Baru aku perasan kotak rokok aku dah kurang. Ashtray pun dah kosong. Tak syak lagi. Ini mesti kerja mak cik yang datang kemas rumah aku tiap-tiap minggu. Aku apa lagi, terus pergi selongkar beg plastik sampah dekat luar. Nasib aku baik. Tiket masih elok. Cuma berdebu abu rokok saja.

---------------------------------

Setelah selesai semua hal di Bangi, aku bertolak keluar tol adalah dalam pukul 12 tengahari. Cuaca mendung, hari tak panas, aku gembira. Hah, bab ni aku paling tak gemar. Jalanraya. Adalah mungkin aku agak suka dengan kereta tetapi aku tetap tak suka jalanraya. Jangan cakap jalan dekat England, jalan dekat Malaysia pun aku baru stage iqra' saja.

Cuaca baik, hati riang, aku hisap rokok.


Mengikut plan, aku sepatutnya menghala ke Subang. Setelah keluar tol Sungai Besi, aku baru teringat nak tanya exit. Sayangnya, exit yang sepatut aku masuk dah terlepas dan aku terpaksa masuk exit Kuantan Cheras yang mana tiada langsung berbau Subang mahupun USJ. Dipendekkan cerita, setelah jenuh berpesanan ringkas sama Adib, dan berGPS cara lama sama Pejal, aku pun tiba di depan Parkson Subang seraya menunggu untuk Adib datang menjemput.

Lega punya pasal, aku tertangkap gambar sendiri.


Setelah kira-kira dua batang rokok kemudian, kelibat Kelisa plat Nogori terpacul. Sah ni kereta Mad, bentak hatiku yang jenuh memerhati setiap kereta yang lalu lalang. Mad memberi high beam beberapa kali kepada aku. Seronok sangat jumpa aku agaknya. Mad dengan sakarstiknya mengatakan penat menunggu aku sampai dari Penang. Dan kemudiannya aku mengekori kereta Mad ke rumah Syafiq. Tapi sebelum itu kami sempat singgah ke kedai bundle. Kata Adib, ini rumah Syafiq. Walaupun aku dah tahu ini kedai bundle, tapi aku iyakan saja kata Adib. Saja bagi Adib seronok berseloroh.

Sempatlah juga aku sambar seluar dengan cap sehelai. Dan kemudiannya, kami terus bergerak ke rumah Syafiq yang sebenarnya. Setelah mandi dan berehat lebih kurang, kami terus bergerak ke rumah Mad di Subang juga. Mad nak parking kereta di sana. Pergi satu kereta saja baru senang. Adib suruh aku pandu deras sedikit, nak tengok band Republic of Brickfields perform katanya. Aku tak berkenan sangat dengan muzik indie, tapi aku tahu itu band Reggae. Dan seperti yang dirancang, kami tiba juga ke Stadium Bukit Kiara. Suasana begitu meriah dengan pelbagai gaya manusia yang berbaju serba hitam.

Ketibaan di Bukit Kiara yang penuh sesak.


Kami lepak sebentar di bahu jalan sambil menunggu Yae tiba. Setelah Yae sampai, kami terus bergerak ke pagar masuk konsert dan terus ke booth jualan di tapak konsert. Aku sempat sambar sehelai baju Search. Yang lain pula sambar baju sehelai seorang Shiroi Neko. Aku ingat nak sambar juga tapi auntie itu bilang dia tertinggal satu kotak saiz XL di Johor. Memang bukan rezeki aku tapi duit aku selamat. Tak ada hal punya. Sambil bosan menunggu yang lain memilih baju, aku cuba dengar muzik yang di nyanyikan kumpulan Republic tersebut. Tidak semenanya vokalis tersebut menyanyikan satu lirik yang aku rasa sangat familiar. Lirik 'aku bukan makhluk asing berkepala besar yang punyai kapal angkasa' membuatkan aku teringat yang ini adalah merupakan satu nota ringkas di blog Kuman. Rupanya aku baru tahu yang vokalisnya adalah Aru Koffin Kanser. Patutlah smart.

Aru menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu.


-------------------------------------

Waktu yang dinantikan sudah hampir tiba, Aku dan yang lain terus ke tapak konsert untuk mencari tempat. Dan nasib kami agak baik kerana sempat curi masuk ke zon biru yang jaraknya tak berapa jauh dari stage. Sebelum acara bermula, emcee pentas tersebut banyak mengeluarkan kata-kata yang tidak kelakar dan dari situ aku dah syak mesti dia terpaksa delay acara dan terpaksa control crowd. Sangat obvious caranya. Kemudian menunggu mereka membacakan nama untuk cabutan bertuah. Cukup bosan dan meletihkan. Sampai akhirnya terpaksa panggil Ismahalil untuk control crowd dan memanaskan suasana yang semakin suram. Begitu juga kamera penonton yang berkali-kali pusing di langit untuk mengekalkan mood penonton. Kemudian satu pengumuman diberi oleh emcee menyatakan yang Search sudah sampai tapi tak dapat masuk kerana jalan kena block dengan double parking. Hati aku dah lega dari kebosanan, dan aku agak dalam 20 minit lagi Search akan sampai.

Tangkap sambil melompat dan terpijak kaki serta menyiku kepala orang.


Akhirnya Search tiba juga. Semua penonton turut bersorak riang diselangi mengutuk seorang brader yang yang dressing ala Rooney. Dalam masa lebih kurang 3 jam, Search memberikan persembahan yang agak baik ditambah pula dengan kehadiran Kid semasa lagu Isabella. Tapi aku agak terkilan kerana Amy tidak menyanyikan lagu Derap Komando. Nak kasi jerit, member sebelah pun tak dengar inikan pula Amy. Tapi aku tak kisah, aku layan kepala saja sambil dengar lagu. Boleh kata semua lagu rancak aku kasi rock habis dengan penuh tenaga. Sudah hampir penghujung lagu, aku dapat rasakan diri semakin tidak fit. Tapi bak kata orang putih 'mind over matters'. Betul juga kata mereka. Semasa Amy memberitahu ingin menyanyikan sebuah lagu berkisarkan tentang Angin Syaitan, aku kembali bersemangat untuk rock semula. Sekali lagi habis bersepah kaki orang aku terpijak. Habis saja konsert kami sempat bergambar bersama Nasir dan Yazit. Anggota Search yang lain kami langsung tidak berkesempatan.


Gua mengekalkan imej misteri semasa bergambar.


Setelah tamat semua acara, kami berangkat pulang dan kerana aku rock yang sangat amat masa konsert tadi, kaki aku secara automatik menjadi krem sewaktu aku cuba melakukan aksi lompat longkang. Semua kerana aku amat kurang bereksesais. Celaka, kejang dia rasa macam karipap pusing. Sudahnya Adib yang terpaksa bawa kereta. Malam itu kami lepak di William. Walaupun rasa Nasi Ayam Percik dia macam celaka, tapi aku tetap rasa kenyang kerana nasi dia saja boleh tahan. Ayam percik dia rasa macam selipar. Malam itu aku bermalam di rumah Mad. Mata aku dah rabak, kaki aku masih lagi kebas, gerak sikit krem. Aku terus batalkan niat nak pulang malam itu. Walaubagaimanapun, Konsert Search tadi memang terbaik. Rock tahap dewa punya.


Akhirnya.


"Gua ingat nak layan Bunkface pula lah lepas ni." - Ujar aku sendirian penuh serius.

Monday, July 20, 2009

Kereta Gua.

Tempoh hari gua ke Melaka untuk jemput adik gua dari matriks. Gua gerak awal sehari untuk jenguk member-member lama gua. Gua kalau datang melawat memang selalu tak kena masa. Tiap kali gua datang, member gua sibuk nak periksa lah, balik kampung lah, memancing lah dan macam-macam lagi. Gua tak kisah pun. Janji gua dapat jumpa dua tiga member, sembang lebih kurang pun dah cukup.

Hari gua sampai Melaka itu hari, member gua semua sibuk nak tengok wayang. Tak kan gua nak melopong dekat Maple Bob sorang-sorang. Gua pun tempah lah tiket untuk malam tu. Nasib baik ada. Sudahnya malam tu separuh gerak dengan kereta gua. Dalam perjalanan nak ke sana gua memandu penuh steady sambil buka tingkap hisap rokok. Gua pandu slow saja, dalam 60 kilometer sejam macam tu. Sambil gua pandu sambil member gua yang lain berseloroh dengan Mundok. Tiba-tiba....

KELEKUNG!! TANG!! TANG!!

Terperanjat beruk gua! Gua syak gua terlanggar batang besi atas jalan. Tapi member gua kata ada benda bulat terjatuh atas jalan. Gua buat tak reti saja lah. Selagi gua bukan langgar manusia gua nak cuak buat apa. Sudah hisap rokok, gua pun tutup tingkap pasang air cond. Aduhai, air cond gua tak sejuk pulak! Macam celaka. Gua syak benda yang jatuh tadi mesti part dalam enjin gua. Lepas balik wayang, gua dan member gua kutip balik benda tu. Member gua kata benda ni untuk kompressor air cond. Gua turut berasa setuju kerana air cond gua tiba-tiba tak berfungsi. Esoknya gua jemput adik gua dengan rasa susah hati dan panas badan.

Hari ini, kelas gua kurang rancak, lepas lepak mamak, hati gua tergerak nak repair air cond. Gua ajak member gua sorang pergi survey kedai kereta. Kedai pertama gua pertama gua pergi memang kuat menipu macam keldai. Gua tunjuk compressor tu dari jauh saja dia dah geleng kepala. Suruh gua ganti baru satu set. RM200 lebih. Macam haram punya mahal. Kedai kedua gua pergi, dia kata nak ikat balik kompressor tadi, tapi lepas tauke dia jeling dia stret cakap benda ni magnet dia dah rosak. Check apa pun belum lagi. Harga nak tukar part ni saja dah RM120. Lagi macam celaka.

Dengan rasa tertipu, gua pun ajak member gua chow. Kemudian member gua teringat nak calling member dia, tapi member dia balik kampung pulak. Tapi member dia suggest gua pergi kedai bengkel belakang kedai makan dekat MFI. Gua sampai sana member gua terus tanya pak cik tua yang sedang sibuk menukar tayar. Pak cik tua ni sekali tengok dah tau air benda ni air cond punya compressor. Gua rasa terkejut bercampur kagum buat beberapa saat. Dan sekali lagi gua di suggest untuk ke kedai air cond di Kajang untuk servis yang lebih bagus dan spare part yang lebih murah.

Gua pun gerak ke sana. Cadangan pak cik tua tadi memang terbaik. Tauke kedai tu memang bagus. Tak cekik darah gua punya. Dia cuba check dan dia kata benda ni masih boleh guna. Siap dia servis gas air cond gua lagi. Semua sekali RM45. Gua nak mintak kurang pun segan pasal dia tak tipu gua. Dia siap kata nasib baik gua kutip balik compressor ni, kalau tak sah-sah gua kena ganti satu set baru. Selamat duit gua hari ni, kereta gua juga kembali tip top tahap kereta lama.


"Angan-angan ku disuatu masa, basikal kan ku tukar kereta." - Sudirman, Hidup Sederhana (Basikal Tua).

Saturday, June 6, 2009

Kamus Pertama Saya.

1991.

Satu hari yang tak berapa tenang. Darah di kepala dah membuak-buak sehinggakan urat mula timbul. Rasa nak baling saja controller ni ke peti televisyen. Entah apa-apa punya game. Penat-penat aku susun kasi cantik, dia kasi lesap pula. Sampai bila nak penuh petak ni? Rungut hatiku, cukup resah dengan permainan video yang bernama Tetris.

"Along... cukup-cukup lah main game tu... Pergi mandi. Kita nak pergi jalan."

"Huh? Nak pergi jalan? Uish! Best ni!" Bentak hati aku riang.

Deras tanganku menekan butang 'off' pada alat peranti tersebut. Aku terus lari ke bilik air sambil menanggalkan baju. Sejak kecil lagi aku sudah mempraktikkan gaya mandi dengan penuh kejantanan. Air dua tiga gayung dan sabun ikut dan saja diikuti dengan dua tiga lagi 'gedebush' air. Kemudian aku terus melompat keluar. Baru aku perasan aku lupa bawa tuala. Apa lagi, aku terus pecut ke bilik ambil tuala. Habis basah lantai.

"Along!! apa ni? habis basah rumah. Orang nak pergi jalan dah ni. Dia boleh buat hal lagi."

Aku buat tak tahu saja amaran ibuku sebab aku tengah sibuk mencari kemeja cop Mickey Mouse dan seluar panjang merah aku. Mana lah agak nya. Dalam resah-resah menyelongkar almari, ibu aku pun masuk ke bilik. Aku terus bertanyakan lokasi bajuku kepada ibuku dengan muka tak bersalah.

"Ini dia haa... Cari tu lain kali pakai mata, tarik baju tu elok-elok. Penat Mak melipatnya hari-hari. Bila Along nak cari baju saja mesti bersepah."

Ibuku marah buat kali kedua. Aku tetap tak ambil pusing. Baju aku pakai kemas-kemas masuk dalam. Kali ini, aku berlari ke bilik ibuku pula. Nak sikat rambut. Aku kasi 'aim' baik punya tengah. sebak kiri sekali, sebak kanan sekali. Sekejap saja 'effect' rambut belah tengah ni, masa rambut tengah basah saja jadi. Dah kering karang dia jadi bulat-bulat kerinting balik.

Urghh, mana pula ibuku letak bedak kotak nyonya ni? Aku nak bedak muka ni. Ah, pakai bedak abah saja lah. Aku tadah sebelah tangan sambil goncang botol bedak tersebut. sikit saja yang keluar. Aku goncang kuat lagi kasi padu. Habis penuh bedak atas tangan dan ada sikit-sikit berterabur atas lantai. Tak nak membazir punya pasal, habis semua aku kasi sapu ke muka. Habis putih muka aku macam Raja Kapoor.

"Oi! tu bedak ketiak abah lah, yang kau pergi sapu ke muka tu buat apa?!!"

Sergah bapak aku jangan dibuat main, silap haribulan melayang rotan hikmat atas almari hitam ruang tamu ke punggung. Dengan cemasnya aku terus ke bilik air basuh muka, ibarat Raja Kapoor dah tak tahan nak terkucil. Sudahnya, ibuku jugalah yang menyikat serta membedakkan muka aku.

Maka kami sekeluarga pun keluarlah pergi berjalan-jalan. Nampaknya kali ni kami tidak ke Hankyu Jaya tetapi ke suatu tempat yang penuh dengan buku dan orang. Walaupun berasa hampa, tetapi hati sedikit terhibur kerana melihat banyak buku warna-warni bergambar kartun yang tersusun luas. Sebelum pulang, ibuku membeli sebuah kamus bergambar. Katanya aku kena mula belajar mengeja sebab tahun depan nak masuk tadika.

Ala, setakat huruf-huruf tu, sampai Z pejam mata aku dah hafal lah. Oleh kerana aku teramat konfiden dengan kebolehan aku mengeja, aku pun cuba menunjukkan bakat terpendamku kepada ibu.

"W... A... N... G... Duit!!!"

"Di dalam kenangan nan silam, akan terhiburlah di hatiku, yang selama ini kecundang." - Lefthanded, Mencari Sinar.

Saturday, May 9, 2009

Ralat Pengaturcaraan.

Semalam, dalam pukul 12.

Bak kembangnya seroja di pagi hari, begitu lah jua diriku. Mata tak nak kuyu langsung. Gua fikir baik gua buka komputer. Main games apa yang patut sampai mengantuk. Adik gua boleh pula install satu mini games. Cubalah main. Layan juga. Sambil main, sambil layan lagu Search. Esok nak gerak tengok konsert Search dekat JB ni. Baik gua kasi polish lirik gua sekali.

Jaska Raatikainen terasa bosan. Lalu dipalunya dram bertubi-tubi secara solo. Gua tengok caller ID. Sujak. Haa.. arah mana agaknya angin bakal bertiup ni.

"Aku ngan budak aku tak jadi pergi ah Don. Ada projek esok."

Gua terkesima beberapa saat. Plan cuti musim sekolah gua baru saja berantakan. Celaka. Dengan penuh rasa kelat di hati, gua mengiyakan saja. Mujur gua tak beria-ria basuh kereta petang tadi. Kalau tak, buang karan saja.

Berat rasa hati nak meneruskan game, gua terus lari ke katil. Lagu Search pun gua tutup. Biar aman sikit gua tidur. Gua tengok jam. Celaka! dah pukul 4 pagi! Aku ada presentation esoklah bangsat! Dengan rasa cemas, gua terus lelap.

Tepat pukul 7.03 pagi, Jaska tergerak hati nak main dram lagi. Terus dipukulnya set dram habis-habisan. Terperanjat beruk gua.

Alamak, awal lagi ni. Gua present pukul 9. Silap set jam pula. Gua cadang petang semalam nak bangun awal, kemas baju dan cuci kereta. Lepas present gua nak straight gerak Melaka terus. Tapi plan dah kensel, nak buat macamana, gua sambunglah tidur. Tapi gua sambung tidur atas tikar bilik adik gua. Gua bajet dah dekat pukul 8 karang dia kejut lah nanti.

Sedar-sedar mak gua pula yang kejut. Dia bilang member gua sedang berada di atas talian. Gua jawab lebih kurang dan masih tak sedar apa-apa. Gua tekan butang kensel dan tengok jam digital. Ohmygod! Dah 9.25 pagi. What the hell?

Pantas gua ke bilik, capai tuala dan mandi gaya kerbau bengis lapar rumput. Kemudian gua capai baju kemeja gua, dan lari naik atas. Gua kasi on suis iron. Adik perempuan gua tiba-tiba sound gua.

"Salahlah plag la Along. Meh orang gosokkan. Pergi pakai siap benda lain cepat."

Gua kelam kabut turun tangga. Adik lelaki gua yang tak kejut gua tadi terasa bersalah.

"Along bak kunci kereta. Yan pergi panaskan enjin."

Aduhai, baik-baik benar adik gua pagi-pagi ni. Settle bersiap, gua terus pecut dengan Waja gua yang bunyinya seakan-akan enjin Evo3 tak servis setahun. Kucing, kambing, kuda, anak orang main basikal, baba roti, mak cik nasi lemak, gua dah tak nampak dah. Apa nak jadi-jadilah. Gua kasi pecut jugak.

Sambil memandu dengan penuh kelangsian, otak gua sibuk mengatur ayat dalam bahasa inggeris. Gua plan nak buat alasan macam iklan anak wayang tu. Tapi rugi kalau gua carik seluar gua sendiri. Gua kensel plan gua dan terus rangka ayat mengikut situasi sebenar.

"I'm sorry madam. I have woke up early but then I continue my sleep outside my room and leave my handphone alone. So I couldn't hear the alarm."

Masa gua sampai, gua pun terus explain. Tapi lagi berterabur dari apa yang gua dah plan. Lebih kurang saja lah. Alasan semua sama. Tak boleh pakai. Gua rasa muka gua tak cukup seposen lagi masa tu. Sebab markah gua kena tolak sebab lambat. Cikgu gua pun terus sambung balik soalan dekat member gua. Member gua jawab tersekat-sekat kurang yakin. Gua cuba assist. Cikgu gua tetap tak yakin.

Cikgu gua tanya lagi. Siapa sebenarnya buat coding ni semua. Member gua mula goyah. Terus dia cakap aku yang buat coding ni semua. Dia tolong wat interface saja. Gua pun betah lah. Gua cakap gua buat basic coding saja. Lain-lain coding member gua sambung. Cikgu tetap tak makan cakap gua. Dia tanya pula teknikal coding tu pula. Sebelum dia petik nama, gua terus mencelah bagi jawapan. Tapi taktik gua tak berhasil. Dia berkeras nak tanya member aku yang dua orang lagi ni.

Gua bukannya apa. Gua tau macamana tahap member gua nak digest coding ni. Basic coding pun dia orang susah nak telan. Lagilah pula yang rumit-rumit. Jadi gua adalah cerita sikit. Setakat basic tu dia orang faham lah apa yang gua terang. Nak terang benda rumit, cikgu gua terang pun dia orang tak faham, nak gua terangkan lagi lah.

Ye lah, kalau nak ikutkan soal berbaloi tu, memang kena dekat batang hidunglah. Gua nak tolong member gua kasi pass saja. Kalau dia nak belajar lebih tu, ikut suka dia oranglah. Yang penting sebagai member, gua dah tolong apa yang patut. Lagi pun, semua orang dah tahu, apa yang kita belajar sekarang ni pun, kurang aplikasinya masa kerja nanti. Masa mula nak kerja nanti, dah konfem-konfem gua kena belajar benda baru pula. Gua belajar gila-gila ni pun sebab nak kasi fail sijil gua cantik saja. Baru senang gua nak dapat kerja dan berbakti kepada negara tercinta kelak.

Apa pun, gua rasa gua dah lepas subjek tu. Carried Mark dah solid. Final paper confident level gua dah cukup tinggi. Cuma sedikit terkilan sebab tak dapat nak beri pertolongan yang terbaik dekat member-member gua. Harap-harap dia orang pun pass juga hendaknya.

"Berilah daku sayap impian, bawalah daku di awangan." - Search, Gadis Misteri.

Wednesday, March 11, 2009

Rasa Nak Tendang Pintu.

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 3 setengah pagi. Hati gua rasa panas betul hari ni. Test tadi betul-betul buat gua menyirap. Apa punya soalan coding yang keluar entah. Tak keruan gua menjawab tadi. Gua pikir soalan air paras lutut saja yang keluar, sekali dia punya bah, tak nak banjir pula. Soalan cepumas yang awal-awal pun gua dah rasa nak baring saja atas lantai Main Hall tadi.

Petang tadi, setelah penat gua bertungkus lumus menyerap, mengasah segala bakat coding yang ada dalam diri. Gua pun berhenti dan menyalakan rokok sebatang sebagai penenang jiwa. Sambil tu gua layan blues tengok pemandangan luar tingkap. Tak sangka pula hari ni dapat tengok pelangi secara live. Gua pun kasi snap sekali.




Seronok rasa hati bila tiba-tiba nampak pelangi di kala resah. Gua snap pakai kamera telefon bimbit gua saja. Kalau gua ada kamera lens gedabak tu, mahu rasanya gua terus tulis puisi lepas snap. Gua ingat kalau nampak pelangi, mungkin gua ada nasib gua baik lepas tu. Gua ingat je la. Pasal member gua pun suka memetaforakan keindahan alam dengan nama pelangi. Ah lu, asal cantik saja lu kasi nama pelangi.

Sebelum gua masuk Main Hall tadi, gua ada bawa nota kecil. Nota kecil ni pada mula nak buat toyol. Tapi dada gua dah penuh yakin dengan kehandalan gua bermain dengan bahasa komputer. Bila lecturer suruh masuk saja, gua terus lempar jauh-jauh nota gua. Konfiden. Tapi bila gua belek saja kertas, aduh! Apa benda soalan yang cuba diutarakan ni? Cis! Kalau gua bawa masuk toyol pun tadi, dah sah-sah toyol tu makan gaji buta. Celaka!

Habis saja test, Gua dan member-member lain sibuk kompelin pasal test tadi. Gua bilang soalan tadi susah, tapi haram diorang nak percaya. Kalau gua tipu lu orang percaya. Kalau gua cakap betul lu orang ingat gua tipu. Sudahnya sesi sumpah seranah kami berlarutan sampai ke kedai mamak.

Gua order teh O ais sama roti kosong dua banjir. Gua tak ada selara nak mencekik malam ni. Tapi roti dua keping juga gua order. Sampai saja roti banjir gua, gua cuba rasa sedas. Gua tak rasa apa-apa lagi. Lepas dua tiga das, baru gua sedar rasa roti gua lari semacam. Rasa roti dengan mulut gua jadi tak ngam. Roti pun nak cari pasal dengan gua malam ni.

Tiba-tiba gua rasa perut gua memulas. Gua perhati member yang lain. Tak habis makan lagi. Gua maintain cool sekejap. Tunggu diorang habis makan. Siap saja diorang makan, gua terus panggil mamak kira. Yang mamak ni pula, mencongak punya lah slow. Kerja kedai makan hari-hari pun tak cekap kira lagi. Gua ingat nak hadiahkan dia sempoa lepas ni. Bagi otak dia cargas buat kira-kira.

Gua order Winston merah 20 sekotak lalu gua hulur pada mamak tu sekeping notes merah. Member gua pun order Winston juga, tapi kotak 18. Kembali saja mamak tu ke table gua, dia hulur kotak merah dekat member gua. Kerana gua dah menggelisat sakit perut, gua jadi bertambah peka dengan keadaan sekeliling. Gua jeling rokok gua dekat tangan mamak tu.

Aduh! Rokok apa pula lu kasi gua ni?




"Musafir lalu nan dahaga, di jalan panas membara" - Hattan, Rendang Tak Berbuah.

Wednesday, February 25, 2009

Aku, Jalanraya dan.....

Aku ni memang tak pernah ada semangat tinggi.

Dulu cadang-cadang nak belajar petik gitar. Baru nampak cool kalau terrer main gitar. Bukan main semangat lagi search guitar tabs. Bila aku buka saja page ultimateguitar tu, cari lagu mana yang berkenan, aku pun start placing jari dekat gitar.

Aku strum skali, bunyi unta.

Tak puas hati, aku strum kali kedua. Bunyi keldai.

Ah! Menyirap sungguh darah muda aku. Terus aku sisipkan gitar kapok aku ke celah almari. Biar dia bikin sawang empat lima baris dulu baru aku cuba balik.

Samalah ceritanya dengan jalanraya.

Aku ni kalau memandu jalan yang aku lalu hari-hari, silap-silap Kimi Raikkonen pun tabik spring dengan aku. Memang tak reti langsung nak memandu secara berhemah. Tapi bila aku masuk saja jalan yang baru aku tebas, kereta budak-budak L pun boleh potong aku, siap dengan muka angkuh lagi.

Maka, tersebutlah kisah.

Pada satu hari yang penuh kebosanan, aku telah menerima satu SMS dari member aku. Nak minta aku hantarkan dia katanya. Katanya nak ke Kajang tapi nama destinasinya cukup asing bagi aku. Country Heights.Maka aku pun menghantar sehelai SMS ragu-ragu. Dia balas balik.

"Entah, aku pun tak tau dekat mana."

Oleh kerana aku dah naik bosan mengular di rumah, aku pun mebalas balik SMS.

"Takpe, nanti kita sampai Kajang nanti, adalah signboard nya tu."

Maka, aku dengan penuh konfiden nya menghantar SMS tersebut tanda setuju.

Tepat pukul 3 petang, aku start enjin kereta aku. Oleh kerana meter minyak aku sudah tidak berfungsi lagi, maka aku telah set kan trip pada kenderaanku ini. Aduh, tinggal 10 kilometer saja lagi. Jadi aku mengambil keputusan untuk 'pow' member aku duit minyak.

Aku SMS proposal.

Proposal diterima.

Tanpa berlengah, aku terus menekan pedal minyak. Girang kerana member aku sudi sponsor duit minyak. Setelah aku menjemput member aku dari rumahnya, kami bergegas ke stesen pam minyak. Member aku pun terus ke kaunter dan aku pun standby penuh ranggi di sebelah kereta.

Minyak diisi RM10 dan aku reset balik trip meter.

Kami pun terus bergegas ke destinasi berkenaan. Sampai saja ke pekan Kajang, aku suruh member aku call member aku yang seorang lagi, Encik Peta Malaysia. Menurut beliau, jalannya seperti hendak ke Tesco, cuma straight saja. Tak perlu belok ke Tesco.

Oh, senang sahaja. Kami pun meneruskan perjalanan seperti arahan yang diberi. Selepas saja lepas simpang Tesco, mata kami berdua meliar mencari signboard. Sampai ke sudah tak jumpa. Alih-alih bertembung dengan tol.

"Nama tempat pun macam high class je, mungkin lepas tol ni kita jumpa." Kataku penuh konfiden.

Member aku menangguk tanda setuju. Lepas saja tol. Mata kami kembali meliar. Sampai sudah juga tak ketemu. Tiba pula satu lagi tol. Aduh, aku mula rasa tewas. Tapi aku buat selamba saja. Jaga air muka depan member.

Semasa membayar tol tersebut, aku pun bertanyakan arah pada makcik tol tersebut. Nasib baik mak cik. Kalau makwe, mahu hilang ranggi aku hari ini.

"Dah terlepaslah dik." Jawab mak cik itu ringkas.

Aku pun berlakon mengerutkan dahi. Aku tunggu dalam sesaat dua lagi. Manalah tahu mak cik ni nak beritahu arah. Tapi muka mak cik itu tetap maintain statik. Tengah tahan gelak aku rasa. Aku terdetik ingin bertanyakan arah. Tapi setelah aku lihat cermin belakangku, muka brader kereta di belakang dah bertambah bengis. Takut kena hentak sampai tak boleh telan nasi, aku pun menekan deras pedal minyak dan beredar dari situ. Sedikit terkilan dengan perangai orang Asia masakini. Ah, aku pun begitu juga.

Selang beberapa meter keluar dari tol, member aku memberitahu bahawa ibunya ingin menukar lokasi drop-off. Lokasi seterusnya ialah Damansara. Rasa macam main Explorace pula.

"Oh, Damansara. Apa? Damansara??!!" Ujar aku penuh rasa kelat di hati.

"Boleh ke?" Tanya member aku penuh risau.

Demi tidak menghampakan member aku, aku mengiyakan saja. Cermin tingkap dibuka. Aku lantas terkumit2 menyeluk saku seluar aku megeluarkan sekotak rokok beserta lighter. Aku pun mencucuh api rokok. Masih lagi cuba kelihatan ranggi walaupun hati penuh cemas. Ah, bukan susah sangat jalan KL. Tengok signboard saja. Oleh kerana buta arah, barangkali hampir tiga empat tol puaka perlu aku rempuhi. Habis kering wang member aku disonglap dek tol puaka.

Sebelum tiba ke O.U, aku mencari stesen pam minyak berdekatan untuk menambah bahan bakar keretaku. Setelah tiba, aku mengeluarkan wallet aku untuk membayar di kaunter. Setelah menyelak wallet, baru aku perasan, selain daripada habuk, cuma dua notes warna biru yang tinggal. Celaka!

Sekali lagi aku berlakon. Kali ini menggaru kepala seperti terlupa ambil barang yang tertinggal di kereta. Aku dengan muka sekupang cuba 'memeras ugut' member aku buat kali yang penghabisan. Member aku yang aku tahu sudah kering pun terpaksa mencucuk di ATM. Rupa-rupanya dia pun sedang dalam krisis ekonomi seperti aku juga. Bezanya, dia kaya RM10 dari aku.

Selepas mengisi minyak, member aku mencadangkan supaya aku turut menunggu ibunya di O.U. Nanti bolehlah ibunya beri aku duit tol. Alamak, aku cuma berseluar pendek dan berbaju bundle. Segan rasanya nak melepak di kompleks membeli belah berpakaian begini. Tak ramai pula makwe-makwe yang dressing hebat-hebat di sana. Kalau aku berseluar jeans koyak itu lain lah cerita. Baru lah rasa rock itu ada.

Lalu aku pun menolak pelawaan member aku. Malas nak menyusahkan ibunya setelah aku menyusahkan mereka dengan kebutaan arah aku ini. Buat malu saja.

Setelah menghantar member aku ke O.U, aku pun beredar beberapa ratus meter dan parking di bahu jalan. Cuba memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik ringkas yang rumit ini. Puas mencongak serta menampal-nampal cebisan peta di kepala, aku pun mengambil keputusan untuk menghubungi Encik Botak di Greenwood. Member aku yang paling hampir di tempat kejadian.

Aku pun terus menelefon Botak.

"Assalamualaikum. Ko kat mane bro?" Ujar aku separa sopan.

"Wa'alaikummusalam. Aku kat KL la beb. Apsal?" Tanya Botak kehairanan.

"Aku sebenarnya tengah sesat ni. Duit pun terkandas. Ko ade cash tak bro?"

"Hahaha.. Mangkuk! Macamana la ko ni. Takpe, ko datang jumpa aku kat Batu Caves. Ikut tol LDP tu ko straight jer ikut signboard Kuantan. Nanti ko nampak patung besar tu ko straight lagi naik flyover........" Ayat seterus Botak menjadi semakin samar difikiran.

Aku memang sangat-sangat tak boleh digest arah lebih dari 3 kali belok. Otak aku cepat buntu.

"Hah? Masuk LDP? Berapa hinggit sial dia punya tol?"

"Singgit nam jer bro."

Lega aku masih ada RM2 lagi. Aku pun terus ke destinasi seterusnya. Batu Caves. Setibanya di Batu Caves, sekali lagi aku cemas. Bersusun-susun kereta. Macam sarkas. Tapi aku cuba maintain cool dengan menstabilkan kelajuan paras konfiden. Aku tak mahu menyulitkan keadaan lagi. Lalu aku berhenti betul-betul depan sebuah pusat penerangan. Seberangnya Sekolah Tamil.

Aku berhenti.

Keluar kereta dengan muka samseng sambil menyalakan rokok. Aku bersandar pada kereta. Kaki disilang untuk markah ranggi. Lantas aku slide telefon bimbitku penuh gaya. Bertanyakan Botak arah buat bahagian yang kedua. Puas Botak explain tapi aku tetap bengap. Jiwa kacau memang dah tak boleh nak digest apa-apa. Lantas disuruhnya aku mencari Petronas berdekatan dan tunggu dia di situ. Aku redah selamba.

Aku tunggu botak di Petronas. Janggut sudah panjang seinci baru nampak kelibat Botak dengan BMW nya. Grand sangat gaya kau jemput aku ni Botak. Bisikku sendirian.

"Aper cerrr broooo???" Sapa Botak penuh sarkastik.

"Hehehe... " Aku cuma mampu sengih saja. Tak mampu nak membalas sarkastiknya dengan lawak sarkas aku.

Maka, Botak pun memberi aku RM30 untuk membeli bahan bakar kereta. Dia pulang ke rumah dulu untuk menghantar pulang BMW tersebut. Dan kami pun bergegas ke NZ untuk sesi melepak part one. Kemudian ke uptown Danau Kota pula untuk melepak part two kerana ingin berjumpa member seorang lagi yang baru bertunang. Sebelum pulang Botak memberi aku extra RM30 sambil memberitahu polisi-polisi bunga yang dia kenakan jika aku lewat membayar. Aku layankan saja lawak Along Bukit Beruntung nya. Orang dah tolong tak kan pula aku nak berseloroh lebih-lebih.

Kemudian aku pulang dengan penuh rasa selamat sambil membuka tingkap dan menghisap rokok untuk markah ranggi tambahan pada hari ini. Selamat kembali ke rumah dalam jam 2 pagi. Aku mandi dan terus hanyut diulit mimpi. Selamat Malam Dunia!


"Macam haram panjang punya post. Krem jari jemari aku." - Aku Yang Ranggi lagi Buta Arah.